Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Kenapa Ellie Suriaty Bertindak Sampai Macam Tu? Ini Jawapannya..

Ellie Suriaty telah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan dengan tuduhan pecah amanah dan salahguna kuasa.

"Kenyataan Bodoh Ewal!" - Mona Syamimi Ada Bukti Ewal AF Yang Menganggunya



Ketika Shahir menjadi tumpuan dalam kontroversi denagn pramugari bernama Mona Syamimi, soerang lagi peserta AF Megastar iaitu Ewal turut mendedahkan bahawa dia pernah hampir diperangkap wanita ini.

Kenyataan Ewal AF itu membuatkan Mona Syamimi terkejut apatah lagi Ewal mendedahkan Mona Syamimi menggunakan modus operandi yang sama dengan Shahir iaitu mesej melalui Instagram dan mengaku peminat setia.

Ekoran pendedahan panas dari Ewal AF itu, Mona Syamimi sebelum ini berkata dia tidak ada hati langsung dengan Ewal, malah penyanyi itu bukan taste nya.

Selain itu Mona Syamimi ternyata berang dengan kenyataan Ewal itu dan menggelarkannya sebagai 'bodoh'.

Pramugari Firefly ini juga tidak teragak-agak untuk menunjukkan bukti Ewal pernah menganggunya sebelum ini.

Ini kenyataan terbaru Mona Syamimi: (HarianMetro)

"Saya terkejut apabila Ewal berani membuat kenyataan begitu. Ketika saya mahu tutup kes ini, dia tergamak mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa.

"Ewal menghubungi saya dan cakap dia tidak pernah keluarkan kenyataan. Saya beritahu kalau Ewal tidak keluarkan kenyataan, macam mana artikel itu keluar.

"Saya bengang dengan kenyataan bodoh Ewal itu. Jangan sampai saya tunjukkan bukti dia pernah menganggu saya sebelum ini. Saya masih simpan segala bukti perbualan kami,"

Dikatakan gangguan dari Ewal itu menjadi punca dia dan kekasih lamanya berpisah.

Sementara itu, melalui laman Ig, Mona Syamimi ada meluahkan rasa marah dengan seseorang yang mungkin Ewal.

Mona kecewa kerana kes ini dah hampir tamat tetapi isu baru pula yang muncul.

Ini luahan Mona Syamimi:


Memang Tak Sangka Ini Yang Fahrin Lakukan! Reaksi Fahrin Ahmad Ketika Insiden Tampar David Teo Jadi Viral

Memang Tak Sangka Ini Yang Fahrin Lakukan! Reaksi Fahrin Ahmad Ketika Insiden Tampar David Teo Jadi Viral


Insiden Mat Over menampar muka David Teo ketika majlis TN50 sememangnya satu insiden yang mengejutkan ramai pihak.

Memang satu Malaysia tahu tentang insiden yang berlaku ini apatah lagi ianya terjadi di depan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Razak.

Namun, ada satu perkara yang ramai tak tahu ketika kejadian berlaku.

Ada beberapa orang ramai yang tekah terlihat aksi seorang pelakon kacak iaitu Fahrin Ahmad ketika insiden itu berlaku.

~Link video reaksi Fahrin Ahmad (TONTON SINI) 

Fahrin Ahmad memang berada berhampiran tempat kejadian.

Apabila Mat Over menampar muka David Teo, Fahrin terus datang dan menahan Mat Over seterusnya meleraikan kedua-duanya.

Fahrin Ahmad kemudian cuba menenangkan Mat Over yang sedang marah ketika itu.

Reaksi Fahrin Ahmad itu telah menerima pujian dari orang ramai yang melihat video berkenaan di laman media.

Sementara itu, dapat dilihat juga reaksi Shaheizy Sam di belakang yang hanya mampu tersenyum melihat kejadian tampar itu.

~Link video reaksi Fahrin Ahmad (TONTON SINI)


"Tengok 5 saat pun rasa naik angin, penari wanita pakai baju putih ketat.."

"Tengok 5 saat pun rasa naik angin, penari wanita pakai baju putih ketat.."



Ini tentang pandangan seorang lelaki bernama Dr Syahr Musafir yang mengkritik persembahan secara langsung di TV3.

Persembahan itu ialah nyanyian Alitimet berjudul Amboi Amboi Amboi ketika Anugerah Bintang Popular minggu lalu.

Dr Syahr Musafir kecewa kerana lagunya amat penuh dengan mesej tetapi ketika persembahan live, 5 saat tengok pun dah naik angin.

Ini ekoran para penari berpakaian ketat yang terkinja-kinja di ats pentas.

Jom baca:

Sekali-sekala semasa memandu saya tukar siaran radio ke Hot FM, Suria FM, nak dengar-dengar juga lagu-lagu yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia sekarang. Hemat saya, kalau lagu tak popular, takkanlah radio-radio tu nak pasang, betul tak?

Tertarik dengan sebuah lagu Amboi, Amboi, Amboi. Dengar sikit-sikit je, tak sempat dengar penuh. Gigih saya google tentang lagunya. Lagu #Amboi nyanyian #Altimet.

First step, baca lirik dulu. Liriknya boleh tahan, sebuah lagu sindiran dan kritikan yang mampu membuat masyarakat tersentap pada beberapa poin. Boleh tahanlah. Seronok kita tengok ada orang buat lagu baik-baik, ada mesej.

Second step, nak dengar lagunya, cari di Youtube. Keluarlah video dan saya pun tengoklah "Altimet - Amboi Amboi Amboi Live ABPBH 2017".. Menarik ni, dok expect akan samalah dengan persembahan lagu "Assalamu'alaikum" oleh Faizal Tahir dulu (yang mengisahkan senario Syria, Palestin dan sebagainya. Atau kalau tidak sebegitu, adalah sekurang-kurangnya mesej yang baik dalam video berdurasi lebih 3 minit itu.

Alkisahnya, tengok 5 saat pun rasa naik angin dah.

Ada penari-penari perempuan berpakaian putih ketat seluruh badan terkinja-kinja menari di atas pentas. Ya, terkinja, macam cacing kepanasan. Tak tahulah gaya menari apa, tetapi sakit mata menengoknya.

Audien boleh tahan, menyanyi sama. Yang bertudung tak kisahlah artis atau orang ramai (saya pun tak kenal) pun berhenjut-henjut kepala semacam enjoy dengan persembahan. Yang lelaki tak terkecualilah, nampak enjoy benar. Dua muka yang saya kenal, #AlifSatar dan #Mathlutfi pun tampak enjoy je.

Bukan kerja saya nak kritik lagu orang, persembahan orang. Malas dah, bukan orang tak tahu buruknya event dan rancangan-rancangan hiburan sebegini. Lebih-lebih lagi #ABPBH #ABPBH2017. Maksiatnya, lagha-nya, kita semua dah tahu. Tinggal nak join, tak nak join, je.

Lagu itu walaupun berbentuk kritikan, namun ia tetap sebuah nasihat. Dijadikan sebagai sebuah lagu. Dinyanyikan oleh seorang penyanyi rap. Sementelah dengan itu, si penyanyi menjadi SI PEMBERI NASIHAT. Dan kerana inilah saya merasakan orang kita sekarang telah menjadikan NASIHAT sebagai sesuatu yang sensasi.

Sensasi sebab apa? Mesej-mesej dijadikan nasihat gaya sindiran, disampaikan oleh penyanyi, dipersembahkan dengan TARIAN dan JOGET ENTAH HAPE-HAPE. Ketatnya pakaian penari-penari wanita (gadis) tak payah nak ceritalah, jogetnya pula dah nampak macam tarian monyet tergigit cili dah, terkinja macam nak terkencing pun ada. Adakah kena buat persembahan gaya sebegitu baru boleh menyampaikan mesej?

Atau mesej boleh dibuang ke bakul-sampah asalkan audien terhibur dengan aksi-aksi lincah di pentas, walaupun aksi nampak macam melampaui batas?

