'Sudah-Sudahlah Buat Drama Dengan Tajuk Bodoh!!' - Orang Ramai Luah Rasa Meluat Dengan Drama TV

'Sudah-Sudahlah Buat Drama Dengan Tajuk Bodoh!!' - Orang Ramai Luah Rasa Meluat Dengan Drama TV



Kemunculan drama terbaru slot Iris di TV3 berjudul Love You Mr Arang mencetuskan pelbagai komen dari orang ramai.

Tajuknya dikatakan terlalu hipster dan hanya mengikut trend seperti drama-drama sebelum ini yang menggunakan tajuk yang hampir sama.

Orang ramai dan para penonton meluahkan reaksi meluat dan menganggap drama-drama di negara ini sudah tidak berkualiti dan tidak berbaloi untuk ditonton.

Malah, ada yang sudah meneka jalan cerita drama seperti ini.

Ini antara komen di Facebook TV3:

"Kompom hero anak dato, takpun tan sri. Belajar di oversea, kemudian balik Malaysia, ambil alih syarikat papa dan seterusnya berkelahi berebut perempuan. Dah tahu dah ending drama ini" -Fitri.

"Bodoh sehh tajuk dia. Adui kemon laa drama Melayu bila nak maju. Asyik cerita cinta saja," -Zety

"Tak sah kalau bukan kisah anak orang kaya kena kahwin paksa dgn perempuan kuat berangan kaki fantasi pastu ada orang ketiga pastu si bini derhaka curang pastu gaduh pastu bini lari jauh2 bertahun pastu si laki melutut merayu minta maaf lalu bahagia. Drama meleisss - kata Aris 

Jom baca komen dari orang ramai






0 comments:

Post a Comment