15 FOTO: Sekitar Majlis Pengebumian Adam Rayqal, Perjalanan Terakhir

Semalam telah berlangsung majlis pengebumian bayi kecil yang ditemui maut di rumah pengasuh.




Bayi malang ini maut akibat kecederaan di kepala dan mayatnya disorok di dalam bahagian sejuk beku peti sejuk di rumah pengasuhnya

Jenazah AdamRayqal telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam jam 10.30 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah Adam Rayqal tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah pada jam 9.53 malam untuk solat jenazah.

Lebih kurang 1,000 orang yang hadir termasuk ahli keluarga, penduduk setempat ke majlis berkenaan.

Jelas suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang proses pengebumian Adam Rayqal.

Ini fotonya:


















KOMEN AYAH ADAM

Dalam keadaan yang masih bersedih dengan tragedi yang menimpa Adam, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi menzahirkan rasa terima kasih terhadap keperihatinan rakyat Malaysia yang membantu mencari anaknya sebaik dilaporkan hilang dari rumah pengasuh.

"Saya tahu Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga," 

"Saya selaku ayah Adam Rayqal mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu pencarian anak kami.

"Walaupun kita tahu kita mengharap yang terbaik untuk jumpa Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia.

"Kalau ada yang share gambar yang tidak sepatutnya, minta tolong hormati privasi arwah Adam Rayqal," 

Terdahulu, mayat bayi berkenaan dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dari jam 9.45 pagi sehingga jam 1 tengah hari semalam. Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat mangsa  menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya. Namun polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu berlaku.

Selesai dibedah siasat, jenazah Adam kemudian dimandi dan disembahyangkan di surau IPFN HKL pada jam 2.15 petang dan dibawa keluar pada jam 3.06 petang.

Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, jenazah yang dibalut dengan kain batik dipangku oleh ibunya menaiki kereta Honda Jazz.

Takziah buat keluarga. Semoga yang bersalah dijatuhkan hukuman yang setimpal!



......................................................

PROMO PERFUME

Lihat promosi di bawah:

>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<

Gorgeous By RCW
# RM 28 Sahaja, harga asal rm45 #

------------------------------

 ✔ Eau de Parfum (EDP) 
✔ 35 ml 
✔ Bauan Fruity 
✔ Tahan lama sehingga 8-12 jam
✔ RM 28 sahaja
✔ Halal boleh dibawa solat

0 comments:

Post a Comment