Showing posts with label menarik. Show all posts
Showing posts with label menarik. Show all posts

Awek 'Mekanik' Dipikat Lebih 100 Jejaka, Ada Siap Melamar Dengan Hantaran RM20 Ribu



Video seorang gadis yang hebat beraksi di bengkel kereta telah menjadi viral sebelum ini.

Gadis yang digelar 'awek mekanik' itu bernama Nor Sakira dan berumur 20 tahun.

Apabila menjadi popular, Sakira mengakui dirinya kini menjadi tumpuan ramai malah ramai yang cuba meguratnya.

Sakira mendedahkan dia cuba dipikat lebih 100 jejak aselain turut menerima ratusan mesej cinta dari seluruh negara.

Nor Sakira dari Kampung Batangan, Marang, Terengganu juga mepunyai wajah yang comel dan seterusnya menjadi tumpuan sekelip mata.

Ini Komen Sakira:

"Ramai yang menghantar mesej melalui akaun media sosial saya termasuk Instagram, Facebook dan juga aplikasi telefon seperti WeChat.

"Walaupun menjadi tumpuan berbanding sebelum ini, saya tidak menganggapnya sebagai gangguan kerana saya juga memang suka berkawan dengan semua orang dan terbuka dalam soal ini.

"Saya tidak mengalami sebarang masalah kerana selama ini memang ada ramai kawan lelaki berbanding rakan perempuan"

Sakira adalah seorang daripada 65 pelatih Sijil Tahap Dua Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di Universal Centre Education Traning Employment (UNICETE).

Kisah gadis itu viral di media sosial selepas kemahirannya membaik pulih kenderaan tersebar di media sosial dan mendapat pujian netizen hingga ada yang sanggup menawarkan wang hantaran RM20,000.

Sakira  tidak kisah apabila diajak bercinta oleh lelaki asalkan tidak ada yang bersikap kurang sopan dan tidak menghormatinya.

tambah gadi ini lagi, dia langsung tidak menjangkakan bahawa pembabitannya dalam bidang automotif akan mendapat perhatian ramai seperti itu.

Ini komen Sakira lagi:

"Saya hanya buat apa yang saya suka dan minat, tetapi tak sangka pula ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

"Selain yang menghantar mesej untuk berkenalan, ramai juga memberi dorongan dan kata-kata semangat. Respon netizen dan orang sekeliling secara tidak langsung membuatkan saya lebih bermotivasi untuk terus maju dalam bidang automotif ini"

Apabila kehebatannya membetulkan kereta tersebar, Sakira memberitahu dia ada menerima beberapa tawaran kerja sambilan di bengkel kenderaan termasuk daripada sebuah syarikat minyak pelincir dengan menawarkan kerja sambilan di pusat servisnya di Kampung Ladang.

Ini pendedahan Sakira:

"Memandangkan masih belajar, saya perlu mendapatkan persetujuan banyak pihak selain ingin memastikan ia tidak menggangu pembelajaran di UNICETE"

Jom layan video Sakira:

22 FOTO: Koleksi Gambar Mona Syamimi, Pramugari Jelita Yang Dikaitkan Dengan Shahir



Nama Mona Syamimi kini semakin dikenali ramai. Ini ekoran isu yang melibatkannya dengan penyanyi popular Shahir AF.

Mona Syamimi menjadi sebutan apabila fotonya bersama Shahir menjadi tular. Kemudian, pelbagai kenyataan balas yang dikeluarkan.

Ini sedikit rentetan isu kontroversi ini:
- Gambar Mona Syamimi dan Shahir viral di laman media.
- Shahir gelar Mona Syamimi sebagai peminat sahaja.
- Mona Syamimi nafi kenyataan Shahir
- Shahir umum mahu nikahi Erra Fazira awal tahun depan
- Mona Syamimi tampil secara live, dedah whatsapp Shahir luah rasa rindu
- Pramugari ini juga dedah kerap keluar bersama Shahir berdua
- Erra Fazira mahu Shahir bertanggungjawab, leraikan isu ini
- Shahir umum ada pihak mahu sabotaj, nak tarik diri dari final AF Megastar
- Mona Syamiminafi sabotaj, mahu Shahir minta maaf dan jangan menipu
- Astro beri kenyataan Shahir masih peserta akhir AF Megastar

Nah inilah antara kronologinya. Kini kisah ini telahpun menjadi buah mulut para peminat hiburan tanah air.

Ramai yang ingin tahu, siapakah wanita bernama Mona Syamimi ini?

Sebenarnya Mona Syamimi ini merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan di Malaysia. Jika dilihat dari baju uniform yang dipakainya dia merupakan pramugari Firefly

Mona Syamimi kini berumur 27 tahun dan lebih mesra dipanggil Mimi. Dalam kenyataan terkini, Mona Syamimimengakui dia kini sudah mempunyai kekasih baru yang merupakan pemain bola sepak.

Sememangnya Mona Syamimi merupakan seorang wanita yang jelita dan menawan.

Jom lihat beberapa keping gambar Mona Syamimi yang pihak BeritaMemey kongsikan buat semua:






















Amacam, cantikan Mona Syamimi. Semoga kedua dua pihak Shahir, dan Mona Syamimi kembali pulih. Mungkin semuanya salah faham sahaja. Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi.

Ini Kata-Kata "Bongkak" Kapten Pasukan Bola Sepak Thailand

Ini Kata-Kata Bongkak Kapten Pasukan Bola Sepak Thailand



Ketua pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi mengatakan ‘poketnya’ penuh dengan rahsia cara merobek kubu skuad bola sepak Malaysia di final Sukan Sea.

Jika dilihat rekod tiga pertemuan terkini kedua-dua pasukan, ini, Chenrop sering berjaya membolosi gawang Malaysia tanpa mampu dihalang Adib Zainudin mahupun Irfan Zakaria.

Dalam tiga aksi itu, Malaysia tewas dalam semua pertemuan iaitu :
~ 1-2 di final Piala Negara-Negara
~ 0-4 di Kejohanan Piala Dubai
~ 0-3 di Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia B-23

Malah Chenrop selalunya menjadi penjaring gol ketika bertemu dengan pasukan Malaysia.

Ini komennya:

“Setiap perlawanan dengan Malaysia sebelum ini saya berjaya menjaringkan gol. Ketika di final Piala Negara-negara, saya menjaringkan satu gol, begitu juga di Dubai.

“Di Bangkok bulan lalu, saya jaringkan dua gol dan untuk sekali lagi melakukannya di final Sukan SEA, bukan mustahil.

“Saya dah banyak kali melakukannya (jaringkan gol), malah pertahanan Malaysia juga pemain sama. Saya yakin boleh meraih gol,”


Disebalik keyakinan dan kata kata yang agak bongkak itu, Chenrop telah mengingatkan rakan sepasukannya supaya jangan terlalu pandang mudah apatah lagi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal mendapat sokongan padu penyokong tempatan.

Ini komennya lagi:

“Aksi final bagi saya cukup berbeza berbanding perlawanan lalu dan sesiapa saja boleh meraih kemenangan.

“Kami kena pastikan momentum dikekalkan, dan paling penting setiap peluang harus dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya harap pemain kekal fokus sehingga penghujung perlawanan serta mengelak melakukan kesilapan mudah,” 


Dua tahun yang lalu, Chenrop membantu Thailand memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura.

Aliff Syukri Tampil Buka Mulut Setelah Video Makan Tepi Jalan Di Switzerland Dikritik Chef Wan

Aliff Syukri Tampil Buka Mulut Setelah Video Makan Tepi Jalan Di Switzerland Dikritik Chef Wan



Semalam Chef Wan telah menegur Aliff Syukri kerana makan di tepi jalan ketika berada di Switzerland.

Baca teguran pedas dari Chef Wan kepada Aliff Syukri (DISINI)

Hari ini Aliff Syukri telah memberi respon tentang hal ini.

Usahawan hebat ini telah muatnaik gambarnya bersama keluarga sedang menikmati juadah di atas meja di sebuah kedai makan .

Ini komen Aliff Syukri 

Gara-gara video makan di tepi jalan jadi heboh semua satu malaysia...

Ramai yang kecam kata kenapa tak makan dekat hotel la senang....sebenarnya travel kami kali ni menyusuri perkampungan indah di switzerland....jadi bila banyak berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata mata untuk makan....

Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke itali dan kembali ke switzerland semula....jadi disebabkan tu kami memang dah masak siap siap dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama...tak ada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama...

Buat idola saya dalam bidang masakan dato @chefwan58 (i love cook and i alwas watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yang terbuka dan saya uploadkan khas untuk dato chef wan ni kedai kebab yang saya makan secara beradab dan juga anda semua yang komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia..


Cuma saya puji org tempatan sana yg sangat ramah bila beberapa kali kami berhenti makan mereka boleh bergurau dan bersembang dgn kami dengan baik....org malaysia di sana juga baik dan ramah



Itulah respon dari Aliff Syukri yang dutulis di laman IG miliknya.

Ini Respon Dari Jejaka Anime Apabila Didakwa Menipu Edit Wajah Guna Aplikasi

Ini Respon Dari Jejaka Anime Apabila Didakwa Menipu Edit Wajah Guna Aplikasi



Telah menjadi viral di laman media apabila seorang wanita membuat pendedahan yang amat panas tentang lelaki berwajah anime.

Lelaki berwajah anime iaitu "Miyyo" menjadi tumpuan apabila rakannya bernama "Bella Barbie" telah tampil mendakwa lelaki itu menipu.

Kata Bella, wajah Miyyo tidak seperti di dalam gambar kerana Miyyo hanya menggunakan penyuntingan aplikasi untuk menampakkan wajah anime.

Ekoran itu, melalui akhbar Metro, Miyyo akui kini dalam keadaan tertekan dengan dakwaan tersebut.

Ini komennya: (HarianMetro)

“Saya tidak mahu membesarkan perkara ini kerana sudah terlalu banyak penghinaan yang diterima sejak gambar wajah saya menjadi tular kira-kira sebulan lalu.

“Macam-macam orang dah kutuk saya termasuk kata saya menipu. Kalau saya ni penipu tak perlulah saya jelaskan apa-apa di sini. Haters tetap kata mereka betul.

“Saya tak minta untuk ditularkan dan tak minta perhatian orang ramai. Bila kamu sudah publisitikan saya, sekarang nak cakap saya menipu.

“Bagi saya masa dan ruang untuk tenangkan hati. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan,”


Miyyo kemudian tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang dakwaan Bella itu.

Dia juga tidak mahu menjelaskan hubungannya dengan Bella kerana baginya itu isu peribadi dan tidak mahu mendedahkan kepada umum.

Gambar Raya Bersama Anjing Jadi Viral, Akhirnya Ini Penjelasan Dari Ahli Keluarga

Gambar Raya Bersama Anjing, Ini Penjelasan Dari Ahli Keluarga 


Pada tahun ini, sekeping gambar lama sekali lagi menjadi viral setealh dimuatnaik di laman Facebook.

Bambar berkenaan menunjukkan sebuah keluarga mengambil gambar raya bersama seekor anjing.

Gambar itu cepat dan pantas menjadi tumpuan ramai kerana 'anjing' sering kali dikaitkan dengan isu haram memegangnya.

Seorang lelaki bernama Syed Azmi berjaya menjejaki ahli keluarga dan pemilik gambar berkenaan.

Menerusi perkongsian Syed Azmi, salah seorang ahli keluarga yang juga pemilik anjing tersbeut tampil memberi kenyataan dan membuat penjelasan.

PERKONGSIAN SYED AZMI

Jom baca perkongsian Syed Azmi:

This photo circulate on social media few days ago by a dear friend. No ill intention there but he was mesmerized with the photo.

Digging further, i just wanted to make sure this family is ok from all the negatives. It worries me a bit as i have face it before.

Alhamdulillah, i managed to get in touch with one of the family members and had a chat. Here, i share with you our small chat.

Rest assured, they are all ok.

"Assalammualaikum my name is A and can I know why you're looking for my family?"

Me: "On my end, i just want to make sure the people in the photos is ok and safe. That's all."

"Oh we're ok, it was an old photo. We're used to the negative comments from people. We just ignore them. Thank you very much for your concern, I actually went to your event IWTTAD years ago before the photo was taken because the rottweiler belongs to my dad for house guarding purposes but I was scared of the dog. So your event kinda helps me overcome my fear.

I have a lot of respect for you and the way u handle what you went through after the event.Thank you for checking up on us. Just ignore what people say and keep doing what your heart feels right."


PENJELASAN AHLI KELUARGA FOTO BERKENAAN

I asked about the photos and consent to share this photo.

Here is their side of the story and i find it heartwarming to share. May Allah protect them.

" Hello Assalammualaikum Syed Azmi, my family members thank you for respecting our privacy by asking permission first before sharing our raya photo. They say ok. 

"However there's a few things to let you know, the raya photo was taken in 2014. It went viral on second syawal the same year after my younger sister posted it on her instagram. 

"So the first time it went viral people already started bashing but we totally ignore them and soon the noises dissappear. I think every year there are people sharing this photo but not as massive as the first time, but it definitely is a big of a deal this year as compared to previous years.

"As I have mentioned earlier we have rottweiler back home in kampung for house guarding purposes. My parents live alone, all of us are not around in kampung with them. My dad previously installed perimeter alarm and even CCTV yet burglary still happen, and CCTV footage shown to police didn't help. So my dad decided to get a rottweiler, and the burglary stops.

"So we have our reasons, people will say whatever they want and it's actually hard to convince people. It's ok though because we believe Allah knows. That is why we just kept quiet and ignore everything, there's no use of trying to convince people. The rottweiler in the photo named Dino actually no longer with us, he served us well. Now we have a new rottweiler at home named David and we love him as much as Dino.

"My late grandfather was a Chinese Muslim, he had a dog when I was really small but when the dog passed he didn't replace it. So all of us are not use to having dogs around except my dad. 


"We are all cat lovers, so when I heard of your IWTTAD event I bring my children along so they won't be like me hahaha and we gained a lot during the event. Now I even feed stray dogs and not scared of them as much as before.

"I think that is all, thank you again for reaching out to us."


It may not be everyone's cup of tea so be civil about it.

To me, it's beautiful.

Thank you for letting me share this part of the story. May Allah bless all of you."

.....................

KESIMPULAN


Secara kesimpulannya, anjing itu memang milik keluarga berkenaan atau lebih tepat lagi milik si ayah.

Anjing itu dibela untuk menjadi pelindung atau dengan kata lain sebagai guard rumah ayah di kampung.

Untuk pengetahuan, rumah ayahnya sering dimasuki pencuri dan walaupun pelbagai kaedah digunakan kes kecurian masih berlaku.

Sejak membela anjing jenis rottweiler itu, akhirnya kes kecurian tidak berlaku lagi. Aning tersbeut memang dibela sebagai penjaga keselamatan.

Ahli keluarga berkenaan juga memberitahu datuk nya merupakan Chinese Muslim pernah mempunyai seekor anjing sebelum ini.

Putera George Kena Marah Dengan Kate Middleton

Putera George Kena Marah Dengan Kate Middleton



Putera George telah dimarahi oleh ibunya, Kate Middleton ketika perkahwinan Pippa Middleton.

Perkara ini berlaku kerana Putera George terpijak gaun pengantin Pippa Middleton.

Aksi putera berumur tiga tahun itu sebenarnya telah mencuit hati para hadirin di  majlis perkahwinan itu.

Dikatakan, gaun perkahwinan Pippa Middleton itu bernilai 40,000 Pound Sterling (RM225,392).

Apabila dimarahi ibunya, Putera George dilihat merajuk di luar gereja.

Melihat anaknya sebegitu, Kate Middleton terus memujuk anaknya agar ceria kembali.

Adik kepada George iaitu Puteri Charlotte, 2 tahun, turut mencuri tumpuan apabila menjadi pengapit kepada Pippa.

Pippa mengahwini seorang bilionaire, James Matthews di Englefield, Berkshire di United Kingdom pada pagi Sabtu.

Perkahwinan berlangsung dengan amat meriah dan menjadi tumpuan warga United Kingdom.

(9 FOTO) Aksi Sweet TMJ, Isteri Dan Anaknya Buat Ramai Tersenyum

(9 FOTO) Aksi Sweet TMJ Dan Isteri Serta Anak Buat Ramai Tersenyum


Satu video berdurasi 12 minit telah dimuatnaik di laman rasmi FAM tentang President terbarunya iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ataupun lebih mesra disapa TMJ.

Video itu menunjukkan beberapa klip video TMJ ketika pemilihan sebagai President Persatuan Bola Sepak Negara itu.

Antara klip video yang menarik perhatian ialah ketika TMJ sedang berlatih bermain bola sepak di padang.

Permaisuri hatinya iaitu Che Puan Khaleeda telah hadir bersama anak sulung mereka, melawat TMJ yang sedang bermain bola sepak.

Ini beberapa telatah TMJ yang menyambut kedatanga puterinya itu di padang.

Sememangnya membuatkan ramai tersenyum.

Ini fotonya.









Ini video penuh TMJ itu:


TMJ kini merupakan presiden FAM yang baru dan ramai yang bersetuju tentang itu.

Ini komen TMJ tentang jawatan barunya itu:

For me, going to the FAM is not an achievement but a burden and a responsibility.

I never want to be the president, but sometime people have to sacrifice for what their love.

FAM to me is a duty, but JDT is where the love and my heart is.

And to protect what i love, i have to sacrifice and that sacrifice is going to FAM.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor


Tahniah TMJ, majulah bola sepak untuk negara!!

Wajah Mirip Aiman Tino, Gadis Ini Buat Pendedahan Dikecam Teruk, Sampai Digelar Bodoh

Wajah Mirip Aiman Tino, Gadis Ini Buat Pendedahan Dikecam Teruk, Sampai Digelar Bodoh



Seorang gadis bernama Syafiqah menjadi viral kerana wajahnya mriip penyanyi Aiman Tino.

Entah mengapa, kerana gambarnya menjadi viral, Nur Syafiqah Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Pyka mendedahkan dia telah dikecam teruk.

Paling teruk, ada yang menggelar gadis kelahiran Pahang ini dengan pelbagai kata negatif termasuk digelar bodoh.

Ini komennya:


TERIMA FOLLOWER BARU, KENA MAKI

"Hampir setiap minit saya menerima pengikut baru di Instagram dan mesej bertalu-talu. 


"Ada yang memaki-maki saya sampai panggil saya bodoh tapi ramai juga yang memberikan kata-kata positif.

"Awal-awal memang terkejut sebab dapat komen yang macam-macam, sampai ada yang tag akaun Aiman Tino di gambar-gambar saya. Stress pun ada sebenarnya.

"Tapi selepas sehari dua, saya lebih tenang, tak rasa nak marah atau tertekan lagi,"
 

TAK SAMA PUN

"Memang ada kawan-kawan tegur yang muka saya macam Aiman Tino, mungkin daripada sudut tepi. Tapi saya tetap tidak merasakan kami seiras,"

DIGELAR AIMAN TINO

"Semalam ada yang menjerit memanggil nama Aiman Tino ketika saya berhenti di lampu isyarat.

"Masuk ke sebuah restoran pula ada yang terjerit-jerit cakap Aiman Tino datang makan. Malah ketika di kedai mak saya pun sekarang saya terpaksa bersembunyi di dapur sebab ada pelanggan datang cakap nak jumpa Aiman Tino,"


Itulah penangan memiliki wajah seperti Aiman Tino. Biasalah, apabila popular kena tabahlah sikit. Semoga cik Pyka sentiasa berjaya/

"Nabi Pun Laknat.." -Kecoh Pasal Nasi Lemak Pondan Buat Orang Ramai Bergaduh

"Nabi Pun Laknat.." -Kecoh Pasal Nasi Lemak Pondan Buat Orang Ramai Bergaduh



Orang Malaysia memang suka makan nasi lemak. Makanan paling popular di Malaysia.

Memang telah menjadi trend untuk orang berniaga nasi lemak mencari sumber rezeki apatah lagi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Pelbagai cara yang dibuat untuk menjadi viral sebelum ini seperti nasi lemak anak dara, nasi lemak spiderman dan banyak lagi.

Yang terbaru, telah menajdi viral "nasi lemak ponda" dan ianya menjadi buah mulut orang remai sejak semalam.

Ini gambarnya:




Menurut sumber, gerai nasi lemak ini dibuka di Cheras, Kuala Lumpur.

Gambar bersama penjual nasi lemak ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter. Pelbagai komen negatif dan positif yang diberikan.

Ada yang memuji penjual ini mencari rezeki yang halal dan ada pula yang mengecam tindakan tersebut apatah lagi menggunakan nama 'pondan'.

Ada juga pengguna internet yang mengatakan tindakan tersebut tidak mulia kerana nabi sendiri melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita.

Jom baca komen orang ramai yang beperang mulut di laman sosial:







(11 FOTO) Pembongkaran Mengejutkan Identiti Pemandu Wanita Bawa Kereta Lawan Arus

Pembongkaran Mengejutkan Identiti Pemandu Wanita Bawa Kereta Lawan Arus


Satu kemalangan maut berlakudi Lebuhraya Utara – Selatan (North-South Expressway), Pulau Pinang.

Ianya berlaku apabila sebuah kereta dibawa melawan arus dan menyebabkan kemalangan yang mengorbankan satu nyawa.

Beberapa video berjaya dirakam menunjukkan bukti bahawa kereta tersebut dipandu secara berbahaya melawan arus.

Video itu menjadi viral di laman sosial semalam.


Pemandu yang bersalah itu merupakan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun bernama Cindy Ng.

Ramai yang ingin tahun siapa sebenarnya Cindy Ng ini dan orang ramai berjaya menjumpai facebook milik Cindy Ng.

Ini biodatanya:

Nama Cindy Ng
Model
WeChat: CindyNg198
No Hp: 011164039**

Kami telah membongkarkan satu persatu iaitu gambar Cindy Ng, WeChat ID Cindy Ng dan nombor telefon Cindy Ng.

Cindy merupakan seorang model sambilan dan ini beberapa keping gambarnya:

Ini foto Cindy Ng:











Menurut satu sumber, dikatakan Cindy telah melanggar kereta jenis Perodua Alza di tol Sungai Dua.

Oleh kerana dia tidak mahu bertanggungjawab Cindy terus melarikan diri dengan melawan arus dari tol Sungai Dua menuju ke Butterworth dengan memandu laju.

Kemudian Cindy menjadi punca kemalangan melibatkan seorang lelaki kehilangan nyawa.