"Percikan darah dan air ketuban aku tengok..." - Fizo Omar menangis cerita detik Mawar dibedah

 
Pelakon popular Fizo Omar dan isterinya Mawar kini selamat menimang anak pertama. Tahniah diucapkan buat Fizo Omar dan juga Mawar Fareeda.

Pasangan ini selamat bergelar ibu bapa selepas Mawar selamat menjalani pembedahan dan anak perempuan dengan berat 2.78kg selamat dilahirkan.

Mawar yang merupakan pengusaha tudung jenama popular Fareeda, telah menjalani pembedahan yang dibuat oleh Dr Hamid Arshat di Hospital Pantai Bangsar.

Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, Fizo Omar telah berkongsi pengalaman melihat sendiri pembedahan yang dibuat ke atas isterinya.

Pembedahan ini dinamakan Caserean Section.

Ini pengalaman dari Fizo Omar, jom baca:

"AKU TGK BABY AKU KELUAR!!!.

"Tak tahu mcm mne aku nk cakap perasaan aku masa tu bila aku lihat sendiri Dr Hamid Arshat dan assistant nya ‘memotong’ perut mawar secara live depan mata aku dan keluar kan zuriat aku dan mawar yang 4 tahun aku menunggu baby ni.

"Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh NYA utk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama pada aku dan juga pelbagai cabaran untuk mawar nak hamil dulu.

"Dan aku juga diberi peluang utk masuk ke dalam bilik bedah mengharungi setiap saat getir mawar bertarung nyawa utk melahirkan baby pertama kami. 

"Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok tu macam tak percaya yang aku boleh masih lagi berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ tu.

"Dalam kepala aku bukan la nk memikirkan psl darah atau perut bini aku ‘ditebuk’ tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku, dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri.

"Ye lah mana tak nya, bukan sahaja 4 tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri.mempunyai anak adalah salah satu GOAL utama dalam hidup aku.

"Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ.

"Subhanallah aku mcm tak percaya. WEHHHHH. Aku dah jadi daddy!!!..itu lah yang bermain di kepala aku.

"Aku sampai tak ade kekuatan untuk nak pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yang nurse sedang buat kat anak aku.

"Dia orang tepuk tapak kaki dan baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allah.

"Tibalah saat yang paling aku nantikan AZAN seorang bapa.. nanti aku sambung lagi cerita aku.

Itulah perkongsian dari Fizo Omar. Memang satu pengalaman yang amat mengagumkan apabila seorang suami berada disisi dan menyaksikan sendiri proses kelahiran anak.

Sekali lagi jutaan tahniah diucapkan buat Fizo sekeluarga dari pihak Berita Memey.

Semoga segala urusan penjagaan anak berjalan dengan baik. Selamat menjalani kehidupan sebagai ibu bapa!

Untuk pengetahuan, Fizo Omar dan Mawar telah berkahwin pda November 2013.

Majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk mendapat cahaya mata namun tidak berhasil. Kemudian mereka menjalani rawatan kesuburan di hospital.

Setelah 4 tahun berkahwin, dan menjalani rawatan, Fizo Omar mengumumkan berita gembira bahawa isterinya, Mawar telahpun berjaya hamil.

Inilah yang dinamakan usaha, doa dan tawakal, barulah mendapat keredhaan Tuhan. Sekian lama menunggu, akhirnya tercapai hajat Fizo untuk bergelar bapa.

Sumber: IG Fizo

0 comments:

Post a Comment