(VIDEO) Ucapan Penuh Datuk Farid Kamil Tentang Keadaan Dirinya Ketika Ini



Hari ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, keadaan menjadi gamat dan sesak apabila pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil hadir di kompleks berkenaan.

Dilihat begitu ramai para wartawan dan rakan media hadir untuk mengetahui isu terkini melibatkan Datuk Farid Kamil.

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari memberitahu kesihatannya dalam keadaan baik sepanjang tempoh tahanan reman empat hari lalu.

Menurut Farid Kamil lagi, dia menjalani perintah reman tersebut dengan aman dan mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Tentang kes terkini, mahkamah memutuskan untuk melanjutkan perintah reman selama sehari terhadap Farid Kamil bermula pada Isnin di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Ini antara komennya:

"Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja dan bersyukur kepada Allah. Semuanya berlangsung dengan aman.

"Sekarang ini saya hanya ikut perintah dan terima kasih kepada semua,"

Ini video penuh ucapan dan keadaan terkini Farid Kamil.



Terdahulu, Farid Kamil telah menjalani tempoh reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan sepatutnya berakhir pada Isnin.

Sementara itu, adiknya Fadzil Zahari berkata, dia berasa lega kerana Farid lebih tenang pada Isnin berbanding ketika ditahan.

Ini komen Fadzil Zahari:

"Sebelum ini saya nampak dia sangat tertekan, tetapi hari ini emosi dalam keadaan baik dan tenang. Mungkin kerana sokongan teman artis dan rakan media.

"Kami sekeluarga mementingkan kesihatan Farid dan berharap dia kembali pulih seperti biasa dan kita tengok macam mana nanti," 

Suami kepada pelakon, Yana Samsudin ini turut memohon maaf kepada pihak polis dan orang awam yang menjadi mangsa serangan Farid pada hari kejadian.

Pada 11 Januari lalu, Farid hadir ke Balai Polis Kota Damansara untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'.

Farid tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif bahan terlarang.

Farid telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Ramai mendoakan agar Farid Kamil  dan keluarga kuat hadapi dugaan ini.

Sumber: mStar / HLive

0 comments:

Post a Comment