"Ropie Benar-Benar Menguji Saya.." - Awie Dedah Ropie Buat Hal


Pelakon filem Sembilu, Maria Mariana dan Tragedi Oktober iaitu Awie telah membuat stu pendedahan tentang pelawak dan pelakon Ropie.

Awie yang juga vokalis kumpulan rock Wings, menyatakan bahawa pelakon dan pelawak Ropie sering membuatnya terganggu ketika berlakon dalam filem terbarunya Hantu Kak Limah.

Kata Awie, Ropie merupakan halangan terbesarnya ketika melakonkan watak sebagai Husin di dalam filem terbaru arahan Mamat Khalid berjudul Hantu Kak Limah.

Awie berkata, dia  mengakui sukar untuk berhadapan dengan Ropie kerana tidak dapat menahan ketawa setiap kali memandang wajah pelakon itu.

Ropie sering membuat Awie tergelak besar ketika di set penggambaran.

Ini pendedahan Awie:

"Ropie benar-benar menguji saya dalam filem Hantu Kak Limah pada kali ini kerana dia tidak habis melakukan jenaka ketika sedang melakonkan babak yang serius.

"Setiap kali nak masuk babak saya bersama dia, pasti saya tidak dapat nak tahan gelak kerana raut wajahnya.

"Walaupun dia hanya berdiri tegak dengan keadaan muka yang serius, itupun dah buat saya sakit perut nak tergelak.

"Memang sengsara berlakon dengan dia dan saya memang kagum dengan bakat lawak semulajadi yang ada pada Ropie,"

Mesti gamat suasana apabila Ropie berada di lokasi penggambaran sampaikan Awie asyik tergelak sahaja.

Awie menyatakan hal demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, Perak, baru-baru ini.

Filem Hantu Kak Limah adalah kesinabungan watak Kak Limah yang muncul dalam beberapa filem Mamat Khalid yang terdahulu.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam filem Hantu Kak Limah ini ialah Zul Ariffin, Uqasha Senrose, dan Erra Fazira.

Sebelum ini filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayangkan pada tahun 2010 telah mencetuskan fenomena apabila mengutip sebanyak RM 7.90 juta.

Sumber: Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment