Dikatakan Perangai Pelik Macam Orang 'Tak Betul', Akhirnya Iqram Dinzly Luah Perasaan

 
Sejak akhir-akhir ini pelakon Iqram Dinzly sering menjadi bahan bualan orang ramai.

Ini kerana perangai peliknya yang ditafsir oleh orang ramai seperti Iqram sudah 'tidak betul'.

Perkara ini berlarutan sehinggakan ada pihak yang mengecamnya dan menggelarkannya sudah 'tak waras'.

Antara kisah Iqram yang teruk dikecam ialah apabila Iqram Dinzly memuat naik foto bersama arwah bapanya yang sedang sakit dengan lolippop didalam mulut ayahnya itu.

Perangai pelik Iqram termasuk cara pemakaiannya yang sering memakai 'serban' dan Iqram juga kini sudah tidak seperti dahulu, lebih banyak menyendiri dan tidak aktif berlakon.

Malah perniagaan kedai makannya di Langkawi juga telah gagal dan telah ditutup.

Ada juga mulut jahat mengatakan kononnya Iqram kini sedang menuntut ilmu yang salah dan ada mengatakan beliau sudah hilang pertimbangan.

Apabila banyak komen negatif dilemparkan kepadanya, sebagai seorang manusia biasa, Iqram Dinzly nampaknya merasa sedih dan meluahkan rasa kecewa.

Ternyata Iqram sedih dengan komen negatif orang ramai terhadap dirinya.

Ini tulis Iqram Dinzly:

"Aku tahu aku manusia alpa. Aku manusia yang banyak berdosa . Aku usaha untuk tidak menyusahkan sesiapa. Namun tetap jua manusia itu bersangka-sangka.

"Salahkah aku berseni sendiri. Tanpa meminta simpati diri . Aku seolah-olah ingin meminta royalti terhadap mereka yang mengambil kesempatan terhadap semua ini .

"Atau aku harus terus diam menyepi tanpa perlu mengerti tentang situasi ini .
Berdiam tetap berbunyi. Jadi sudi - sudilah bayar royalti kerna aku tidak mahu dosa kalian dengan aku berlipat tinggi . #108020064258 #maybank

"Terima kasih kerana mengambil berat diri aku yang dibenci ini. Cacilah, caci sebanyak mana yang hendak dicaci .

"Aku hanya mampu berdoa dengan @bawaabata.merebucks ini, akan aku usaha cuci, suci, murni dengan segala yang terjadi. Itu antara aku dengan Illahi .
Selamat mencaci bertubi-tubi . Aku rela tanpa rasa peduli di hati . Silalah wahai sesiapa yang sudi.

Itulah komen dari Iqram Dinzly menerusi laman Ig miliknya.

Di ruang komen, ramai yang memberi kata-kata motivasi kepada Iqram supaya lebih kuat dan mengabaikan komen negatifitu.

Ramai follower dan peminatnya juga mahu Iqram Dinzly terus berkarya.

Semoga Iqram Dinzly bersabar dengan dugaan yang diterima dan tidak melayan komen dan persepsi buruk orang ramai terhadapnya.

Sumber: BeautifulNara / IG Iqram

0 comments:

Post a Comment