Keluarga Bawa Farid Kamil Balik Kedah.. Tentang Anaknya Pula, Ini Komen Adik Farid

 
Semalam pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil telah dibebaskan dari tahanan reman dengan ikat jamin sebanyak RM12,000.

Apabila dibebaskan, keluarganya telah membuat perancangan untuk Farid Kamil demi kebaikkannya.

Adik Farid, Fadzil Zahari berkata, pihak keluarga akan membawa abangnya, Datuk Farid Kamil pulang ke kampung halaman mereka di Kedah untuk membolehkannya berehat dan menenangkan fikiran.

Fadzil yang juga suami kepada Yana Samsuddin berkata mereka sekeluarga akan memastikan tahap kesihatan Farid Kamil  berada dalam keadaan baik sebelum dibawa pulang ke kampung.

Ini komen Fadzil:

"Perkara pertama, kesihatan Farid terlebih dahulu. Bila kami dah berpuas hati dengan tahap kesihatannya, barulah akan bawa balik kampung,"

Sementara itu, ramai yang tertanya-tanya tentang luahan Farid yang selalu menyatakan rindu kepada anak-anak.

Ada yang bertanya adakah Farid Kamil akan berjumpa anaknya?

Keluarga Farid akan merancang satu pertemuan pelakon dan pengarah itu dengan dua anak kesayangannya iaitu Muhammad, 5 tahun dan Aurora, 3 tahun dalam masa terdekat.

Tambah Fadzil lagi, pertemuan itu akan diadakan mengikut masa yang sesuai dengan keadaan Farid Kamil.

Ini komennya:

"Saya dan keluarga ada merancang untuk membawa Muhammad dan Aurora bertemu dengannya.

"Sama ada saya atau Diana yang akan bawa jumpa mereka dengan Farid belum pasti lagi.

"Ini semua bergantung mengikut kesesuaian masa selain keadaan kesihatan Farid sekiranya dia sudah stabil,"

Fadzil berkata demikian ketika ditemui sejurus membayar ikat jamin sebanyak RM12,000 yang dikenakan terhadap Farid Kamil di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Fadzil juga berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes melibatkan Farid supaya tidak menganggu siasatan polis dan merumitkan lagi keadaan.

Ini komen Fadzil lagi:

"Bila benda ini jadi banyak spekulasi, harap tidak ada lagi perkara yang tokok tambah. Ia merumitkan keadaan dan menganggu siasatan polis.

"Polis dalam sisatan jadi tak boleh nak ulas. Saya harap semua pihak memahami situasi yang berlaku terhadap Farid dan keluarganya,"

Terdahulu, Farid Kamil  mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000.

Farid Kamilminta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Pihak mahkamah menetapkan 5 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment