“Saya Jadi Angin Tengok..Rancangan Hiburan Yang Disalutkan Dengan Nama Islam..”
Hujung minggu lepas telah berlangsung satu rancangan realiti tv berunsurkan nasyid iaitu Gema gegar Vaganza.
Sama konsep seperti Gegar Vaganza cuma kali ini persertanya semuanya penyanyi nasyid dan konsep ketuhanan.
Namun ada seorang Doktor yang mengkritik rancangan ini secara terbuka setelah menonton persembahan beberapa peserta.
Jom baca komennya:
Apa? "Gema Gegar Vaganza" nak naikkan konsep hiburan Islamik? #GemaGegarVaganza nak naikkan semula seni nasyid di Malaysia?
Saya dimaklumkan semalam baru berlangsung 'konsert' Minggu 1. Saya buka Youtube, dalam banyak-banyak video saya pilih untuk tonton 3 video:
1) Persembahan #UNIC. Saya tak mahu komen bab menyanyi, saya bukan penyanyi, tak belajar pasal muzik. Tetapi sekadar boleh kata, nyanyian OK. Nak kata Islamik, tak Islamik mana pun. Lagu 'nasyid cinta' kan, tak boleh nak cakap lebih. Apabila habis menyanyi dan sesi interaksi bersama 3 orang hos dan juri, saya jadi 'hangin' tengok penyanyi nasyid lelaki ber'pick-up line'. Lagi saya tambah 'hangin' tengok penyanyi nasyid lelaki selamba menyakat hos perempuan. Lagi-lagi saya jadi nak marah bila si penyanyi nasyid lelaki ber-'chia chia chia' di atas pentas.
Hang tu penasyid. Apa kebaikannya hang buat lagu tu? Kononnya nak 'dakwah' anak-anak muda? Dakwah dengan cara pick-up line dan bercanda dengan perempuan, publik dan disiarkan di seluruh negara? No way, man!
2) Bahagian akhir untuk pengumuman lagu untuk minggu depan. Pertama, peserta bercampur lelaki dan perempuan, berdiri dalam dua baris, sama-sama lelaki dan perempuan. Kata nasyid, kata dakwah, kata Islam, tak elok langsunglah berdiri sebegitu. Bukannya pentas tu kecil hingga tak boleh nak buat dua kumpulan, 1 belah lelaki dan 1 belah perempuan. Tak payah nak rapat-rapat sebegitu. Kedua, apabila giliran UNIC dipanggil, boleh pula penyanyi-penyanyi nasyid lelaki ini buat gaya ultraman pula? Eh, ke gaya power rangers? Eh, ke gaya 'ravers'? Seriously, apa hang nak dakwahkan penonton-penonton dengan gaya ravers hang?
Nak cakap ravers style tu adalah gaya dakwah berhikmah ke apa? Sakit mata menengoknya tau dak.
3) Persembahan #Hijjaz (lagu Sumayyah). Saya hanya tonton bahagian nyanyian. Alhamdulillah, tampak mengekalkan kesederhanaan dalam persembahan. Tidak tahulah disebabkan faktor usia, kematangan atau genre lagu yang soleh menampakkan penyampaian yang lebih Islamik, tetapi saya doakan penyampaian dan persembahan tersebut dibuat sebegitu kerana mahu mengekalkan assolah (keaslian) dakwah dan nasyid itu sendiri. Tiada lebih, dan tiada kurang.
KESIMPULAN
Tak perlu nak highlight hiburan Islamik atau nak naikkan (atau mengembalikan kegemilangan) industri nasyid, sebab rancangan Gema Gegar Vaganza ini hanyalah satu rancangan hiburan yang ditopengkan dengan gelaran Islam. IT IS JUST ANOTHER ENTERTAINMENT SHOW, WHICH IS FULL OF HEDONISM. Hiburan semata-mata. Nothing more. Cuma di'salut'kan dengan nama Islam dan nasyid supaya nampak lain daripada yang lain.
