Ini Penjelasan Dari Shuib Mengapa Siti Sarah Tak Muncul Di Segmen "Ada Lagu Ada Lagi"
Siti Sarah dilihat tidak muncul di segmen Ada Lagu Ada Lagi pada konsert keempat Ahad lalu.
Ini telah mengundang pelbagai spekulasi dari para penonton.
Melalui penjelasan Nabil dan Jihan (pengacara), dikatakan Siti Sarah tidak sihat dan dikejarkan ke ospitaluntuk mendapatkan rawatan.
Akhirnya, suaminya, pelawak Shuib Sepahtu tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Ini kenyataan Shuib:
PITAM BELAKANG PENTAS
“Benar, keadaan kesihatan Sarah tidak begitu baik di konsert keempat yang lalu. Selepas selesai persembahan, Sarah pitam di belakang pentas. Keadaan itu terjadi kerana Sarah tidak cukup makan.
TEKAK KOYAK
“Tekak Sarah juga koyak. Alhamdulillah, Sarah kini semakin beransur pulih. Dia masih lagi berehat dan belum lagi memulakan sesi latihan untuk minggu ini. Insya-Allah, Sarah akan lakukan yang terbaik untuk konsert seterusnya Ahad ini,”
KECEWA MARKAH KEDUA TERENDAH
“Sarah memberitahu yang dia sedih dan kecewa. Namun begitu, saya sebagai suami menasihati Sarah agar dia tidak memikirkan lagi mengenai perkara tersebut kerana semuanya sudah berlalu.
“Saya faham apa yang Sarah rasakan kerana sebelum ini saya juga mempunyai pengalaman terlibat dalam program yang dijalankan secara langsung seperti Maharaja Lawak Mega.
“Saya katakan kepada Sarah, apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak akan menjadi. Jika selepas berusaha, perkara yang kurang baik terjadi, pasti ada hikmah. Apa yang penting, buat sehabis baik dan serahkan semuanya kepada Allah,”
Itulah jawapan dari Shuib tentang hal ini.
0 comments:
Post a Comment