Dihentam Duduk Terkangkang Dalam Masjid, Ini Respon Janna Nick

Secara tiba-tiba, satu video menunjukkan Janna Nick yang sedang duduk seakan terkangkang di dalam masjid telah menjadi viral.



Pada mulanya, video itu menjadi viral kerana ianya menunjukkan seorang pengantin perempuan sedang duduk dengan cara tak sopan ketika menunggu pengantin lelaki untuk bernikah.

Rupanya pelakon popular Janna Nick adalah dikenal pasti sebagai wanita dalam video itu ketika menjalani satu babak lakonan.

Namun, ramai pula yang mengehntam Janna Nick kerana duduk seperti itu di dalam masjid walaupun ketika berlakon saja.

Menyedari dirinya dihentam kerana berkelakuan tidak sopan, Janna Nick tidak mahu memanjang isu ini dan telah memohon maaf dan memberikan penjelasan.

Ini komen Janna:

"Tak adalah sampai terkangkang, masa tu tengah shooting dan babak untuk saya belum bermula lagi. Mungkin ada segelintir yang anggap tak sopan, saya minta maaf. Tapi sebenarnya apabila menjalani penggambaran, prosesnya mengambil masa agak lama"

"Dan bila saya perlu bersimpuh dalam keadaan berbaju pengantin, ia agak lenguh. Jadi saya ambil masa untuk releks sikit merenggangkan badan dan saya rasa ia adalah lebih kepada saya selesakan diri"

Dikatakan video viral itu diambil ketika Janna Nick sedang menjalani pengambaran drama, Semerah Cinta Humairah.

Aksi spontan Janna itu dirakam secara tidak sedar, ketika beliau sedang berehat menantikan babak seterusnya.

Apapun mungkin Janna tak sengaja maklumlah tengah berehat kan.

Oklah tu Janna Nick pun dah minta maaf.

.................................

PROMO PERFUME

Lihat promosi di bawah:

>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<

Gorgeous By RCW
# RM 28 Sahaja, harga asal rm45 #

------------------------------

 ✔ Eau de Parfum (EDP) 
✔ 35 ml 
✔ Bauan Fruity 
✔ Tahan lama sehingga 8-12 jam
✔ RM 28 sahaja
✔ Halal boleh dibawa solat

0 comments:

Post a Comment