Saya Sedar, Kita Tidak Boleh Paksa - Uqasha Senrose

Uqasha Senrose satu nama yang cukup sinonim dengan kontroversi di industri hiburan tanah air.



Memang banyak isu yang Uqasha Senrose sering terlibat. Dari isu buka tudung sehinggalah ditahan kerana membawa barang terlarang baru-baru ini.

Berbanding dengan adiknya Nelydia Senrose, Uqasha memang selalu menempuhi pelbagai isu panas.

Namun begitu, namanya sebagai pelakon semakin kuat dan sering menerima banyak tawaran.

Apabila berbicara tentang perkembangan dunia lakonannya ketika ini, Uqasha tidak mahu terlalu cepat berpuas hati dengan respon peminat.

Kini lakonannya sering mendapat pujian dan diterima dengan positif, namun begitu Uqasha Senrose  tidak mahu terus dibuai dengan perasaan puas hati.

Uqasha nyata lebih selesa untuk bersikap low profile dalam lakonan, tetapi pada masa sama cuba memberikan yang terbaik di dalam setiap naskhah drama yang dilakonkan.

"Sejujurnya, atas apa yang berlaku saya bersyukur kerana sudah ada yang boleh menerima lakonan saya. meski pada peringkat awal ada yang pesimis, namun itu bukanlah penghalang untuk saya dalam membuktikan kebolehan diri.

"Sebab saya sedar, kita tidak boleh paksa orang untuk suka atau puas hati dengan lakonan kita. Namun bila ada komen-komen positif yang membina, ia secara tidak langsung memberikan saya semangat untuk terus memberikan yang terbaik. Setidak-tidaknya, saya mencuba"

Uqasha Senrose cemerlang menerusi lakonan dalam drama Rahsia Hati Perempuan berganding dengan Mira Filzah dan Fikry Ibrahim.

Kali ini Uqasha Senrose bakal muncul menerusi super-tele berganding dengan Zizan Razak.

Good luck buat Uqasha Senrose!

PROMO PERFUME

Lihat promosi di bawah:

>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<

Gorgeous By RCW
# RM 28 Sahaja, harga asal rm45 #

------------------------------

 ✔ Eau de Parfum (EDP) 
✔ 35 ml 
✔ Bauan Fruity 
✔ Tahan lama sehingga 8-12 jam
✔ RM 28 sahaja
✔ Halal boleh dibawa solat

0 comments:

Post a Comment