(Kenyataan Rasmi) Izreen Azminda Sah Bergelar Isteri Kedua Kepada Ude, Nikah 8 Ogos Lalu


Akhirnya teka teki yang melanda Izreen Azminda berkahir apabila pemuzik bernama Ude mendedahkan segalanya.

Pemuzik yang berkhidmat dalam program Gegar Vaganza iaitu  Mohd Radzi Abdul Wahid atau nama panggilannya, Ude akhirnya mengaku menikahi pelakon tersebut.

Sebelum ini, isteri pertama kepada Ude bernama Intan Liana tampil membuat satu temubual bersama Utusan yang membincangkan isu perkahwinan Ude dan juga Izreen Azminda.

Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri berumur 3 tahun dan seorang lagi berusia 11 bulan.

Dalam pertemuan itu, Ude mengesahkan sudah bernikah dengan Izreen Azminda namun enggan berkongsi butiran lanjut pernikahannya dengan Izreen Azminda.

Akhirnya ini kenyataan dari Ude:


"Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu,"

"Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannya nanti"

Ude juga telah menafikan bahawa rumahtangganya yang dibina bersaa isteri pertama iaitu Intan berdepan masalah selepas menikahi Izreen Azminda.

"Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul.

"Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

"Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya,"

Ude turut memohon kepada semua pihak terutama media agar tidak mengganggu privasi keluarganya.

"Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami,"

Gosip mengenai perkahwinan mereka mula diperkatakan apabila Izreen Azminda meletakkan namanya sebagai ‘Mrs Ude’ dalam akaun Instagramnya baru-baru ini.

Kemudian isteri pertama Ude iaitu Intan mengesahkan Izreen Azminda merupakan pelakon yang dikaitkan dengan suaminya, Ude.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment