Farid Kamil Tak Pernah Berkelakuan Pelik, Ada Sesuatu Yang Tak Kena - Yana Samsuddin
Pelakon cantik Yana Samsuddin merupakan adik ipar kepada pelakon Datuk Farid Kamil setelah berkahwin dengan adik Farid iaitu Fadzil Zahari.
Suami Yana Samsuddin, Fadzil Zahari merupakan individu penting yang memainkan peranan penting untuk menyelesaikan isu yang sdang melanda abangnya, Farid Kamil.
Ada yang bertanya keapda Yana Samsuddin, sepanjang mengenali abang iparnya itu, bagaimanakah sikap Farid Kamil.
Menjawab persoalan berkenaan abang iparnya itu, Yana Samsuddin berkata, Farid Kamil langsung tidak pernah berkelakuan pelik sepanjang dia mengenali pelakon dan pengarah popular itu.
Malah, mereka sekeluarga terkejut dan tidak menyangka Farid Kamil telah melakukan sesuatu di luar kawalan.
Yana Samsuddin mengatakan kejadian yang berlaku ini seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Ini komen dari Yana:
"Sejujurnya, kami dah macam adik beradik kerana pernah bekerja dan bernaung di bawah pengurusan sama semasa bergelar pelakon dahulu.
"Bila terjadi kes ini, kami semua terkejut dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kerana seperti ada sesuatu yang tak kena,"
Namun, tambah Yana lagi, dia menganggap ada hikmah disebalik kejadian tersebut.
Katanya, mereka sekeluarga menerima ujian hidup yang sudah ditentukan itu dan berharap ia turut menjadi teladan kepada semua.
Ini kata-kata dari Yana Samsuddin:
"Kami semua terima ujian ini dan pasti ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku.
"Hikmah itu bukan pada dia sahaja tapi kita semua kerana kejadian ini mengajar banyak mengenai kehidupan. Yang baik kita jadikan tauladan dan buruk kita jadikan sempadan,"
"Dan saya percaya ada sesuatu yang kita tak tahu apa sebenarnya dia sedang alami. Jadi kita kena sembuhkan dia dahulu. Untuk seorang berusia 37 tahun, dan dia telah dapat sesuatu dalam hidup.
"Itu sebenarnya sangat bagus. Lagipun dalam al-Quran ada menyebut, kalau kita berubah jadi lebih baik di usia menjangkau 40 tahun maka dia akan terus menjadi lebih baik.
"Apa yang terjadi kepada Farid ada hikmah yang sangat bagus untuk kita semua"
Itulah komen dari Yana Samsuddin tentang apa yang berlaku kepada abang iparnya, Datuk Farid Kamil.
0 comments:
Post a Comment