Hairul Azreen Dedah Kisah Sebenar Tentang Aksi Bahaya Atas Eskalator

 
Pelakon popular yang juga bekas juara Fear Factor iaitu Hairul Azreen menjadi viral semalam setelah satu videonya menjadi viral di laman media sosial yang menampilkan dirinya membuat aksi tidak berpatutan di atas eskalator di sebuah kompleks beli belah.


Ramai mengecam tindakan Hairul Azreen itu yang dikatakan amat bahaya dan tidak baik berbuat demikian di khalayak ramai.


Ada juga mengatakan sebagai selebriti, tindakan bahaya Hairul Azreen itu, akan dilihat orang ramai dan seterusnya boleh menjadi ikutan para followernya untuk meniru aksi berkenaan.

HAIRUL AZREEN MOHON MAAF

Hari ini, pelakon yang juga suami kepada Hanis Zalikha ini telah memohon maaf kerana membuat aksi berkenaan. 

Hairul Azreen yang kini berumur 30 tahun, berkata, dia tidak sedar apa yang dilakukan itu merupakan aksi yang tidak bagus.

Kelakuannya itu berlaku secara spontan sahaja dan tidak terfikir boleh melakukan aksi sedemikian.

Ini kenyataan Hairul Azreen:

"Apa saya lakukan adalah secara spontan kerana merasa saya seorang pelakon lagak ngeri, saya terlupa dan galak melakukan aksi seperti itu.

"Apa yang berlaku adalah kesilapan dan mematangkan diri namun tidak sangka ia tular,"

PENDEDAHAN TENTANG VIDEO BERKENAAN

Satu lagi pendedahan dari Hairul Azreen, menurutnya lagi, video itu sudah lama di rakam.

Katanya, dia membuat aksi berkenaan  pada tahun lalu namun tidak faham mengapa baru sekarang video itu disebarkan dan menjadi viral.

Ini komen Hairul Azreen lagi:

"Saya tidak faham kenapa baru sekarang video tular. Mungkin saya sudah dikenali orang mulalah mencari video-video saya dalam keadaan tidak sepatutnya,"

Diimbas kembali, pada 25 Januari lalu, Hairul Azreen dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk memberi keterangan berhubung kes melepaskan tembakan ke udara tanpa memiliki lesen di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada 2016.

Hairul Azreen akui kesilapannya menembak senapang tanpa lesen. -BeritaMemey

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment