Ogy Ahmad Daud Tak Kenal Siapa Saya - Elly Mazlein
Elly Mazlein akhirnya berbicara tentang kes Ogy Ahmad Daud yang dengan lantang mengkritiknya sebagai kuat berdrama.
Walaupun begitu, Elly masih mempunyai rasa hormat terhadap Fauziah Ahmad Daud sebagai orang yang lebih tua.
Tetapi Elly berharap Fauziah menggunakan cara lain untuk menegurnya daripada meluahkan pendapat secara terbuka sehingga menyebabkan ia menjadi perbalahan peminat.
Ini komen Elly: (mStar)
"Pada saya banyak cara dia boleh bercakap termasuk menegur saya secara peribadi jika tidak berpuas hati tetapi perkara sudah pun berlaku dan saya ingin lupakan sahaja.
"Biarpun dia serang saya tetapi saya tetap menghormatinya bukan sahaja sebagai pelakon senior dan orang yang lebih tua daripada saya tetapi melihatnya sebagai seorang ibu.
"Hendak bergaduh pun sampai bila? Ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan dan saya terima sahaja apa yang orang hendak katakan kepada saya,"
"Apabila Kak Ogy mengatakan dia kenal saya, saya sebenarnya tidak mengenalinya secara peribadi untuk mengulas panjang tentang tujuannya mengkritik saya.
"Kami bekerjasama pun 11 tahun lalu dan itu pun dia hanya sempat mengarah separuh sahaja drama berkenaan sebelum diganti orang lain kerana masalah tertentu,"
Elly ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Neng Geulis.
Penyanyi ini mendedahakan dia tidak pernah mengenali rapat Ogy namun mengakui wanita berkenaan pernah bertindak sebagai pengarah drama lakonannya berjudul Bukan Yang Pertama pada 2005.
Kata Elly, ketika itu hubungan yang terjalin di antara mereka sekadar profesional di set dan tidak berkesempatan untuk mengenali Ogy secara peribadi.
0 comments:
Post a Comment