Keputusan Yang Amat Mendebarkan Konsert Minggu Ketiga Gegar Vaganza, Siapa Tersingkir?
Gegar Vaganza musim ke empat kini masuk minggu ketiga. Minggu lepas Ferhad telah tersingkir dan minggu ini, sebelas peserta meneruskan perjuangan mereka.
Pada hari ini, tema yang dipilih ialah "Berani Cabar Diri".
Ternyata lagu yang dibawa oleh para peserta adalah genre yang tidak pernah dibawakan, ianya untuk mencabar kebolehan para penyanyi.
Siapa sangka, Tia Jinbara akan menyanyikan lagu Anuar Zain dan Liza Hamin membawa lagu Meet Uncle Hussein.
Memang minggu yang amat dinantikan ramai oleh para peminat setia dan penonton setia rancangan Gegar Vaganza.
Setelah kesemua peserta menyanyikan lagu dan membuat persembahan, Anugerah Glora Vida Vaganza menjadi milik Liza Hanim yang membuat persembahan yang amat hebat.
Ini keputusan kedudukan penuh untuk minggu ketiga ini:
1. Liza Hanim
2. Firman
3. Lan Kristal
4. Hazami
5. Tia Jinbara
6. Aishah
7. Syura
8. Haida
9. Aqasha
10. Elyana
11. Raja Azura (TERSINGKIR)
Nampaknya minggu ini penyanyi lelaki menguasai top 5 kecuali Aqasha.
Pada minggu ini, penyanyi dan juga pengacara popular Raja Azura akhirnya tersingkir walaupun nyanyiannya pada minggu ini amat hebat dan mendapat pujian Hetty Koes Endang.
Raja Azura membawa lagu "Perhaps Perhaps Perhaps" dan memang satu persembahan yang amat hebat.
Tetapi ketua juri, Ramli MS ada mengatakan, ada not yang Raja Azura gagal capai ketika menyanyikan lagu tersebut. Mungkin itu membuatkan markahnya agak rendah berbanding Elyana yang menduduki tempat kedua tercorot.
Minggu depan meruapakan minggu yang lebih happening dengan tema ialah 'Duet'.
Sama-sama kita saksikan Gegar Vaganza minggu ke empat pada Ahad depan, mesti syok habis!
0 comments:
Post a Comment