Barisan pengacara pun ter-over nak tampak hebat, ada sampai seperti terpekik-pekik, sampaikan kata-kata dan ayat-ayat yang dituturkan menjadikan rancangan Gema Gegar Vaganza adalah semata-mata rancangan hiburan, tidak lebih, tidak kurang. Nama Islam dan nasyid hanyalah mainan yang diperdagangkan.
SECEBIS NASIHAT
1) Muzik akan jadi hiburan Islamik apabila fokus utamanya adalah mesej yang baik disampaikan dalam bentuk persembahan yang soleh/ah. Niat tidak menghalalkan cara. Ingat 2 prinsip ini iaitu
(1) Niat yang betul,
(2) Cara yang betul.
Kedua-dua elemen ini perlu sama-sama wujud, hadir dan ada sepanjang rancangan. Bukan niat nak dakwah, tapi menggunakan cara dakyah. Salah tu!
2) Jagalah iktilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram). Jarakkan (pastikan ada jarak kedudukan) artis/penyanyi/peserta lelaki dari peserta perempuan. Pentas itu cukup besar untuk lakukannya. Juga barisan hos dan pengacara, tak perlu pun nak berkepit bertiga dan meletakkan hos perempuan di tengah-tengah. Tak pelik pun jika hos perempuan berada di tepi kiri, dan dua hos lelaki di kanan. Biarlah NAMPAK Islamik, kalaupun tak mampu nak jadi Islamik.
3) Suatu perancangan yang Islam tetapi bercampur antara elemen Islam dengan elemen jahiliah TIDAK akan menjadikan perancangan tersebut Islam. Boleh baca surah al-Kafirun, "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku" (Al-Kaafiruun 109:6).
Saya sangat risau masyarakat kita dinormalisasikan bahawa persembahan dalam GemaGegarVaganza ini menjadi mindset bahawa inilah nasyid, sedangkan NASYID SEBENAR adalah jauh berbeza daripada apa yang dipersembahkan dan bukan perangai-perangai ravers, chia chia chia (dan seangkatan dengannya) yang patut dipergayakan dan diperbudayakan.
Dan saya nak SANGAT-SANGAT PESAN kepada para penasyid, janganlah buat perangai pelik-pelik. Nak jadi gila-gila kira bolehlah, tapi jangan jadi gila sehingga menggadaikan assolah dakwah secara nasyid yang mulia dengan kegilaan kamu. Sebagai ikon nasyid, berperangailah baik-baik!
Moga diberikan hidayah dan petunjuk untuk menjadikan rancangan ini lebih baik.
#MengkritikBukanMenghukum
Moga Allah SWT ampunkan kita semua.
Dr Syahr Musafir
Page Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR
PageBisnes Zawjah Islamic Fashion oleh Rahimah Ab.Rahman
09/04/2017
Nota: Kalau ada artis lelaki mahupun perempuan berpakaian jenis hipster lagilah menyakitkan mata. Boleh bagi pelengkung kalau ada! #FitnahDiHujungJari
---
UPDATE 10/04/2017: Saya tulis saya tonton 3 video/bahagian itu sahaja. JANGAN SOAL kenapa tak komen pasal artis wanita menyanyi dan bahagian-bahagian lain. Saya tak tengok yang lain, lebih-lebih lagi yang perempuan. Tak pasal-pasal nak tengok persembahan wanita menyanyi, ternyata haramnya di mana. Kalau Tuan/Puan nak persoalkan juga kenapa saya tak komen, ini jawapan saya "Saya memang sediakan ruang dan luang itu untuk Tuan/Puan yang komen!" Terima kasih. Moga Allah SWT redha, dan senantiasa beri hidayah kepada KITA semua. Aameen.
Itulah komen dan teguran dari Doktor tersebut. Semoga jadi teladan.
Seperti baisa ada yang menyokong komen ini dan ada yang tidak bersetuju dengannya.
0 comments:
Post a Comment