Menari Sakan Dengan Iqram Dinzly, Ini Komen Johan Asaari, Dedah Perkara Sebenar
Satu lagi kisah tentang Iqram Dinzly. Kali ini ada video baru yang mana dia dan rakannya Johan Asaari telah menari sakan secara live.
Johan Asaari sebenarnya tidak menyangka video dia sedang menari bersama rakannya iaitu pelakon kontroversi Iqram Dinzly dalam siaran langsung Instagram baru-baru ini telah menjadi viral dan hangat diperkatakan orang ramai.
Malah ada netizen yang salah tafsir dan salah faham dengan apa yang dilakukannya bersama Iqram Dinzly itu.
Pelakon ini akhirnya memberi jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Johan Asaari berkata kehadirannya ke kediaman Iqram Dinzly di Ipoh, Perak sekadar untuk bertanya khabar dan menziarahi sahabat yang kini viral dengan aksi-aksi pelik menerusi videonya.
Ini pendedahan dari Johan Asaari:
"Rancangan saya pada awalnya untuk berjumpa Datuk Ustaz Kazim Elias di Ipoh, jadi dalam kesempatan itu saya singgah berjumpa dengan Iqr.am di rumahnya.
"Saya menari suka-suka sahaja untuk hiburkan Iqram dan saya sedar tentang rakaman secara langsung itu. Saya minta maaf dan tidak sangka pula orang salah tafsir sehingga menjadi tular,"
Video secara live menampilkan Johan dan Iqram mendapat perhatian ramaia dan ratusan komen netizen pada hari Isnin.
Sementara itu, Johan Asaari berkata, masyarakat perlu memberi sedikit masa untuk Iqram Diznly yang dirasakan menghadapai beberapa tekanan dan masalah peribadi.
Ini komen Johan Asaari:
"Bagi saya dia okey sebenarnya, cuma perlu beri sedikit masa kerana ibunya yang masih dalam edah akibat kematian suami,"
Dalam pada itu, Johan berkata, dia turut membawa Iqram Dinzly menziarahi Ustaz Kazim di kediaman penceramah bebas itu.
Johan Asaari memberitahu, dia berhasrat untuk belajar di madrasah yang dikendalikan Ustaz Kazim selepas tamat penggambaran drama terbarunya.
Apapun niat Johan Asaari ini amat baik, untuk melawat Iqram Dinzly. Macam inilah baru kawan sejati.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment