Kronologi Penuh: Kisah Bayi Hilang Ditemui Dalam Peti Ais Pengasuh

Ini satu kisah sadis yang menengejutkan banyak pihak.





Seorang bayi lelaki berusia lima bulan hilang dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves dekat Kuala Lumpur, semalam.

Rupanya setelah satu serbuan dibuat di rumah pengasuh, bayi itu dijumpai sudah meninggal dunia di dalam peti ais.

ANAK HILANG DI RUMAH PENGASUH

Bapa bayi berkenaan, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28 tahun, berkata kehilangan anaknya, Adam Raikal dimaklumkan oleh isterinya Farah Madiha Othman, 28 tahun sekitar jam 7 malam tadi.

"Isteri saya menghantar Adam Raikal ke rumah pengasuh pada pukul 12 tengah hari tadi kerana dia ingin pergi bekerja.

"Pada sebelah petang, pengasuh memaklumkan kepada isteri yang anak saya diambil oleh seorang lelaki yang menyangka itu adalah saya... walhal saya belum mengambil anak dari rumah pengasuh,"

Mohd Sufi Naeif berkata, dia belum pernah menjemput anaknya yang baharu seminggu dihantar ke rumah pengasuh berkenaan.

"Saya harap Adam Raikal dapat ditemui segera,"

Baoa bayi berkenaan memberi keterangan kepada pihak polis setakat 11 malam ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Polis sedang merakam percakapan ibu bapa bayi terbabit bersama pengasuhnya,"

Mohd Sufi Naeif memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.

ANAK DIJUMPAI DI RUMAH PENGASUH

Setelah disiasat pohak polis, bayi lelaki lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Katanya, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

"Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

"Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,"

Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

"Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat"

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan bayi berkenaan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya, petang semalam.

Pengasuh berkenaan berjkata ada pihak yang menyamar menajdi bapa bayi berkenaan dan mengambilnya.

Bapa bayi berkenaan tidak pernah mengambil anaknya di rumah pengasuh.

Untuk pengetahuan, baru seminggu bayi ini duduk di rumah pengasuh tersebut.

Kemudian, kisah ini menjadi viral apabila bapa bayi itu memuat naik gambar Adam Rayqal di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.

PROMO PERFUME

Lihat promosi di bawah:

>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<

Gorgeous By RCW
# RM 28 Sahaja, harga asal rm45 #

------------------------------

 ✔ Eau de Parfum (EDP) 
✔ 35 ml 
✔ Bauan Fruity 
✔ Tahan lama sehingga 8-12 jam
✔ RM 28 sahaja
✔ Halal boleh dibawa solat

0 comments:

Post a Comment