'I Love You, Bukan Tak Mahu Tetapi...' - Bayi Ditemui Dalam Masjid Bersama Satu Nota Dari Ibu

'I Love You, Bukan Tak Mahu Tetapi...' - Bayi Ditemui Dalam Masjid Bersama Satu Nota Dari Ibu


Satu kejadian menyedihkan menjadi viral hari ini.

Beberapa gambar seorang bayi ditinggalkan di sebuah masjid tersebar secara meluas di media sosial.

Yang menjadi bualan ialah si ibu meninggalkan bayi tersebut dengan satu nota yang agak menyedihkan ramai.

Turut ditinggalkan dalam kotak itu ialah anak patung.

Berdasarkan dari nota itu, si ibu mengatakan dia bukan tidak mahu bayi berkenaan, tetapi tidak mampu.

Ini notanya:

Assalamualaikum,

Jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu. Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. Insya Allah jika punya jodoh kita akan berjumpa.

I Love You.

Ketua Polis Daerah Ampang berkata bayi itu ditemui di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati kira-kira jam 7 malam tadi, lapor Harian Metro.


1 comments:

  1. Cantik nya bayi ciptaan Illahi ini. Kalau lah jodohnya dengan ku alangkah indah nya ya Allah.

    ReplyDelete