Kenapa Ellie Suriaty Bertindak Sampai Macam Tu? Ini Jawapannya..

Ellie Suriaty telah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan dengan tuduhan pecah amanah dan salahguna kuasa.





Pelakon ini dilihat hadir bersama kira-kira 50 orang penyokong bekas perdana menteri yang menunggu di perkarangan mahkamah.

Namun yang mengejutkan kehadiran mereka dilihat telah mencetuskan kekecohan sehingga dileraikan oleh pihak polis.

Kata Ellie Suriaty, dia menegaskan bahawa dia mempunyai hak untuk memilih parti politik selain bebas menyokong mana-mana pemimpin. Malah, dia tidak kisah dengan persepsi netizen terhadap tindakannya itu.

"Kita berada dalam negara demokrasi. Saya berhak untuk memilih parti politik dan berhak untuk menyuarakan pandangan.

"Kalau netizen nak cakap negatif, itu pandangan mereka. Terpulang kepada mereka dan saya tak boleh nak kata apa.

"Saya anak seni dan kerjaya saya tak terikat dengan kerajaan. Malah, saya juga terima diri sebagai pembangkang.

"Saya datang untuk memberi sokongan moral kepada perdana menteri keenam yang pernah mentadbir negara supaya beliau tahu yang masih ada ramai lagi rakyat Malaysia menghargai kepimpinan dia," 

Berbicara tentang kes penahanan Datuk Seri Najib, Ellie Suriaty telah mengkritik tindakan SPRM sebagai tidak beretika dan tidak menghormati Najib yang pernah menjadi pemimpin negara.

"Tidak adil untuk dilayan sebegitu. Malah, dituduh dan difitnah dengan perkara yang dah terang-terangan salah. Saya berharap beliau dibicarakan secara adil,"

Sementara itu, Ellie Suriaty terus memuji kepimpinan DS Najib yang disifatkannya sebagai pemimpin terbaik dalam membawa negara ke peringkat tertinggi.

Dalam nada sebak dia berkata, sepanjang Najib menjawat jawatan nombor satu itu, beliau sentiasa menjaga kebajikan bangsa Melayu dan agama Islam termasuk suka menderma tanpa menunjuk-nunjuk kepada semua orang.

"Kalau ada rezeki, kita nak dia jadi perdana menteri kita lagi kerana kecemerlangan dia dalam kepimpinan tak ada tolok bandingnya. Setiap perdana menteri ada keistimewaan masing-masing tapi dia ada keistimewaan yang sangat berjiwa rakyat dan itu samalah dengan sikap bapa dia.

"Selalu pun kalau dalam apa-apa bidang kita tak dapat acuan, ayah, anak. Sekali-sekala kita akan dapat acuan itu dan acuan itu dalam Tun Razak," 

Menurut Ellie, sebelum ini dia pernah berjumpa dengan Najib di satu majlis di mana dia dapat mengenali Najib dengan lebih dekat. Namun dengan apa yang berlaku hari ini membuatkan Ellie berasa sebak.

"Bagi saya, kenapa layan pemimpin yang bagus macam tu. Saya pernah jumpa dia pada satu majlis mengenang budi, saya nak lihat dia dari dekat. Saya tak percaya orang boleh buat dia macam tu.

"Saya rasa pemerintahan sekarang paranoid sebab saya nak tahu benar-benar sistem demokrasi berjalan sekarang sebab saya rasa sangat teruk dan adakah rule of law akan dipraktikkan seperti sebelum ini," 

Di laman media sosial, netizen berpandangan Ellie Suriaty bukan sahaja buta mata, tetapi buta hati.

PROMO PERFUME

Lihat promosi di bawah:

>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<

Gorgeous By RCW
# RM 28 Sahaja, harga asal rm45 #

------------------------------

 ✔ Eau de Parfum (EDP) 
✔ 35 ml 
✔ Bauan Fruity 
✔ Tahan lama sehingga 8-12 jam
✔ RM 28 sahaja
✔ Halal boleh dibawa solat

0 comments:

Post a Comment