Apabila nasihat hanyalah sebagai HIBURAN *menyedihkan

Saya bukan artis, saya tak tahu dunia artis. Tetapi sebagai seorang manusia, saya sangat yakin SI PENYANYI boleh menetapkan jenis persembahan. Letaklah apa pun, tetapi bukan penari-penari sebegitu. Kalaulah penari itu lelaki, pun dah boleh buat sakit mata. Ni perempuan, aiseyman.. Kalaulah penyanyi dan si tukang tulis 'lirik nasihat' pun bersetuju dengan persembahan sebegitu, nampak sangatlah tulis lirik untuk sensasi semata-mata, bukan nak berikan mesej mendalam supaya orang berfikir.

Nak sampaikan mesej yang baik, buatlah baik-baik. Kalau bercampur baik dengan tak baik tu, apa hasilnya?

Hiburan semata-mata.

Malaysia oh Malaysia, tak habis-habis dengan hiburan melalaikan.

Wahai anak-anak muda sekalian,

Sudah-sudahlah berseronok gaya orang jahil. BERPINDAHLAH, BERUBAHLAH, BERHIJRAHLAH. Tak perlu sokong pun benda-benda gini. Ramai-ramai kita kritik siaran TV sebegini. Biar penyiar-penyiar semuanya rasa malu nak tayang benda-benda sebegini lagi. Akhirnya, yang baik-baik je akan ditayangkan.

"siapa makan cili dia rasa pedas
siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas
...
eh tak baik tau, pedas kaw kaw
eh tak leh gurau, duduk surau" - Lirik "Amboi"

Mak ayah dan cikgu-cikgu di sekolah habis usaha nak sampaikan mesej baik-baik kepada anak-anak, hiburan-hiburan di TV senang-senang sebar mesej MEROSAKKAN orang. Aduiii~~~ #TV3

Nota: Kalau anda tak pernah tengok video ni, saya rasa tak perlu tengoklah. Tak untung pun tengok.

Dr Syahr Musafir #MengkritikBukanMenghukum
Page Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR
PageBisnes Zawjah Islamic Fashion oleh Rahimah Ab.Rahman


Itu adalah pandangan peribadi dari Dr Syahr Musafir




Ini Punca Sebenar Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Terpaksa Batalkan Majlis Resepsi

Ini Punca Sebenar Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Batalkan Majlis Resepsi



Pelakon Mia Ahmad telah berkahwin dengan pemain bola sepak JDT iaitu Mohd Izham Tarmizi.

Pasangan ini telah mengadakan resepsi di Terengganu dan menurut rancangan awal, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 22 Mac lalu.

Walaubagaimanapaun,  majlis resepsi perkahwinan di KL tersebut terpaksa dibatalkan.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Mia Ahmad telah memohon maaf diatas pembatalan secraa mendadak itu.

Ini penjelasan dari Mia Ahmad tentang punca sebenar dia terpaksa batalkan majlis itu.


Ini komennya:

“Memang sejak awal lagi, majlis berkenaan sudah dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur. Namun, berikutan jadual suami yang terlalu padat, hasrat itu terpaksa dibatalkan. Jujur saya katakan, jadualnya memang tersangat padat. Kami memang tidak boleh nak selitkan apa-apa lagi”

“Akhirnya, kami terpaksa mempertimbangkan juga perkara itu walaupun tentunya saya rasa sedih kerana ada teman rapat di ibu kota yang tidak sempat datang ke majlis kahwin saya sebelum ini. Saya harap mereka dapat memahami kesulitan ini”

“Saya pun sudah berkahwin selama tiga bulan. Kalau hendak diadakan juga majlis yang tertunda ini, rasanya macam sudah basi. Tak dapat juga nak jadi Elsa macam Frozen,”


Walaupun serba salah dan sedih dengan pembatalan itu, tetapi Mia Ahmad terpaksa buat seperti itu kerana enggan membebani ramai pihak terutama suaminya yang amat sibuk.

Terdahulu Mia dan suami telah selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di Terengganu.

“Itu Ke Komen Dari Datuk?” - Diva AA Hentam Kenyataan Aznil Tentang Najip Ali

 “Itu Ke Komen Dari Datuk?” - Azwan Ali Hentam Kenyataan Aznil Tentang Najip Ali




Di pentas Maharaja Lawak Mega, pengacara Najip Ali telah digantikan dengan pengacara popular Dato Aznil Haji Nawawi.

Aznil ada memberi respon tentang hal ini dan menyarankan orang ramai memaafkan Najip Ali dan menyuruh tukang bakar untuk bakar diri sendiri.

Perkara itu dipersetujui oleh orang ramai apatah lagi lawak yang dibuat Najip Ali tidak seteruk mana malah dia telah membuat statement memohon maaf scara terbuka.

Tetapi nampaknya, pengacara seangkatan Aznil iaitu Diva Azwan Ali dilihat tidak bersetuju dengan komen yang dibuat oleh Aznil Hj Nawawi.

Menerusi laporan portal Suria FM, Azwan Ali ada memuat naik gambar beserta kapsyen yang seolah-olah ingin ditujukan kepada Pak Nil berhubung kenyataan beliau tentang Najip Ali.

Ini komennya:

#CARUTANZterPAKSA
APAAA ?
” BAKAR DIRI SENDIRI ? “
ITU KER KOMEN DARI
KONON DATUK ?
#POOODAHHHH

WHY KO TAK MENGAKU JER
KO PERNAH
PERAP ITU JANTAN
AS ANAK IKAN KO B4 DIA
TOP ?

#AdaBRANItakANJINGkurap ?
GUNA LAH OTAK B4
BUAT STATEMENTS ?
LAIN LAH AKU YG TAKDE
DATUK NI ?

KO PATUT MAIN PERANAN
SELESAI KAN ISU PANAS
BOTH SIDES ?
BUKAN BUAT STATEMENTS
#BODOHHHHH KO
TO COVER TEMOLOK KO ?
EEE GELI LAH

AZWAN ALI KECAM
DATUK FAKE NO 1
SI #NERAKAAAjahanammmm7
#PUIIIIII
SO ?
#KASIKvirallllllllllllllllll


Memang panas betul komen dari Azwan Ali ni.

Dikecam Teruk Sampai Ada Report Polis, Akhirnya Kumpulan Zero Tampil Beri Respon

Dikecam Hebat Sampai Ada Report Polis, Akhirnya Kumpulan Zero Tampil Beri Respon


Kumpulan Zero sebelum ini mencuri masyarakat Dayak di Sarawak apabila mengatakan lawak mereka di Maharaja Lawak Meha menghina suku Iban.

Zero dikatakan memakai pakai 'suci' wanita Iban untuk dijadikan bahan lawak di pentas MLM2017.

Sehinggakan ada pihak yang tidak berpuas hati dan membuat laporan polis

Baca kisah kemarahan masyarakat Dayak itu DISINI.

Kini setelah kemarahan mereka memuncak, akhirnya kumpulan Zero tampil memberi respon tentang hal ini.

Ini komennya:

Kami kumpulan Zero, dengan rasa rendah diri ingin mohon maaf di atas ketelanjuran kami atas persembahan minggu lepas

Tiada niat di hati kami ingin persendakan atau permainkan suku kaum di Sarawak

Kami amat berharap dapat dimaafkan.

InsyaAllah perkara ini tidak akan berulang lagi.

Kami akan jadikan pengajaran buat kami.

Diharap minggu akan datang tidak akan lagi melakukan perkara yang sama.

Trus menyokong kami.

Kami sayang Sarawak

Semoga perkara ini dijadikan teladan buat semua perserta.


(Makin Panas) Neelofa Umum Tarik Diri, Enggan Berganding Dengan Fattah Amin Dalam Drama

Neelofa Tarik Diri Berganding Dengan Fattah Amin Dalam Drama


Sebelum ini Neelofa dan Fattah Amin dikatakan akan berganding sekali lagi dalam sebuah drama bersiri berjudul Hero Seorang Cinderella.

Namun dikatakan Neelofa akan menarik diri dari projek ini setelah beberapa perkara terjadi melibatkan dirinya dan juga keluarga termasuk kes Sharnaaz.

Sehingga kini, Neelofa memilih untuk berdiam diri berhubung isu tersebut.

Jelas Neelofa, dia dinasihatkan oleh pihak Astro untuk tidak memberi sebarang kenyataan sehingga satu keputusan rasmi dimuktamadkan.

Ini penjelasan Neelofa: (Utusan)

“Saya faham dengan situasi sekarang dan lebih baik saya berdiam diri sehingga pihak Astro sendiri memberi kenyataan rasmi tentang isu tersebut,”

Dikatakan pengarah drasma berkenaan, Micheal Ang ketika ini sedang dalam proses untuk memujuk Neelofa.

Untuk pengetahuan, bebelum ini, kedua-dua pelakon bersetuju untuk bergandingan bersama dalam drama tersebut namun semalam, Neelofa secara langsung di laman sosial Instagramnya mengumumkan dia tidak akan berlakon dalam drama arahan Michael Ang itu.

Ekoran hal itu, peminat Lofattah mula kecewa dan ada yang mempersoalkan keputusan Neelofa.

(3 FOTO BUKTI) Gadis Kontroversi Cakap Pelat, King Coco Kini Dah Hamil Anak Pertama

Gadis Kontroversi Cakap Pelat, King Coco Kini Dah Hamil Anak Pertama


Siapa yang tak kenal dengan King Coco. Gadis ini kini popular setelah videonya bercakap pelat seperti Mat Salleh tersebar meluas.

Kemudian dia mencuri perhatian kerana berkahwin dengan suami orang bernama Captain Azrin.

Kisahnya kemudian sering menjadi perhatian ramai.

Yang terbaru, Coco dikatakan sedang hamil anak pertama.

Ini ekoran dia memberi beberapa hint dengan menggunakan hash tag "rezeki anak".

Antaranya ialah:

"Jadual semakin padat..#rezekianak"

Malah hari ini (6/2/2017) merupakan hari lahir Coco yang ke 20 tahun.

Dan dia ada menulis caption ini:

"Happy 20th birthday king coco. All hail king coco . #dahtua #welcometotheclub #mayallahblessme #rezekianak"

Ini beberapa keping gambar dan #rezekianak yang membuatkan ramai membuat spekulasi bahawa Coco kini sedang hamil:

Ini gambarnya




Jika benar, tahniah diucapkan!!

29 Gambar Eksklusif Sekitar Pernikahan Gadis Cakap Pelat, King Coco

29 Gambar Eksklusif Sekitar Pernikahan King Coco 


Seorang wanita yang popular di laamn sosial, King Coco akhirnya kini sah bergelar isteri kepada Captain Azrin.

King Coco bernikah dengan Captain Azrin sebagai isteri kedua
.
King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail dan Capt Azrin atau Azrin Anaz Abdul Shukor dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM800.

Majlis berlangsung dengan meriah dan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat.

Beberapa keping gambar sekitar pernikahan King Coco telah dikongsi oleh jurugambar rasmi iaitu Shutterholic secara eksklusif.

Jom lihat gambar pernikahan King Coco:




























 

'Sudah-Sudahlah Buat Drama Dengan Tajuk Bodoh!!' - Orang Ramai Luah Rasa Meluat Dengan Drama TV

'Sudah-Sudahlah Buat Drama Dengan Tajuk Bodoh!!' - Orang Ramai Luah Rasa Meluat Dengan Drama TV



Kemunculan drama terbaru slot Iris di TV3 berjudul Love You Mr Arang mencetuskan pelbagai komen dari orang ramai.

Tajuknya dikatakan terlalu hipster dan hanya mengikut trend seperti drama-drama sebelum ini yang menggunakan tajuk yang hampir sama.

Orang ramai dan para penonton meluahkan reaksi meluat dan menganggap drama-drama di negara ini sudah tidak berkualiti dan tidak berbaloi untuk ditonton.

Malah, ada yang sudah meneka jalan cerita drama seperti ini.

Ini antara komen di Facebook TV3:

"Kompom hero anak dato, takpun tan sri. Belajar di oversea, kemudian balik Malaysia, ambil alih syarikat papa dan seterusnya berkelahi berebut perempuan. Dah tahu dah ending drama ini" -Fitri.

"Bodoh sehh tajuk dia. Adui kemon laa drama Melayu bila nak maju. Asyik cerita cinta saja," -Zety

"Tak sah kalau bukan kisah anak orang kaya kena kahwin paksa dgn perempuan kuat berangan kaki fantasi pastu ada orang ketiga pastu si bini derhaka curang pastu gaduh pastu bini lari jauh2 bertahun pastu si laki melutut merayu minta maaf lalu bahagia. Drama meleisss - kata Aris 

Jom baca komen dari orang ramai






Dato Seri Vida Berang Tidak Dapat Mikrofon Dan Bercakap Di Gegar Vaganza

Dato Seri Vida Berang Tidak Dapat Mikrofon Dan Bercakap Di Gegar Vaganza


Gegar Vaganza (GV) musim baru mula disiarkan secara langsung dan sememangnya di nanti para peminat dan penonton.

Namun ada satu insiden yang mana Dato Seri Vida 'berebut' mikrofon dengan petugas produksi yang menjadi bualan hangat.

Dato Vida ternyata tidak berpuas hati apabila dia tidak diberi lebih masa untuk berucap selepas dipanggil pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Jelas Dato Vida mendakwa insiden 'berebut' mikrofon pada konsert minggu pertama GV3 itu bukan satu gimik tetapi benar-benar berlaku.

Sebaliknya, dia memang mahu mengambil kesempatan tampil dalam program terbabit untuk mempromosikan produk.

Sebagai peniaga, dia enggan melepaskan peluang  untuk menghebahkan produk keluarannya apatah lagi di siaran langsung yang ditonton jutaan penonton.

Menurutnya, sikap pihak Astro yang tidak mahu memberi mikrofon menyebabkan dia mula rasa bosan.

Ini komen Vida:

"Pihak Astro selalu menyekat saya daripada memegang mikrofon sedangkan saya sudah menaja program mereka. Saya hanya mahu beberapa minit saja, bukannya lama.

"Kalau mahu harapkan iklan saja, mana cukup kerana cara saya lebih suka mempromosikan sendiri produk. Sepatutnya saya juga mempunyai hak untuk bercakap sama ada mengenai produk atau rancangan televisyen (TV) terbabit,"

"Saya rasa sudah bosan dengan Astro yang tidak mahu beri saya peluang untuk memegang mikrofon. Saya terpaksa malu muka untuk merampas mikrofon daripada mereka.

"Bukan hanya rancangan GV3 saja, malah rancangan lain juga sama,"


Selain berebut dengan petugas tersebut, di akhir rancangan Dato Vida juga berebut mikrofon dengan Jihan Muse.

Tangisan Syamsul Yusof Secara Live



Tangisan Syamsul Yusof Secara Live



Syamsul Yusof merupakan nama besar di dalam industri seni hiburan tanah air dengan filem arahannya sering menjadi box office.

Terbaru filem Munafik mencipta rekod kutipan tertinggi RM20 juta dalam sejarah filem tempatan di pawagam.

Namun walaupun hidup penuh mewah dan juga popular, Syamsul kini memilih masjid sebagai pengisi jalan hidupnya.

Malam minggu lalu, di Masjid Al Ridhuan Hulu Kelang, dengan dipenuhi lebih 600 jemaah yang bersesak-sesak, Syamsul muncul sebagai panel dialog Thank You Allah.

Ketika berkongsi kisah hidupnya, Syamsul menangis berkongsi kisah hidupnya. Apa yang menjadikan dirinya terasa semakin kerdil dan dhaif ketika nama dan kegemilangannya sedang berada memuncak.

Selain Syamsul, turut tampil dalam  program Thank You Allah  ialah Abang Long Fadil, Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Zuhdi Mat Piah.

Abang Long Fadil pula merupakan bekas ahli kongsi gelap dari Singapura yang menghabiskan usia kanak-kanak dan remajanya selama 15 tahun di penjara atas pelbagai jenayah keganasan.

Sesi perkongsian pecah panggung ini mengalirkan airmata pengarah box office itu, ketika meluah rasa hati mengenangkan hidayah Allah yang membimbingnya ketika di mercu kejayaan.

Manakala Abang Long Fadil, menitiskan airmata mengenangkan kasih ibunya yang tega berdoa tanpa jemu sekali pun dirinya hidup sebagai munafik.

Semua kisah airmata ini dapat anda saksikan dalam #PenghijrahanFenomena yang akan disiarkan pada Khamis 10 malam di TV AlHijrah.

Sumber: MyNewsHub