Ini Punca Sebenar Haqiem Rusli Pakai Cermin Mata Hitam...Bukan Saja-Saja Nak Pakai..
Penyanyi berbakat besar Haqiem Rusli kini sedang meniti populariti. Nama Haqiem Rusli kini sering menjadi sebutan dan sedang meningkat naik.
Antara lagu popular nyanyian Haqiem Rusli ialah Tergantung Sepi, Segalanya dan lagu baru Selamat Tinggal Sayang.
Haqiem Rusli memang seorang yang mempunyai vokal amat baik dan lebih memeranjat, umurnya kini baru sahaja mencecah 19 tahun.
Penyanyi ini mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi dan bakatnya mual dihidu apabila dia berjaya menjadi naib juara Idola kecil TV9.
Kemudian, Haqiem mengembangkan bakatnya dan menyertai Mentro Milenia pada tahun 2016 di bawah tunjuk ajar Black.
Apa yang menarik tentang Haqiem Rusli ialah imej dan style beliau yang wajib mengenakan cermin mata hitam ketika di atas pentas membuat persembahan live.
Setiap kali mengadakan persembahan pentas atau pun ketika gambarnya dirakamkan oleh jurugambar memang Haqiem akan pakai spek mata hitam.
Ramai tertanya-tanya kenapa Haqiem Rusli ini sering pakai kaca mata hitam walaupun pada malam hari?
Akhirnya Haqiem Rusli menjawab soalan ini.
Katanya, punca sebenar dia memakai cermin mata hitam ketika menyanyi kerana denagn memakai kaca mata hitam, ia dapat membantu menghilangkan rasa cuak, berdebar dan gemuruh di atas pentas.
Dengan memakai kaca mata hitam, dia dapat menyanyi dengan lebih yakin dan baik tanpa rasa gemuruh.
Ini pendedahannya:
"Sebenarnya saya pernah cuba menyanyi tidak pakai cermin mata hitam dan memang saya gemuruh sangat sehingga nyanyian jadi sumbang.
"Ada juga yang tegur tetapi tanpa memakai aksesori ini memang saya tiada keyakinan,"
Itulah kenyataan dari Haqiem Rusly yang mendedahkan rahsia tersebut ketika ditemui di peringat separuh akhir Muzik-Muzik 32 pada malam Ahad lalu.
Seperti biasa Haqiem Rusli tampil di atas pentas dengan memakai cermin mata hitam dan menyampaikan lagu dengan penuh bertenaga.
Satu lagu Haqiem Rusli berjudul Tergantung Sepi telah berjaya layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan.
Bercakap tentang kejayaannya melayakkan diri ke AJL32, Haqiem berkata, dia amat berbesar hati namun tidak meletakkan harapan untuk menang.
Baginya, dengan usianya yang amat muda, ianya satu pencapaian besar untuk berdiri di atas pentas AJL32.
Ini komen Haqiem Rusli:
"Sudah tentu saya gembira dapat mara ke peringkat akhir dan ia pencapaian yang sangat bermakna buat diri saya.
"Insya-Allah pada persembahan itu nanti saya akan buat susunan, konsep dan jalan cerita segar khas buat AJL,"
Semoga Haqiem Rusli berjaya di pentas AJL32 nanti. Maan tahu ada rezeki menjadi juara AJL32.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment