Penyanyi popularAkim Ahmad telah meluahkan perasaannya.
Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts
Dihentam Duduk Terkangkang Dalam Masjid, Ini Respon Janna Nick
Secara tiba-tiba, satu video menunjukkan Janna Nick yang sedang duduk seakan terkangkang di dalam masjid telah menjadi viral.
Emma Maembong Dilamar Tetapi Dengan Siapa?
Pelakon popular tanah air Emma Maembong telah membuat satu kenyataan bahawa dia bersedia menerima pinangan sesiapa sahaja baru-baru ini.
Saya Sedar, Kita Tidak Boleh Paksa - Uqasha Senrose
Uqasha Senrose satu nama yang cukup sinonim dengan kontroversi di industri hiburan tanah air.
"Saya Mahu Isteri Hidung Macam Neelofa.." - Diva Azwan Ali Jawab Soal Kahwin
Ketika ini, pengacara popular Azwan Ali sedang sibuk berkempen untuk menjatuhkan abangnya Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
Azwan Ali juga mahu bertanding menentang abangnya itu di DUN Bukit Antarabangsa.
Malah sekiranya, PM Najib Razak memberi green light untuk dia menjadi wakil, Azwan Ali sanggup berpuasa selama 6 bulan atau setengah tahun.
Petang tadi, Azwan Ali telah ditemuramah oleh Sinar Harian secara live, kata Azwan Ali, walaupun dia tidak dipilih sebagai wakil rakyat, dia tetap akan menentang abangnya sehabis-habisan.
Azwan Ali juga berkata dia hanya bergurau dengan mengatakan berpuasa selama 6 bulan jika dipilih kerana sedar bahawa PM Najib mempunyai banyak lagi wakil lain utnuk menentang Azmin Ali.
Pengacara ini berkata dia layak menentang Azmin Ali kerana tahu segala-galanya tentang abangnya itu. Azwan Ali akui perjuangannya sememangnya berbau kekeluargaan.
Azwan Ali mempunyai bukti kukuh siapa Azmin Ali sebenarnya.
Selain isu politik, ada yang bertanya bila Azwan Ali mahu berkahwin?
Ini memang soalan yang dinanti oleh orang ramai.
Ini jawapan dari pengacara ini.
"Ada yang tanya kahwin, I nak cari isteri, hidung macam Neelofa, senyum macam Wani Hasrita, manis... oh angin (sambil nyanyi)
"Sebenarnya saya dah 52 tahun, saya rasa Karangkraf jadi media rasmi, kita kahwin dalam ni sahaja
"Tak gurau je, saya harap pelayar-pelayar tahu saya macam mana, kalau saya tak kahwin sampai saya mati tak apalah itu part saya"
"Maknanya Allah dah takdir saya macam itu, tak ada keluarga tak ada anak, itu tak jadi isu, saya redha dan saya pasrah."
Ini videonya temuramah Azwan Ali tentang isu kahwin itu:
Itulah jawapan Azwan Ali apabila ditanya tentang perkahwinan. Apapun semoga ada jodoh untuk Azwan Ali.
Semoga maju jaya buat Azwan Ali di dalam perjuangannya.
Sumber: Sinar Harian / Media Hiburan
Perli Fazura, Rita Rudaini Tampil Dedah Perkara Sebenar
Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan pelakon Rita Rudani telah menyindir pengantin baru Fazura dan Fattah Amin.
Isu ini timbul apabila Rita Rudaini menceritakan kisah kucingnya yang mengikutnya ke toilet, dan terus ada pihak yang mengatakan Rita perli Fazura kerana menyatakan rindu apabila Fattah ke toilet.
Terkejut dengan perkara ini, Rita Rudaini tampil menceritakan hal sebenar.
Ini kenyataan dari Rita Rudaini:
"Kenapa dengan manusia sekarang? Apa salah saya? Saya upload caption cite pasal kucing saya pon di tuduh perli orang...Macam-macam di tuduh saya....saya cerita kan cerita yang sebnar nya pasal kucing saya pon salah ke? Saya dituduh memerli seorang artis pengantin baru??
"Saya pon jadi blur sekejap..bila disiasat rupanya saya di tuduh perli Fazura..Saya sangat sedih yang amat dengan manusia sekarang...tak cukup tuduh saya, mereka tuduh Harian Metro putar belit cerita sedangkan Metro tiru sebijik dan tak ubah seinci pon cerita saya...dan untuk pengetahuan semua, saya tidak tahu dan tak ambik tau pon pasal kes bilik air tu or whatever...banyak lagi kerja saya nak buat.
"Saya nak cari duit bela anak-anak lagi, nak jaga anak-anak lagi nak jaga kucing lagi....saya berkongsi cerita dengan semua yang kucing saya memang manja sampai ikut kemana saja saya pergi sampi ke dalam bilik air pon dia ikut..
"Macam mana sayagnya saya kat kucing saya tu dan rindunya saya kat dia kalau tak nampak depan mata.....apa yang anda semua fikir jauh menyimpang ni???? Apa masalah anda ye? Sampi ada kata saya manusia hati hitam. Sekarang ni hati saya yang hitam or hati anda? Dah jadi FITNAH tu....ye betul lah zaman sekarang zaman fitnah.
"Selalu lah bersangka baik pada orang....uihhh memang sedih gila saya malam ini sebab tak sangka teruk sangat zaman fitnah ni sampai yang takde hal pon di jadikan bahan untuk fitnah..
"Selamat malam dan maafkn semua sebelum tido...pesanan saya, nak fanatik pada artis masing-masing tak salah tapi jangan sampai tuduh, fitnah dan sangka buruk kat orang lain...
Itulah penjelasan Rita Ruidaini tentang isu ini. Diharapkan pihak tidak membuat andaian semata-mata yang boleh membawa fitnah.
Sumber: IG Rita Rudaini
"Jangan Buat Drama!!" - Bekas Isteri Raf Yaacob Tampil Buka Mulut
Semalam, 1 Disember 2017, telah berlangsung satu majlis resepsi antara adik Fazley Yaacob, Raf Yaacob dan juga isterinya, pelakon baru Mawar Rashid.
Majlis resepsi ini telah diadakan di Sime Derby Convention dan berlangsung dengan amat meriah.
Banyak juga rakan artis yang hadir ke majlis tersebut dengan status Mawar Rashid sebagai artis dan bekas peserta Dewi Remaja yang popular.
Untuk pengetahuan, Raf Yaacob merupakan seorang duda sebelum bernikah dengan Mawar Rashid.
Raf Yaacob mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Namun semalam kedua-dua anaknya langsung tidak kelihatan di majlis resepsi pasangan pengantin baru ini.
Melalui laman IG milik Raf Yaacob, dia menjelaskan anaknya tidak dapat hadir kerana bersama ibu kandungnya iaitu bekas isterinya.
Dalam tulisannya, dia menjelas ada baju yang telah disiapkan untuk anak-anaknya namun mereka tidak dapat hadir dan pakaian itu tidak dipakai dan hanya akan tergantung.
Raf Yaacob berkata ada pihak yang kejam dan selfish yang membuatkan anaknya tidak dapat bersama pada malam di majlis resepsi itu.
Ini tulis Raf Yaacob:
These were tailor-made especially for the both of you to wear this evening as your Mummy Rose & Papa walk down the aisle. Now they will remain on their hangers, UNWORN. My dearest children, rest assured that Papa and Mummy Rose have always included you in our lives but due to the cruel and selfish act of others, you are restricted from being with us tonight at #MawaRafReception. Rayyan and Chanela kesayanganku, we love you very much and we will have you in our hearts every step we take this evening. @rayyanchanelaraf There will come a day when your mama going to get married and the kids are with me, I will still give you two to mama. It’s your mama historic day. Take it.
Kemudiannya, oleh kerana penulisan caption dari Raf Yaacob ini, bekas isterinya tampil memberi respon balas.
Kata bekas isteri Raf Yaacob bernama Maria ini, anaknya itu sedang sakit dan tidak sihat.
Maria juga mengingatkan agar jangan sesekali membuat tuduhan tidak berasas dan juga membuat drama.
Ini tulisnya:
1) Rasha demam batuk selsema, sedang alami tonsilitis
2) Hari ni adalah giliran ibu kandung menjaga anak-anak (court agreement)
3) Tiada komunikasi untuk anak-anak hadiri majlis resepsi Raf (hanya diberitahu semalam)
4) Jika mahu anak-anak, perlu 7 hari lebih awal (court agreement)
5) Jika ibunya kejam, selfish, dia takkan benarkan anak-anak hadiri majlis pernikahan
6) jangan buat tuduhan melulu, jangan buat drama
"Bacterial Tonsilitis with WHITE SPOTS adalah penyakit yang berjangkit. As a mother i will take full responsibility on my kids welfare and their surrounding. It is my job to make sure that she wont affect other people."
Itulah penjelasan dari pihak bekas isteri raf Yaacob tentang kenapa anak-anak tidak hadir ke majlis resepsi antara raf Yaacob dan Mawar Rashid.
Sumber: IG raf Yacob / IG Maria
"Saya boleh tarik nafas lega.." - Rita Rudaini
Pelakon popular tanah air, Rita Rudaini sememangnya sering dikaitkan dengan kes perbalahan dengan bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan.
Sejak bercerai, mereka berdua sering berbalas kenyataan di laman sosial dan melalui pihak media terutama melibatkan kes nafkah.
Setelah hampir 5 tahun, Rita Rudaini yang kini berumur 41 tahun meluahkan rasa lega kerana semua kes mahkamah selesai.
Kes yang membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan edah dari bekas suami, pemain bola sepak Malaysia dan juga Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Aidil Zafuan telahpun selesai.
Bagi Rita Rudaini, perjuangan turun naik mahkamah sepanjang lima tahun dalam menuntut hak dirinya dan dua anak akhirnya berbaloi.
Ini komen Rita Rudaini:
"Alhamdulillah, syukur semua selesai. Sekarang saya boleh menarik nafas lega tanpa perlu memikirkan semua masalah ini.
"Saya kini boleh fokus perkara lain dan tidak perlu lagi memikirkan tarikh perbicaraan kerana kes ini berjalan dalam tempoh agak panjang,"
Rita memfailkan tuntutan nafkah dua anaknya RM5,392 sebulan pada 8 November 2012.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015.
Untuk tuntutan mutaah pula, Aidil diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015 meski Rita membuat tuntutan RM300,000.
Pada September lalu, mahkamah memerintahkan Aidil membayar tuntutan edah RM10,000.
Rita dan Aidil bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, September 2013.
Sepanjang perkahwinan, pasangan ini mempunyai dua anak lelaki yang kini dijaga oleh Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin, 8 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berumur 6 tahun.
Aidil Zafuan telah bernikah dengan rakan baik Nora Danish iaitu Zarema Zainal dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Ayden.
Sumber: HarianMetro
"I'll always be there for you" - Luahan Eyana Kepada Anaknya..Sayu Membacanya..
Penyanyi Elyana kini sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya.
Sejak pengumuman penyakit yang dialaminya apabila tersingkir di Gegar Vaganza, ramai yang mula memberi komen dan kata kata semangat buat Elyana.
Sokongan moral merupakan antara yang paling penting untuk seseorang melawan penyakit kronik seperti kanser.
Penyakit ini mula didiagnos oleh Elyana sejak 7 tahun yang lalu iaitu selepas Elyana melahirkan anak sulungnya.
Anak sulungnya bernama Cinta Sumayyah, seorang yang amat comel.
Melayari beberapa foto Elyana bersama anaknya itu di laman media sosial Instagram, ada beberapa luahan hati yang ditulis oleh Elyana.
Ini antara luahan hati Elyana kepada anaknya itu:
"You're My heart, My soul, My treasure, My today, My tomorrow, My forever and My everything! #cintasumayyah
"To my daughter
If u need me,call me.I don't care if I'm sleeping,if I'm having my own problems or if I'm angry at u. If u need me and if u need to talk to me, I'll always be there for u,no matter how big or how small your problem is...I'll be there. #cintasumayyah
"A Daughter is just a little girl who grows up to be your best friend #cintasumayyah
"You'll be her first role model.Her first best friend.She'll be your forever love.
"My daughter is Super amazing and I'm the lucky one because I get to be her BUNDA..
Caption ini ditulis dari beberapa gambar Elyana bersama anaknya.
Sayu pula baca komen dan caption dari Elyana ini. Sudah tentu, ahli keluarga terutama anak menjadi nadi utama kekuatan Elyana untuk menempuh dugaan menghidap kanser tahap empat.
Semoga Elyana teruskan usaha untuk melawan penyakit barah limfoma tahap empat ini. Get well soon Elyana!
Sumber: IG Elyana
Masih Tak Pakai Tudung Walaupun Kena Kanser, Ini Respon Elyana
Setelah mengumumkan telah menghidap penyakit kanser, nama penyanyi Elyana kini menjadi tumpuan orang ramai.
Berita tentang penderitaan barah limfoma tahap empat yang dihidapi oleh Elyana sering menjadi topik bualan hangat orang ramai apatah lagi ianya sedang berada di tahap keempat.
Para peminat dan rakan artis memberi kata-kaat semangat kepada Elyana supaya kuat semangat dan mendoakannya cepat sembuh.
Namun ada orang di luar sana mempertikaikan Elyana.
Kata mereka, walaupun Elyana menghidap penyakit teruk seperti barah tahap empat, penyanyi ini langsung tidak bertaubat.
Ada mengktitiknya masih lagi tidak bertudung menutup aurat.
Ada juga mengecamnya masih menyanyi dan terkinja-kinja di atas pentas seolah tidak insaf walaupun menghidap kanser.
Sesetengah pihak tampil lantang menegur penampilan dan sikap Elyana yang masih belum berubah itu. Komen ditulis di laman sosial seperti Facebook dan juga di laamn IG Elyana sendiri.
Setelah komen-komen negatif yang dilemparkan kepada Elyana ini menjadi viral, penyanyi ini tampil memberi respon.
Elyana telah menerima segala komen dan teguran itu dengan hati terbuka.
Ini respon balas Elyana:
"Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan segala nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul.
"Saya setuju dengan komen-komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya.
"Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu,"
Bagaimanapun, Elyana tidak menjadikan komen-komen yang mengecam penampilannya masih belum bertudung sebagai satu usaha melemahkan semangatnya.
Ini komen Elyana:
"Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan.
"Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati.
"Saya menghargai setiap komen dan doa yang ditulis peminat kepada saya,"
Elyana membuat pengumuman mengejutkan pada malam Ahad lalu selepas tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza 4 dengan memberitahu dia kini sedang menghidap kanser limfoma tahap empat.
Elyana sudah menghidap penyakit kanser ini sejak 7 tahun yang lalu.
Sumber: Astro Gempak
"Waktu itu saat paling sukar, emosi Eyana terjejas" - Luahan Hati Suami Elyana
Umum mengetahui penyanyi bersuara merdu, Elyana kini sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma, barah kelenjar limfatik.
Elyana mengumumkan hal ini kepada umum ketika tersingkir di rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke empat baru-baru ini.
Ternyata ramai yang terkejut dengan pengumuman dari Elyana itu apatah lagi apabila didedahkan bahawa penyakit kansernya itu sudah berada di peringkat tahap 4.
Ramai yang bersimpati dan mendoakan agar Elyana terus kuat melawan penyakit itu dan ramai yang mendoakan agar penyanyi ini kembali sembuh.
Antara yang terkesan dengan penyakit Elyana ini sudah tentulah suaminya yang bernama Khairul Anuar.
Dalam satu tembual dengan portal Astro Gempak, suami Elyana ini telah tampil memberi komen tentang penyakit isterinya itu.
Kata Khairul sejak 7 tahun lalu, dia sering memberi kata-kata semangat kepada isterinya.
Ini antara kata semangat yang diberikan iaitu mahu isterinya meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa," - Itulah kata-kata rutin lima tahun yang diungkapkan suami Elyana untuk memujuk hati isteri tercinta.
Kata Khairul Anuar, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma sekitar tahun 2012.
Ini dedahnya lagi:
"Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.
"Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!
"Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.
"Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.
"Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?
"Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,"
Emosi Elyana dikatakan tidak stabil dan lebih terumbang-ambing apabila memulakan proses rawatan kemoterapi utnuk membunuh sel kanser.
Khairul menceritakan, selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih apabila sel kanser itu mulai mengecut.
Tetapi apabila menjalani rawatan kemoterapi, derita Elyana pula yang tidak tertanggung, dikatakan Elyana tertekan dan berasa amat sakit.
Ini cerita Khairul Anuar lagi:
"Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.
"Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.
"Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya,"
Semangat Elyana kembali pulih. Namun, selepas kembali membuat rawatan pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser limfoma dalam tubuh Elyana sudah berada di tahap empat!
Dari pihak Berita Memey, kami berharap Elyana terus bersemangat juang yang tinggi untuk melawan penyakit kanser. Teruskan usaha, doa dan tawakkal wahai Elyana, semoga cepat sembuh!
Sumber: Astro Gempak
AKHIRNYA Kenyataan Dari Fattah Amin Tentang Pernikahannya Dengan Fazura Semalam
Pelakon popular Fattah Amin akhirnya telah mengesahkan pernikahannya dengan pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin semalam.
Dalam kenyataan Fattah Amin, pelakon ini mengatakan pernikahannya dengan Fazura adalah mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Dengan sekali lafaz, Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah pada jam 9.50 malam dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.
Ini kenyataan Fattah Amin:
"Majlis pernikahan kami mengikut prosedur yang betul. Malah, saya terkejut kerana ada juga teman media yang gigih cuba mendapatkan kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengenai status pernikahan kami.
"Alhamdulillah, pihak JAWI mengeluarkan kenyataan sama. Kami berkahwin seperti orang lain juga. Semua sudah selesai dan tak perlu dipertikaikan lagi.
"Majlis itu sah dengan sekali lafaz dan Alhamdulillah, berjalan lancar. Saya dinikahkan oleh abang Fazura sendiri dan turut berada pada majlis itu ialah wakil JAWI selain keluarga rapat kami"
Sementara itu, Fattah Amin sekali lagi menegaskan, sejak awal dia dan Fazura sudah memaklumkan majlis pernikahan berkenaan akan diadakan secara tertutup, seperti diumumkan pada sidang media yang diadakan pada 23 November lalu.
Ini komen Fattah Amin:
"Ketika sidang media itu pun saya sudah jelaskan, majlis nikah dibuat secara tertutup. Malah, kami juga memaklumkan sedang merancang dua majlis membabitkan rakan media serta keluarga rapat, selain untuk peminat, pada awal tahun depan"
Fattah Amin berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan hadiah Bintang Paling Popular.
Fattah Amin menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP, iaitu ganjaran selepas merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0, Mei lalu.
Umpama hadiah perkahwinannya Fattah Amin menerima kereta sedan premium bernilai RM150,000.
Menurut Fattah Amin, kereta itu akan dihadiahkan kepada ibu bapanya yang turut hadir memeriahkan majlis terbabit.
Fattah juga berkata, hadiah kemenangannya itu adalah hasil sokongan peminat yang tidak berbelah bagi sejak awal menceburi industri seni hinggalah dirinya bergelar Bintang Paling Popular.
Ini komen Fattah tentang kemenangan Bintang Popular:
"Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik"
Tahniah buat Fattah Amin! Selamat pengantin baru!
Sumber: Berita Harian
Pesanan Rozita Che Wan Kepada Fazura Setelah Berkahwin Lelaki Muda
Semalam pelakon filem popular Fazura telah bernikah dengan bintang popular, Fattah Amin.
Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Untuk pengetahuan, Fazura berumur 34 tahun manakala suaminya berumur 27 tahun.
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta telah memberi nasihat kepada Fazura setelah pelakon tersebut berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya.
Rozita Che Wan memberi pesan kepada Fazura supaya perlu redha dengan banyak perkara apabila memilih pasangan yang mempunyai perbezaan usia agak jauh sebagai suami.
Antaranya adalah seperti pandangan yang berbeza dalam sesuatu hal, dan itu merupakan cabaran dalam rumah tangganya yang dibina dengan suami, Zain Saidin.
Ini komen Rozita Che Wan:
"Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza.
"Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak redha dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain,"
Rozita Che Wan telah berkahwin dengan Zain Saidin, yang mana jarak umur Zain jauh lebih muda daripadanya dengan perbezaan 11 tahun.
Kata Che Ta lagi, melalui pengalamannya, perkara itu bukan satu masalah, sebaliknya dia melalui proses pembelajaran dalam rumah tangga sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu bersama Zain Saidin.
Ini komen Che Ta:
"Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama.
"Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti,"
Pasangan popular, Rozita Che Wan yang kini berumur 44 tahun suaminya, Zain Saidin yang berumur 33 tahun, telah berkahwin pada 11 Disember 2013.
Mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata yang amat comel iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua tahun.
Semalam, Fattah Amin dan Fazura sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup yang diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.
Sumber: mStar
"Lebih menyedihkan, kami pula bergaduh suami-isteri," - Luahan Jue Aziz
Pelakon Jue Aziz telah tampil membuat pendedahan terkini tentang dirinya.
Yang seingat BeritaMemey, kali terakhir pelakon ini muncul di kaca TV adalah menerusi drama cerekarama di TV3 berjudul Dosa Terlindung pada awal November lalu bergandingan bersama Zamarul Hisham, best cerita tu.
Selain itu, Jue Aziz pernah muncul dalam drama sedih ketika hari raya yang lalu, lakonan bersama Wan Maimunah dalam drama Air Zam Zam Untuk Emak.
Walaupun kurang aktif dalam dunia lakonan dan wajahnya memang sudah jarang kelihatan di kaca televisyen, Jue Aziz masih lagi aktif sebagai duta produk.
Antaranya Jue Aziz telah dilantik menjadi duta kepada satu produk kecantikkan pada hujung tahun lalu.
Namun baru-baru ini Jue Aziz telah meluahkan rasa terkilan apabila kontraknya sebagai duta sebuah produk kecantikan itu telah ditamatkan secara serta merta tanpa sebab munasabah.
Jue Aziz yang kini berumur 34 tahun, berkata lebih menyedihkan, nama suaminya, Bayu Daniels, turut terkena tempias apabila dituduh dengan perkara yang bukan-bukan.
Ini menyebabkan dia dan suami pernah bergaduh.
Baca pendedahan dari Jue Aziz tentang hal ini:
"Saya menandatangani kontrak selama setahun bersama pengeluar produk berkenaan, bermula November tahun lalu. Tetapi, kontrak itu ditamatkan dengan serta-merta tanpa sebab.
"Sukar untuk saya menjelaskan perkara itu secara terperinci, namun saya sedih apabila kerjasama ini diakhiri dengan cara tidak baik.
"Lebih menyedihkan, suami juga turut terkena tempiasnya, sehingga kami pula bergaduh suami-isteri,"
Menurut Jue, yang membuatkannya lebih rasa tidak berpuas hati adalah apabila wajahnya masih digunakan pengeluar produk berkenaan meskipun tidak lagi terbabit dengan jenama itu.
Ditanya adakah Jue sudah serik untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat kecantikan selepas apa yang berlaku, pelakon itu akui ada berasa sedikit terganggu dengan kejadian itu.
Ini komennya:
"Meskipun begitu, saya percaya ramai lagi pengasas produk yang bersikap jujur di negara ini. Malah, saya takkan berputus asa apabila gagal dalam melakukan sesuatu perkara.
"Diakui, pada awalnya, memang saya berasa serik. Namun apabila difikirkan semula, ia adalah lumrah jatuh bangun sesebuah perniagaan.
"Apa yang penting, saya mahu membersihkan nama yang sudah tercalar, akibat masalah bersama syarikat produk saya wakili sebelum ini,"
Semoga Jue Aziz tabah dengan dugaan yang melanda. Semoga kerjaya Jue Aziz sebagai pelakon kembali bersinar seperti dulu kala. Bakat Jue Aziz memang hebat dan mempunyai ramai peminat tersendiri.
Jue Aziz berkahwin dengan pemuzik dari negara seberang Indonesia, Bayu Daniels telah mempunyai seorang anak angkat Darwish yang kini berusia empat tahun.
Sumber: BeritaHarian
(VIDEO) Adegan Mesra Melampau Wak Doyok Dan Kekasihnya Dikritik Teruk!
Siapa yang tak kenal dengan Wak Doyok, seorang ikon dalam bidang fesyen.
Wak Doyok sinonim dengan misai nya yang lentik dan tampil dengan gaya fesyen terkini.
Semakin popular, Wak Doyok mula menceburi bidang hiburan sebagai pengacara dan pelakon.
Wak Doyok menjadi pengacara "Ke Korea Ke Kita" bersama Myo yang mendapat reaksi positif dari para penonton.
Kemudian, Wak Doyok menjadi pelakon dalam filem box office, Abang Long Fadhil 2 bersama Zizan Razak.
Semalam, Wak Doyok memuatnaik gambar dan video bersama seorang gadis yang amat jelita yang dikatakan kekasih hatinya.
Wak Doyok telah menyambut hari lahir nya yang ke 37 semalam bersama wanita jelita berkenaan yang dikataakn kekasih hatinya.
Ini caption Wak Doyok:
"Terima kasih sayang udah susah2 datang KL dari Jakarta mahu celebrate birthday aku. Oh ya terima kasih cake duriannya ya tau aja kamu aku hantu durian
Ini pula tulis wanita berkenaan:
"Happy birthday my dear, I’m so happy to be here today with you #durianlovers
Dari video itu, Wak Doyok dan kekasihnya itu membuat satu adegan mesra yang mendapat kritikan dari para followernya.
Ramai yang terkejut, Wak Doyok membiarkan kekasihnya itu melakukan adegan itu.
Ini videonya:
Ini beberapa keping gambar Wak Doyok dan kekasihnya itu menyambut hari kelahiran Wak Doyok bersama.
Wak Doyok dikenali kerana penampilannya yang berbeza dan juga pencinta fesyen modern stylish.
Sering tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal persis bab jejaka maskulin era Inggeris 60-an, nama Wak Doyok terus popular dan imejnya menjadi ikutan.
Pada 2012, beliau mengusahakan jenama pakaiannya iaitu The Garment dan turut mempunyai rangkaian perniagaan produk seperti krim jambang, Kopi Wak Doyok dan wax rambut Pomade.
Wak Doyok jug atelah melancarkan jenama pakaian lelaki terbaru, MegWak.
Sumber: IG Wak Doyok
"Aiman Tino Satu Pencemaran, Penghinaan Bagi Muzik Hip Hop" - Damian VE
Nama Aiman Tino kini amat dikenali ramai dan lagunya seperti Ku Rela Dibenci, Permata Cinta dan Ku Hanya Sayang Padamu menjadi siulan para remaja.
Namun baru-baru ini Aiman Tino dikritik oleh penyanyi dan komposer Damian VE.
Melalui statusnya di laman sosial Facebook Ahad lalu, Damian dari kumpulan VE telah mengkritik dan mengecam nyanyian Aiman Tino bersama kakaknya, Fara Hezel untuk lagu Terasa Cinta.
Dalam lagu itu, Aiman Tino telah menyanyi bahagian rap.
Damian yang mendengar menulis komen sinis kepada Aiman Tino dalam percubaannya menjadi penyanyi rapper dalam lagu itu.
Ini tulis Damian:
"Habislah rapper-rapper Malaysia ... Malique, Joe dengan Altimet tak boleh cari makan dah ini macam... RIP Hiphop Malaya. Innalillah..
"Tunggu nak dengar Aiman buat lagu Death Metal pulak lepas ni.
"Pencemaran dan satu penghinaan bagi Industri Muzik Hiphop. Sorry, kalau perform depan gua memang gua Booooo kuat2. #yo
"Dengan rasminya, saya telah meWICETkan Hiphop. - Aino Timan - #yo
Itulah komen-komen yang agak pedas dari Damian Mikhail tentang percubaan Aiman Tino itu.
Damian menyifatkan tindakan Aiman satu pencemaran dan penghinaan bagi industri muzik hiphop. Katanya, kalau Aiman menyanyi di depannya, dia akan 'boo'.
Aiman Tino ketika dihubungi oleh wartawan Harian Metro tidak kisah dengan kecaman yang dilontarkan kepadanya.
Ini respon Aiman Tino:
"Saya pendatang baru, hanya mahu mencuba. Sepatutnya sebagai orang lama, Damian ada cara lebih baik untuk mengkritik.
"Kalau cara saya tidak sesuai, boleh sahaja hubungi pengurus atau saya sendiri.
"Saya tidaklah bodoh sangat tak pandai rap, asas itu memang ada. Saya juga pernah menjayakan persembahan 'underground' menyanyikan lagu rap sebelum ini,"
Selain itu, Aiman Tino menganggap tindakan Damian mengkritiknya secara terbuka di laman Facebook itu sebagai tidak profesional.
Perbuatan Damian VE it akan menggalakkan lagi kecaman orang ramai terhadapnya di laman sosial.
Katanya, dia bukan mahu monopoli semua genre lagu kerana masing-masing ada peminat tersendiri.
Ini komen Aiman Tino lagi:
"Saya harap mereka yang suka mengecam melihat isu ini dari sudut lebih positif.
"Mungkin ada peminat generasi saya tidak pernah mendengar genre muzik dimaksudkan sebelum ini.
"Tidak mustahil penyanyi baru seperti saya boleh membuka pintu kepada peminat untuk lebih mengenali muzik rap yang pernah popular suatu ketika dulu"
Itulah respon balas Aiman Tino terhadap kritikan dari Damian VE.
Damian merupakan antara ahli kumpulan VE atau nama penuhnya Versus Of Euphonious, satu kumpualn yang amat popular seiring kumpulan Ruffedge.
Antara lagu popular kumpulan VE ialah Party Like This, Pop Ye Ye, Ikhlas Tapi Jauh, Ayu, dan Khayalan bersama kumpulan Reffuedge.
Sumber: Harian Metro / FB Damian Mikhail
"Masuk GV pun tak bincang, jangan buat kami macam tunggul.." - Luahan Rody Kristal kepada Lan
Nampaknya penyertaan Lan Kristal di dalam rancangan Gegar Vaganza membuatkan kumpulan rock ini membuat keputusan untuk mencari penyanyi baru.
Semalam, Rody dari kumpulan Kristal yang merupakan pemain gitar kumpulan Kristal telah membuat pengumuman di Instagramnya untuk mencari penyanyi baru bagi merehatkan penyanyi asal kumpulan tersebut iaitu Lan yang kini sedang berjuang dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke empat.
Menurut Rody lagi, memang benar status tersebut ditulis olehnya setelah mendapat khidmat nasihat daripada orang-orang lama.
Tambah Rody lagi, lokasi dan tarikh audition tersebut akan diberitahu kemudian.
Ini pengumuman di Instagram tentang pencarian vokalis baru kumpulan Kristal:
"Kristal akan rehatkan Lan dan akan buat audition untuk mencari penyanyi baru.. Insyaallah pengumuman akan di buat..
Ibni pula tulis Rody di laman IG miliknya:
"Di atas nasihat orang-orang lama, kami Kumpulan Kristal akan merehatkan Lan dan akan buat audition mencari penyanyi baru.. insyaallah pengumuman akan di buat..
"Moga Lan berjaya dengan hajatnya nak jadi penyanyi solo.. tak kan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pulak .. insyaallah..
"Aku akan memperjuangkan @kristalband bersama @kechiqrangers dan @acapkristal moga terus berjaya dan harap korang terus menyokong perjuangan kristal!
Kemudian melalui portal Sinar Harian, Rody ada meluahkan rasa hatinya dengan keputusan Lan untuk menyertai Gegar Vaganza.
Yang membuatnya terguris hati, Lan tidak berbincang untuk menyertai Gegar Vaganza misum 4 dengan rakan-rakan band yang lain.
Ini penjelasan dari Rody:
"Kami akan bersidang dulu dengan pengasas/pengurus Kristal Pak Din. Mungkin juga akan jumpa Awie,"
Rody memberitahu bahawa kumpulan Kristal perlu mencari penyanyi baru kerana ada peminat yang menganggap kumpulan Kristal sudah tiada setelah melihat Lan muncul solo di Gegar Vaganza.
Ini luahan hati Rody:
"Sebenarnya senang je, satu band perlu berbincang. Masuk GV pun tak bincang. Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul.
"Ada kawan-kawan beritahu sebelum ni Lan record solo tapi malas percaya, sekali betul. Dia nak try benda baru, kita kena try benda baru juga la.
"Kalau rezeki die dalam solo, kita tak ada masalah. Cuma kena cari penyanyi barulah. Faham-faham je la nanti show nak kena ada penyanyi. Kalau tak maka terkontang-kanting kami,"
Ditanya bagaimana pendirian Kristal jika Lan masih terus menggunakan nama Lan Kristal, boleh atau tidak?
"Kalau dia dah kuat rasanya pakai Lan GV pun orang kenal," itulah komen dari Rody.
Apapun diharapkan Lan dan ahli kumpulan Kristal dapat berbincang dengan baik-baik. Harapnya kumpulan Kristal terus berdiri teguh!
Kumpulan Kristal merupakan satu nama band yang amat popular dan terkenal dengan lagu seperti Seragam Hitam, Resam Pak Belalang, dan Delaila.
Pada tahun 1999, kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody yang mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie.
Awie kemudian tertarik dengan kehebatan kumpulan ini setelah melihat sendiri Kristal membuat persembahan.
Satu tahun selepas itu, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah' dan popular menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'.
Tahun 2002, kumpulan Kristal terus cemerlang dan semakin popular apabila sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang'.
Sumber: Sinar Harian
Isteri Nabil, Zira Ayub Pula Tampil Beri Komen
Sekarang ini sedang kecoh ada yang mempertikai cara pelawak popular, Nabil Ahmad mengacarakan program nyanyian Gegar Vaganza di Astro.
Memang ramai penonton dan netizen yang menghentam Nabil, kerana tidak suka cara Nabil yang suka menyampuk ketika juri Gegar Vaganza memberi komen.
Ada juga yang tidak bersetuju dengan Nabil yang sering mempersendakan ayat dan perkataan yang digunakan oleh juri dari Indonesia, Hetty Koes Endang.
Oleh kerana Nabil sering dikritik, isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub mendedahkan perkara yang terpalit kepada dirinya.
Zira Ayub mengaku dia turut terkena tempiasnya apabila netizen melemparkan komen berbaur negatif terhadap gaya pengacaraan suaminya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ini.
Isteri Nabil , bagaimanapun memilih untuk tidak masuk campur dalam urusan kerjaya suaminya walaupun IG miliknya turut menjadi mendan netizen menulis komen negatif.
Ini komen Zira:
"Semestinya sebagai isteri, saya turut terkena tempias apabila orang di luar sana mempertikaikan kerja Nabil. Namun, saya memandangnya dari segi positif dan menetapkan minda, ia hanyalah sebuah program televisyen.
"Begitupun, ada di kalangan netizen yang sengaja ingin menjatuhkan dengan melemparkan sesuatu kata-kata tanpa asas. Jadi, saya memilih untuk mengetepikan komen sebegitu. Namun, kritikan membina yang dapat membantu perkembangan kerjaya, saya jadikannya sebagai panduan atau rujukan.
"Sebagai pengacara, penting untuk seseorang menjadi dirinya sendiri, namun tetap memastikan sesebuah majlis atau acara lebih meriah dengan kreativiti tersendiri,"
Zira telah hadir ke konsert keempat Gegar Vaganza minggu keempat Ahad lalu, di Bukit Jalil, sebagai tanda sokongan kepada suaminya yang mengendalikan rancangan itu bersama Jihan.
Ada beberapa lawak spontan Nabil ketika mengacarakan program nyanyian itu sebelum ini turut mengundang kritikan para penonton.
Selain itu, sikapnya yang sering mencelah ketika juri memberi komen dikatakan tidak bagus dipertontonkan.
Sebagai pengacara rancangan terbabit, Nabil dikatakan ada menyinggung sensitiviti sesetengah pihak menerusi jenakanya.
Antara yang lantang menegur Nabil Ahmad adalah Datuk Chef Wan.
Untuk pengetahuan ramai, setiap musim Gegar Vaganza, Nabil dan Jihan telah mengukuhkan namanya sebagai pengacara Gegar Vaganza.
Mereka berdua memang serasi di atas pentas dan berjaya menceriakan rancangan terbabit.
Namun, mereka berdua juga ada beberapa kali terpalit kontroversi menerusi lawak mereka ketika di atas pentas terutama Nabil Ahmad.
Nabil Ahmad dan Zira Ayub telah berkahwin pada 30 September 2011. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang amat comel-comel belaka.
Sumber: BeritaHarian
"Cara Datuk Chef Wan Tegur Buka Peluang Orang Hina Saya.." - Nabil Upload Video Khas, Balas Teguran Chef Wan
Baru-baru ini, chef paling popukar di Malaysia, Datuk Chef Wan telah tampil menegur sikap pelawak Nabil Ahmad di atas pentas ketika mengacarakan Gegar Vaganza musim ke empat.
Sekali lagi Datuk Chef Wan menegaskan perbuatan Nabil suka mencelah ketika juri memberi komen adalah tidak bagus.
Chef Wan juga kurang gemar dengan sikap kedua-dua pengacara yang kadangkala mempermainkan kata-kata yang dilontarkan oleh juri Indonesia, Hetty Koes Endang.
Bagi Chef Wan, tindakan suka menyampuk ini adalah amat tidak baik, dan merupakan contoh tidak elok kepada anak-anak yang turut menonton rancangan ini.
Apabila ditegur secara terbuka, teguran Chef Wan itu menjadi viral dan tersebar meluas di laman media sosial.
Terkesan dengan teguran Chef Wan itu, Nabil Ahmad tampil memberi respon balas.
Nabil telah membuat satu video yang ditujukan khas buat Chef Wan.
Pelawak dan pengacara popular ini ternyata tidak gemar dengan cara Chef Wan yang menegur melalui Instagram.
Kata Nabil, perbuatan Chef Wan itu telah membuka peluang orang ramai untuk menghinanya secara terbuka.
Ini komen dan respon balas dari Nabil kepada Chef Wan:
'Video ini ditujukan khas buat Datuk Chef Wan. Whats wrong Datuk, you need some attention, okey i'll give you some.
'First of all, thank you so much Datuk for your advice, amat berguna dan amat bermanfaat, insyallah saya akan praktik kan, saya cuba.
'Kedua, saya nak share dengan Datuk pepatah Inggeris berbunyi, "It's Not What You Say, But How You Say It, Its not about what you do, but how you do it"
'Cara Datuk nasihat saya melalui laman Instagram, membuka ruang orang ramai untuk caci, hina, maki saya.
'Datuk, Gegar Vaganza dah empat musim, cara sama, konsep sama, pengacara sama, ada tempat yang betul dan cara yang betul untuk beri pendapat.
'Saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya terkasar bahasa.
'Kepada semua yang menonton Gegar Vaganza, terima kasih atas sokongan anda, saya akan cuba untuk perbaiki mutu pengacaraan saya.
'Terima kasih Datuk Professor Chef Wan.
Ini video penuh:
Itulah respon balas dari Nabil AHmad kepada Datuk Chef Wan.
Nabil Ahmad mengatakan ada cara yang lebih baik dan cara yang betul untuk menegurnya daripada menggunakan medium sosial media Instagram.
Pengacara ini turut memohon maaf sekiranya dia ada terkasar bahasa ketika membuat video itu.
Sumber: Oh Bulan
Ibu Fazura Pula Terlepas Cakap..
Antara isu hangat dan paling banyak menjadi bahan bualan pada minggu ini ialah kisah hubungan Fazura dan juga Fattah Amin.
Pelakon dan juga pemenang Bintang Paling Popular 2016 iaitu Fattah Amin dikatakan sudah bernikah dengan rakan artis, Fazura.
Majlis pernikahan pasangan ini dikatakan dibuat di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Baru-baru ini ada sumber tampil menceritakan perkahwinan Fattah Amin dan Fazura telah dibuat pada awal pagi 14 November.
Sumber memberitahu abang Fazura turut hadir menjadi wali perkahwinan tersebut.
Sebenarnya, mereka merancang untuk bernikah di Mekah namun perancangan tersebut tidak berjaya dan mengambil keputusan untuk bernikah sebelum bertolak ke Mekah.
Pada tengah hari 15 November, Fattah Amin, Fazura dan ahli keluarganya telah bertolak ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah.
Semalam, ada satu video telah menjadi viral yang dimuatnaik oleh pembantu kepada Fattah AMin yang telah menguatkan lagi spekulasi bahawa Fattah Amin dan Fazura telah bernikah.
Ketika berada di tanah suci, PA kepada Fattah Amin ada bertanya kepada ibu Fazura, apa doa yang dimintanya.
Kemudian ibu Fazura secara spontan telah menjawab mahu jodoh anaknya berkekalan.
Ini komennya:
Soalan: Mama, mama nak doa apa?
Jawapan ibu Fazura: doa anak anak jodohnya berkekalan
Ini videonya:
Apabila ibu Fazura berdoa memohon 'jodoh anak berkekalan', ramai yang berpendapat anak itu adalah Fazura dan juga Fattah Amin.
"Jodoh berkekalan" bermakna mereka berdua telah dijodohkan dan mahu perkahwinan mereka berdua berkekalan.
Memang semakin sensasi isu ini. Rata-rata tidak sabar menunggu kepulangan Fazura dan juga Fattah Amin hari Khamis nanti untuk membuat sidang media.
Kita tunggu jawapan dari kedua-dua pihak.
Sumber: beautifulnara
Subscribe to:
Posts (Atom)


















