Ini Punca Nad Zainal Dan Sharifah Sakinah Dah Tak Bertegur

 
Siapa yang menonton drama Girlfriend Aku Dari Neraka sudah pasti mengetahui bahawa pelakon utamanya adalah Sharifah Sakinah dan juga Nad Zainal.

Ternyata kedua-dua pelakon ini amat hebat beraksi di dalamdrama tersebut yang mendapat pujian para penonton.

Baru-baru ini, secara tiba-tiba, pelakon Nad Zainal mengaku sudah tidak lagi mahu bercakap dengan pelakon Sharifah Sakinah.

Apa kes sebenarnya yang berlaku?

Nad zainal atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin  memberitahu dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu tumpuannya terjejas ketika berada di lokasi penggambaran.

Ini kerana perangai kedua dua mereka yang gila gila terutama Sharifah Sakinah membuatkannya tidak fokus ketika di set.

Tapi janganlah risau, mereka baik baik sahaja, sebenarnya Nad Zainal dah 'berpakat' dengan gandingannya, Sharifah Sakinah untuk tidak bertegur sapa sepanjang menjayakan penggambaran cerekarama Fatonah Azali

Drama ini berkisar kisah hidup penghidap autisme, oleh itu ianya merupaka drama yang agak serius bukannya komedi.

Ini komen dari Nad Zainal:

"Bukan mudah mengubah mood daripada drama genre santai kepada karya yang sarat dengan air mata. Kebetulan, sekali lagi saya digandingkan bersama Sakinah untuk cerekarama ini.

"Sejak awal lagi, saya beritahu Sakinah yang saya tidak mahu bercakap dengannya sepanjang penggambaran cerekarama Fatonah Azali.

"Kami memberi komitmen penuh dan menghormati karakter masing-masing. Kalau nak bergurau, kami beralih ke set Girlfriend Aku Dari Neraka,"

Cerekarama Fatonah Azali yang memaparkan kisah penghidap autisme lakonan Nad Zainal, bakal ditayangkan di TV3, Sabtu ini sempena Maulidur Rasul.

Selain Nad Zainal, cerekarama itu turut menampilkan Sharifah Sakinah, Redza Rosli dan Raja Azura.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Nelly dalam drama rantaian Girlfriend Aku Dari Neraka, Nad Zainal tidak menyangka sama sekali wataknya itu mengundang pujian ramai dari para penonton.

Ini komennya lagi:

"Tidak sangka dalam banyak karakter berat membabitkan emosi yang dilakonkan, watak bimbo dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka yang meninggalkan impak mendalam.

"Namun, kalau boleh saya tidak mahu membawakan watak begitu lagi kerana karakter Nelly ada keunikannya tersendiri.

"Jika ada tawaran begitu, biarlah berbeza di mana karakter itu saya olah secara spontan hasil perbincangan bersama hero, Aiman Hakim Ridza dan Sakinah,"

Sumber:  Berita Harian

0 comments:

Post a Comment