AKHIRNYA Kenyataan Dari Fattah Amin Tentang Pernikahannya Dengan Fazura Semalam

 
Pelakon popular Fattah Amin akhirnya telah mengesahkan pernikahannya dengan pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin semalam.

Dalam kenyataan Fattah Amin, pelakon ini mengatakan pernikahannya dengan Fazura adalah mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dengan sekali lafaz, Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah pada jam 9.50 malam dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Ini kenyataan Fattah Amin:

"Majlis pernikahan kami mengikut prosedur yang betul. Malah, saya terkejut kerana ada juga teman media yang gigih cuba mendapatkan kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengenai status pernikahan kami.

"Alhamdulillah, pihak JAWI mengeluarkan kenyataan sama. Kami berkahwin seperti orang lain juga. Semua sudah selesai dan tak perlu dipertikaikan lagi.

"Majlis itu sah dengan sekali lafaz dan Alhamdulillah, berjalan lancar. Saya dinikahkan oleh abang Fazura sendiri dan turut berada pada majlis itu ialah wakil JAWI selain keluarga rapat kami"

Sementara itu, Fattah Amin sekali lagi menegaskan, sejak awal dia dan Fazura sudah memaklumkan majlis pernikahan berkenaan akan diadakan secara tertutup, seperti diumumkan pada sidang media yang diadakan pada 23 November lalu.

Ini komen Fattah Amin:

"Ketika sidang media itu pun saya sudah jelaskan, majlis nikah dibuat secara tertutup. Malah, kami juga memaklumkan sedang merancang dua majlis membabitkan rakan media serta keluarga rapat, selain untuk peminat, pada awal tahun depan"

Fattah Amin berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan hadiah Bintang Paling Popular.

Fattah Amin menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP, iaitu ganjaran selepas merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0, Mei lalu.

Umpama hadiah perkahwinannya Fattah Amin menerima kereta sedan premium bernilai RM150,000.

Menurut Fattah Amin, kereta itu  akan dihadiahkan kepada ibu bapanya yang turut hadir memeriahkan majlis terbabit.

Fattah juga berkata, hadiah kemenangannya itu adalah hasil sokongan peminat yang tidak berbelah bagi sejak awal menceburi industri seni hinggalah dirinya bergelar Bintang Paling Popular.

Ini komen Fattah tentang kemenangan Bintang Popular:

"Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik"

Tahniah buat Fattah Amin! Selamat pengantin baru!

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment