Pesanan Rozita Che Wan Kepada Fazura Setelah Berkahwin Lelaki Muda


Semalam pelakon filem popular Fazura telah bernikah dengan bintang popular, Fattah Amin.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Untuk pengetahuan, Fazura berumur 34 tahun manakala suaminya berumur 27 tahun.

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta telah memberi nasihat kepada  Fazura setelah pelakon tersebut berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya.

Rozita Che Wan memberi pesan kepada Fazura supaya perlu redha dengan banyak perkara apabila memilih pasangan yang mempunyai perbezaan usia agak jauh sebagai suami.

Antaranya adalah seperti pandangan yang berbeza dalam sesuatu hal, dan itu merupakan cabaran dalam rumah tangganya yang dibina dengan suami, Zain Saidin.

Ini komen Rozita Che Wan:

"Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza.

"Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak redha dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain,"

Rozita Che Wan telah berkahwin dengan Zain Saidin, yang mana jarak umur Zain jauh lebih muda daripadanya dengan perbezaan 11 tahun.

Kata Che Ta lagi,  melalui pengalamannya, perkara itu bukan satu masalah, sebaliknya dia melalui proses pembelajaran dalam rumah tangga sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu bersama Zain Saidin.


Ini komen Che Ta:

"Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama.

"Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti,"

Pasangan popular, Rozita Che Wan yang kini berumur 44 tahun suaminya, Zain Saidin yang berumur 33 tahun, telah berkahwin pada 11 Disember 2013.

Mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata yang amat comel iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua tahun.


Semalam, Fattah Amin dan Fazura sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup yang diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment