Sweetnya, Gambar Neelofa Teman Fattah Amin Main Futsal Tersebar.. Macam Couple Romantik

Sweetnya, Gambar Neelofa Teman Fattah Amin Main Futsal Tersebar.. Macam Couple Romantik


Melalui laman instagram, satu video yang memaparkan Fattah Amin ditemani Neelofa ketika bermain futsal menjadi viral.

Kelihatan mereka berdua mesra apatah lagi Neelofa juga menghulurkan air kepada Fattah Amin.

Jom baca laporan penuh dari Miss K (astrogempak):

Sudah menjadi rutin Miss K untuk scroll laman Instagram selepas bangun je daripada tidur. Scroll punya scroll, Miss K terus tergumam melihatkan 'Insta Stories' seorang pereka fesyen yang merupakan rakan baik kepada Neelofa, Rosix Omar.

Menerusi 'Insta Stories' miliknya, Rosix merakamkan aksi Neelofa yang menemani Fattah Amin bermain futsal malam tadi.

Nampaknya, Neelofa memberikan sokongan kepada Fattah. Siap tunggu kat tepi court futsal tau.

Antara momen yang sempat dirakam oleh Rosix adalah aksi Neelofa menghulungkan air kepada Fattah yang kepenatan bermain futsal.


Selain itu terdapat juga aksi mereka berdua merakamkan foto selfie bersama dan aksi mereka berbual mesra.

Alahai, serasi betul mereka berdua ni. Sweet sungguh! Miss K tengok pun rasa macam nak potong kaki, sweet sangat sampai boleh kena diabetes. Haha!

Ha, sebelum ini kan mereka mereka dikatakan menjalin hubungan cinta, tapi masing-masing tidak mengiyakan perkara ini.  Emm, Miss K rasa mungkin mereka berdua perlu masa dan ruang sendiri terlebih dahulu kot.

Berduyun peminat di luar sana mendoakan agar mereka ini benar-benar menjalinkan hubungan selepas keserasian yang ditampilkan menerusi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot.

Jangan ambil masa lama sangat tau. Kalau benar bercinta, baik mengaku sahaja, nanti peminat bakal menyampah pula tengok aksi kemesraan dua orang sahabat. Oppps, hehehehe. Apa salahnya, Fattah solo, Neelofa pun single.

Miss K doakan yang terbaik buat Neelofa dan Fattah. Semoga mereka tidak hanya berjodohan dalam drama bersiri, harap-harap dia menjadi pasangan serasi di dunia yang nyata.


Memang ramai berharap pasangan ini bersama sebagai couple..memang secocok.!!

0 comments:

Post a Comment