Kerana Tidak Kacak, Pelakon Hebat Amerul Affendi Ditolak Stesen TV

Kerana Tidak Kacak, Pelakon Hebat Amerul Affendi Ditolak Stesen TV  


Pelakon hebat Amerul Affendi berasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh stesen televisyen jika dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan.

Nama Amerul boleh dikatakan gah selepas berlakon dengan hebat dalam filem Bunuhan dan juga Polis Evo.

Namun, Amerul terpaksa akur kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.

Ini komennya:

"Nama saya sudah beberapa kali tidak lepas iaitu sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9, walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Grand Brilliance untuk filem Pekak.

"Namun, saya anggap tiada rezeki kerana saya sedar tidak mempunyai kriteria yang mereka inginkan selain dia tidak kacak dan tiada pengikut yang ramai di laman sosial,"


Amerul telah meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.

Dia juga rasa bersalah terhadap pengarah Heykal Hanifah yang sudah beberapa kali memberi tawaran kepadanya.

"Saya kasihankan sutradara itu kerana sudah lama inginkan saya berlakon dalam drama arahannya, tidak apalah, mungkin rezeki saya tiada di situ,"

Tambah Amerul, ia sudah menjadi trend stesen televisyen untuk mencari artis yang mempunyai pengikut ramai di laman sosial.

Ia bagus untuk membantu sesebuah drama mendapat perhatian penonton.

Bagaimanapun tambahnya, ia menjadi tidak adil bagi pelakon lain yang lebih mengutamakan kualiti dan bakat berbanding bilangan pengikut laman sosial.

Ini komennya:

"Bagus ada pengikut ramai dan membantu sesebuah drama itu untuk mendapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tidak lagi mementingkan kualiti dan bakat," 

Diharapkan Amerul semakin berjaya kerana bakatnya memang hebat.

0 comments:

Post a Comment