"Tak Beretika, Tak Hormat Keluarga Kami!" Fazura Berang Dengan Wartawan Dedah Foto Rumah Neneknya



Petang tadi telah berlangsung press conference Fazura dan juga Fattah Amin yang menerangkan perkara sebenar yang berlaku.

Sidang media ini sememangnya dinantikan oleh orang ramai terutama para peminat setia Fazura dan juga Fattah Amin.

Akhirnya spekulasi terjawab dan sahlah bahawa Fattah Amin dan juga Fazura kini telahpun bertunang pada 13 November yang lalu di rumah nenek Fazura.

Namun ketika membuat sidang media itu, Fazura dilihat berang dan tidak suka dengan sikap sesetengah wartawan yang tiada etika ketika membuat liputan.

Fazura menyelar tindakan akhbar yang memuatnaik gambar foto rumah keluarganya untuk tatapan orang ramai sekaligus memulakan spekulasi hubungannya dengan Fattah Amin.

Bagi Fazura ini satu tindakan tidak bagus, tidak beretika dan tidak menghormati keluarganya.

Ini luahan hati Fazura tentang hal ini.

"First of all saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan media. The past two weeks has been very colorful eh..

"Saya nak ucap terima kasih kepada semua rakan media yang memilih untuk tunggu sehingga tarikh ini 23hb November untuk sidang media ini. Tetapi saya juga ingin luahkan rasa sedikit kesal dengan segelintir anda yang agak terlebih ketika membuat laporan..

"Pergi ke rumah sesebuah keluarga, ambil gambar dan publish gambar itu untuk satu negara lihat, saya rasa adalah tidak beretika dan menceroboh privasi dan tidak hormat kepada keluarga kami dan human rights.

"Kita masih berada di Malaysia, bukan di negara luar, dan saya percaya kita masih ada adab, budaya dan rasa hormat antara satu sama lain.

"Saya juga kesal dengan berita tidak benar dan pelbagai spekulasi yang anda tulis hampir setiap hari seterusnya mengelirukan peminat kami, seterusnya menimbulkan pelbagai fitnah sewaktu kami beribadat di Tanah Suci.

"Ingin saya ingatkan bahawa keluarga saya berhak untuk memilih privasi dan berhak dihormati, bukan dicerobohi dan dipermainkan oleh segelintir pihak yang mahu menjadi sumber berita utama

Itulah komen panjang lebar dari Fazura tentang isu ini. Fazura kemudian mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media yang tidak membuat spekulasi dan bersabar menunggu tarikh 23 November untuk sidang media ini.

Bagi Fazura, para media yang menghormati mereka adalah sahabat mereka dan amat menghargainya.

Imbas sekali sidang media petang tadi, Fattah Amin telah mengesahkan mereka berdua telahpun bertunang pada 13 November.

Fattah Amin menegaskan bahawa mereka belum lagi bernikah seperti yang didakwa oleh segelintir pihak pada 14 November lalu kononnya ada majlis pernikahan seperti yang menjadi viral.

Ini penjelasan Fattah apa yang berlaku pada malam 14 November itu:

"Pada 14 November lalu hanya ada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kami bakal mengerjakan umrah. 

"Tidak ada majlis pernikahan yang seperti dihebohkan ramai"

Fattah dan Fazura merancang untuk melansungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat namun resepsi akan diadakan pada tahun depan.

Namun masih tiada tarikh yang tepat telah dipilih oleh pasangan ini.

Mereka juga merancang untuk mengadakan majlis nikah secara tertutup namun tetamu lain termasuk pihak media akan diundang pada majlis resepsi.

Fattah Amin dan Fazura telah terbang ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga masing-masing dan berlepas pada pagi 15 November lalu.

Untuk pengetahuan, hubungan cinta Fattah Amin dan Fazura mula timbul semenjak pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella pada penghujung Mei lalu.

Sejak cinta lokasi itulah, akhirnya kini Fattah Amin dan Fazura telahpun bertunang. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Tak sabar nak tunggu mereka bernikah dan seterusnya mengadakan weding if the year!
 
Teks ditulis oleh "Berita Memey"

0 comments:

Post a Comment