Inilah Gambar Sayu Ketika Zarul Rebah Dan Dibawa Ke Hospital Yang Ramai Tak Tahu

Inilah Gambar Sayu Ketika Zarul Rebah Dan Dibawa Ke Hospital Yang Ramai Tak Tahu


Di pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), penyanyi Zarul Umbrella telah melalui detik cemas apabila tiba-tiba rebah, dua jam sebelum konsert minggu ke-6.

Zarul telah tampil mencerita detik cemas tersebut yang mana dia terpaksa dikejarkan ke hospital kira-kira jam 6.45 petang hari Ahad yang lalu.

Kata penyanyi ini, kejadian berlaku apabila perutnya tiba-tiba sakit.

Ini komennya: (sumber BH)

"Saya rasa sakit pada bahagian perut ketika berlatih. Malah, saya seperti kurang sedar dengan kejadian itu dan dibawa ke hospital.

"Doktor tidak dapat mengesahkan punca sebenar kesakitan itu. Saya meminta izin untuk kembali ke GV dan diberikan ubat tahan sakit.

"Kekuatan saya pada ketika ini adalah penyokong. Saya tidak sampai hati untuk mengecewakan mereka dengan menarik diri. Biarpun menahan sakit, namun saya mencari kekuatan dengan semangat peminat,"


Walaupun berdepan masalah kesihatan, Zarul berjaya membawa lagu Fantasi Musim Cinta yang dipopularkan penyanyi, Iwan dengan baik.

Pada malam tersebut penyanyi Zur Eda tersingkir dari pentas Gegar Vaganza selepas mendapat undian terendah dan tidak terpilih mendapat imuniti.



0 comments:

Post a Comment