"Dia sendiri perlulah ingat statusnya sebagai bapa dan suami..." Syatilla Melvin



Pelakon popular Syatilla Melvin kini sedang sibuk menjaga anaknya bernama Syeriv.

Sedang sibuk menjaga anak pertama, Syatilla memberikan sepenuh kebebasan untuk suaminya, Shaheizy Sam berkarya.

Ketika ini memang banyak isu cinta lokasi, dan Sytailla Melvin tampil mengulas isu pelakon yang terjebak dengan cinta lokasi bersama rakan gandingan, sehingga ada kala timbulnya kontroversi apabila ia turut membabitkan mereka yang sudah berkeluarga.

Syatilla mengingatkan suaminya, Shaheizy Sam perlu mengingati status diri sebagai suami dan bapa ketika berlakon dalam sesuatu drama atau filem.

Namun, Syatilla akan memberikan kepercayaan yang tidak berbelah-bahagi kepada suami dan dan kalau boleh tidak mahu mengganggu dan mencampuri kerjaya suaminya itu.

Ini komen Syatilla Melvin:

"Tipulah kalau dikatakan tidak timbul sekelumit pun rasa cemburu, namun saya tidak mahu terlalu mengikut perasaan hingga mengganggu kerja Sam.

"Biasanya, dia juga takkan berkongsi perkara yang boleh membuatkan saya tidak senang hati. Begitupun, ia bukan bermakna dia menyorokkan sesuatu daripada saya.

"Lumrah wanita memang suka berfikir, jadi rasanya tidak wajiblah untuk dia bercerita mengenai perkara yang dirasakan tak perlu. Ada masanya, Sam akan berkongsi juga peristiwa yang berlaku di lokasi penggambaran dan sebagainya, namun lebih berkisar mengenai dirinya saja.

"Saya pula memang memberikan kebebasan kepada Sam untuk bekerja, namun dia sendiri perlulah ingat statusnya sebagai bapa dan suami. Itu saja yang penting,"

Syatilla Melvin berkata demikina ketika turun dan hadir di  majlis tayangan filem terbaru lakonan Shaheizy Sam dan Ayda Jebat, Pinjamkan Hatiku.

Filem Pinjamkan Hatiku akan mula menemui penonton mulai 30 November ini dan akan menampilkan bintang hebat seperti Shaheiz Sam, Ayda Jebat, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri, Azizah Mahzan, Sharifah Haslinda.

Filem Pinjamkan Hatiku ini diarahkan oleh pengarah hebat Osman Ali.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya pula, Syatilla Melvin akui mula rindu untuk kembali aktif berlakon.

Namun ketika ini, Syatilla akui mengorbankan seketika minatnya demi anak mereka, Syeriv Samheizy, yang kini berusia enam bulan.

Ini jelasnya:

"Anak masih kecil lagi, malah saya juga tidak percaya orang luar untuk menjaganya. Tunggulah sehingga dia besar sedikit, barulah saya akan menerima tawaran bersesuaian,"

Beliau dan Sam sah bergelar suami isteri pada 8 Februari tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment