Siti Nordiana Nafi Dakwaan Datuk Ramli MS
Pemenang Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana telah menjadi penyanyi jemputan untuk tema duet di konsert minggu keempat Gegar Vaganza.
Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana telah muncul membantu rakan baiknya, Lan Kristal dan mereka berduet menerusi lagu Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To' Ki.
Siti Nordiana atau Nana dikritik menyanyi dalam keadaan acuh tak acuh oleh juri tetap GV4, Datuk Ramli MS pda persembahan malam itu.
Kata Ramli MS pada musim kedua, Siti Nordiana menyanyi dengan baik sekali, namun pada malam itu, Siti Nordiana gagal berbuat demikian.
Namun, Datuk Ramli MS dilihat memuji nyanyian Lan Kristal pada malam itu, lebih baik dari Siti Nordiana..
Melalui laman IG miliknya, Siti Nordiana menafikan dakwaan dari Datuk Ramli MS itu dan menjelaskan tidak pernah melakukan perkara acuh tak acuh dalam setiap persembahannya.
Menerusi satu entri di laman Instagram milik Siti Nordiana, wanita itu menjelaskan pendiriannya dan mahu memperbaiki lagi mutu persembahan di masa akan datang.
Ini komen Siti Nordiana:
"Persembahan semalam Naluri Cinta dengan Lan Kristal di Gegar Vaganza. Harap anda semua suka dan selamat maju jaya untuk Lan Kristal di Gegar Vaganza!
"By the way, semalam Nana dah nyanyi all out. Nana tak pernah buat benda acuh tak acuh. Segala persembahan Nana walau bukan Nana yang bertanding, Nana akan pastikan Nana tolong partner Nana. Tapi, its okaylah. Nana akan perbaiki lagi,"
Itulah penjelasan dari Siti Nordiana tentang komen dari Datuk Ramli MS.
Dalam pada itu, Lan Kristal mengucapkan terima kasih kepada Siti Nordiana kerana memberikan persembahan terbaik pada malam itu.
Kata Lan, Siti Nordiana sudah bersungguh-sungguh menyampaikan lagu tersebut dan kagum dengan komitmen Siti Nordiana menjayakan persembahan tersebut.
Ini komen Lan Kristal:
"Saya nampak kesungguhan Nana sejak awal pembabitannya dengan konsert keempat ini dan terharu kerana dia sanggup tolak tawaran ‘show’ semata-mata untuk membantu saya.
"Saya juga tahu dia memang telah memberikan persembahan terbaik pada malam tersebut.
"Dari segi keserasian kami tidak mempunyai masalah cuma daripada segi lagu mungkin ‘range’ itu agak rendah untuk Nana dan Tok Ram jugalah yang banyak membantu kami"
Gegar Vaganza musim ke-4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.
Sumber: AstroGempak
0 comments:
Post a Comment