Ameng Tiada Semangat Teruskan GV3, Pelik Masih Belum Tersingkir
Ameng merupakan peserta Gegar Vaganza musim ketiga yang telah dua kali lupa lirik.
Vokalis kumpulan Spring ini menjangkakan namanya akan diumumkan sebagai peserta tersingkir malah sudah bersedia meninggalkan pertandingan itu Ahad yang lalu.
Namun ternyata rezeki masih berpihak kepadanya dan dia pelik kerana masih kekal dan Shidi yang tersingkir.
Ini komennya:
RASA PELIK
"Saya sendiri pun hairan kenapa saya masih belum tersingkir walaupun sudah dua kali saya buat kesilapan lupa lirik sebelum ini.
"Sebenarnya minggu ini saya sudah agak akan terkeluar kerana kesilapan lupa lirik tetapi nampaknya rezeki saya masih di sini untuk bertanding,"
PUNCA LUPA LIRIK
"Saya ingat lirik lagu itu tetapi mungkin kerana sikap tidak ambil berat dan ambil mudah menyebabkan saya jadi lupa.
"Ia bukan kesalahan orang lain sebaliknya kelemahan itu adalah daripada diri saya sendiri dan sebab itu saya pelik apabila masih bertahan,"
AKUI AMAT TERTEKAN
Sementara itu, Ameng mengakui berasa tertekan sejak menyertai GV3 sehingga berharap dia tersingkir kerana merasakan tidak dapat meneruskan perjuangan dalam program itu.
Kata Ameng, komitmen dan jadualnya yang padat membuatkan dia berasa tidak bersemangat dan yakin akan terus melakukan kesalahan selepas ini.
"Jujurnya sebelum menyertai GV3 hidup saya tenang tetapi sekarang saya sering tertekan mungkin kerana faktor usia dan tidak lagi mampu bekerja terlalu keras.
"Saya yakin akan melakukan kesalahan sama lagi selepas ini kerana saya tahu kemampuan saya berada di tahap mana sekarang.
"Komitmen lain dan jadual padat setiap hari turut menambahkan tekanan sehingga saya berharap terkeluar kerana ingin meneruskan kehidupan,"
TETAP TERUSKAN PERJUANGAN
"Seperti peserta lain saya juga ingin bergelar juara cuma apabila ia mendatangkan kesusahan kita harus tahu bila hendak berhenti.
"Tetapi saya tidak pernah berputus asa dalam hidup dan peluang meneruskan perjuangan dalam GV3 akan tetap saya teruskan,"
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment