Didakwa Hina Nabi, Digelar Sampah, Iqram Dinzly Pula Sekolahkan Ustaz
Sebelum ini Iqram Dinzly menjadi tumpuan ekoran satu temubual eksklusif di Melodi yang mana pelakon ini memanggal nama Che Mat sebagai Nabi Muhammad.
Seorang ustaz bernama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary telah tampil dengan lantang mengecam tindakan Iqram Dinzly kerana dikatakan merendahkan martabat Nabi.
Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary mengsyorkan agar jabatan agama mengambil tindakan yang tegas terhadap pelakon ini.
Ini tulisnya:
"Saya syorkan Jabatan Agama Islam Perak dan JAKIM ambil tindakan tegas keatas Iqram Dizly ini kerana menghina Nabi Muhammad shollahu 'alahi wasallam. Jangan biarkan Nabi kita dipermainkan nama Baginda hanya kerana mahu menjaga hati pelakon sampah yg memperendahkan nama Nabi Muhammad shollahu 'alaihi wasallam. Ini serius"
Susulan dari komen ustaz tersebut, ramai yang perasan beliau menggelar Iqram Dinzly sebagai "pelakon sampah". Ini mencetuskan sedikit kontroversi.
Kemudian, Iqram Diznly sendiri tampil memebri komen dan respon balas kepada ustaz terbabit.
Ini respon balas Iqram Dinzly:
"Sampah? Lagi aku menyampah ular dalam semak bersepah.
Bertulis di Facebook, ikut cara nabi? Salah ni! Ini semua cara yahudi.
"Acapkali aku berkata kata kenali diri, kenali seni. Sekiranya ada khilaf, ya diri ini minta maaf dan mohon tunjuk ajar bukan dengan mencaci dan menjatuhkan hukuman sendiri?
"Nak tumpang populariti? Oh tidak mampu untuk aku memperhalusi seni diri dengan menghukumi atau mengadili.
"Jadi kepada ustaz ini, maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi, hanya perkataan ‘ CHE MAT ‘ setelah mengatakan TOK GURU dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad saw itu penghinaan persepsi.
"Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah saw yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri?
"Mana adabnya sebagai seorang yang ilmu tinggi dalam setiap posisi, sedangkan kita langsung tidak mengenali secara peribadi?
"Rasanya Mufti Dr Zulkifli Albakri lebih arif tentang ini. InsyaAllah, Allah lebih Maha Mengetahui niat dihati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti berbanding dengan #ulardalamsemak yang semakin menular kini.
"Ingat ya kita semua bukan maksum bukan Nabi, sekiranya berterusan lagi isu ini, seperti khinzir sondol sana sini. tidak teragak rasanya untuk hamba kasi huru hara sampai mati media sosial ini .
"Jemput bersemuka wahai 'ustaz ini' usah nak guna medium ini untok cari publisiti. Berfikir #positivity #positiviti itu hadir disisi dengan izin Illahi .
"Mensyukuri cara Melodi Tv3, Pertingkatkan Prestasi | Elakkan Kontroversi. Hamba sambut dengan terima kasih demi Allah dikasihi.
Itulah respon dari Iqram Dinzly tentang isu ini.
Apapun diharap kedua dua pihak dapat bertemu untuk saling bertukar pendapat dan menyelesaikan perkara ini.
Sumber: IG Iqram Dinzly
0 comments:
Post a Comment