Kenapa Diana Danielle Tetap Bekerja, Walaupun Farid Kamil Baru Dibebaskan? Ini Jawapannya

 
Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil kini telah dibebaskan dari tahanan reman setelah diikat jamin sebanyak RM12,000.

Ketika di hari terakhir Farid Kamil tiba di mahkamah, isterinya, Diana Danielle dilihat telah hadir dan memberi sokongan kepada suaminya.

Ada yang bertanya, adakah kes Farid Kamil ini berkemungkinan memberi kesan kepada kontrak yang melantik mereka sekeluarga menjadi duta produk?

Diana Danielle menjawab, ianya langsung tidak menjejaskannya. Diana menafikan perkara berkenaan.


Sementara itu, ada juga peminat yang bertanya adakah Diana Danielle akan terus bekerja atau akan menjaga suaminya setelah dibebaskan?

Kata Diana Danielle, dia akan kembali bekerja seperti biasa seperti sebelumnya. Pelakon ini sudah terikat dengan kontrak oleh itu dia perlu memberi komitmen dengan kerjanya.

Ini jawapan Diana Danielle:

"Saya sudah terikat dengan kontrak, jadi perlu memberikan sepenuh komitmen. Mahu atau tidak, kena buat juga.

"Kerja akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar"

Sementara tentang suaminya, Diana Danielle menyambut baik cadangan adik iparnya, Fadzil Zahari untuk membawa Farid Kamil jalani pemeriksaan kesihatan.

Katanya, mereka akan melakukan segala yang terbaik sehingga Farid kembali sihat.

Ini komen Diana:

"Terima kasih atas sokongan semua pihak. Apa yang jadi ini ketentuan Allah. Saya berharap semuanya kembali baik seperti biasa"

Pelakon ini berkata demikian ketika dihubungi untuk bertanya keadaan Farid selepas dibebaskan dengan jaminan semalam oleh wartawan Harian Metro.

Tambahnya, dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai keadaan suaminya dan ingin menyelesaikan masalah yang berlaku secara privasi.

Diana berkata, dia tidak akan mengemaskini lebih banyak mengenai Farid.

Ini komen Diana lagi:

"Kita perlu menyelesaikannya secara peribadi. Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar"

"Kita sama-sama faham situasi masing-masing"

Kata Diana, dia juga menghormati tugas media yang membuat liputan di Mahkamah Petaling Jaya semalam yang berusaha untuk mendapatkan komen daripadanya.

Dalam kenyataannya semalam, Fadzil mengatakan mereka sekeluarga sepakat membawa Farid menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera. Selepas itu barulah dibawa berjumpa pakar untuk memeriksa keadaan kesihatan mental.

Fadzil juga akan memilih masa sesuai untuk mempertemukan Farid dengan dua anaknya, Muhammad, 5 dan Nur Aurora, 3.

Satu lagi perancangan mereka ialah untuk membawa Farid Kamil pulang ke kampung halaman.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment