Isi Kandungan Penuh Sidang Media Fattah Amin Dan Fazura, Umum Dah Bertunang!



Satu majlis sidang media dari Fazura dan juga Fattah Amin di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Majlis sidang media ini amat dinanti orang ramai dan dibuat khas kerana untuk menjawab banyak spekulasi yang timbul tentang status hubungan Fattah Amin dan juga Fazura.

Press Conference bertujuan untuk menjelas isu samaada mereka bertunang atau mereka dah bernikah atau tiada apa yang berlaku.

Sidang media ini pada mulanya dirancang pada pukul 5 tetapi ditunda pada pukul 6 petang. Pihak wartawan dari Berita Harian, Harian Metro, mStar, Media Hiburan dan banyak lagi telah berkumpul di sidang media seawal jam 5 lebih.

Untuk pengetahuan, Fattah Amin dan Fazura serta keluarganya, baru sahaja tiba dari Mekah di Malaysia pada jam 4 lebih tadi.

Akhirnya pada jam 6, pasangan ini kelura dan bersedia membuat pengumuman khas.

Ini komen Fattah Amin:

"Terima semua yang hadir pada sidang media ini. Kami dah selesai jalani Umrah dengan keluarga. Kami minta maaf kerana lewat kerana flight delay selama 3 Jam.

"Saya nak berkongsi berita gembira dengan rakan media dan peminat kami. Pada 13 November 2017, keluarga saya telah hantar rombongan untuk merisik dan bertunang ke ruamh keluarga Fazura. Alhamdulillah perjalanan majlis merisik dan bertunang telah selamat berjalan.

"Punca kami tak berkongsi kerana kami sepakat untuk berkongsi hanya selepas pulang dari Umrah. Kami nak fokus untuk umrah.

"Tapi ketika kami berada di Mekah dan Madinah banyak spekulasi yang diterima. Patutnya berita ini dikongsi oleh keluarga kami sahaja. Tapi telah tersebar

"Apa yang saya nak tegaskan di sini. Kami tidak bernikah di Mekah dan kami belum bernikah, belum ada perbincangan tentang resepsi atau pernikahan"

"Apa yang kami rancang adalah kami nak lalui proses pernikahan seperti orang lain juga, seperti kursus kahwin dan juga proses permohonan kahwin"

"Saya nak tekankan di atas permintaan keluarga kami untuk minta sedikit ruang privasi untuk adakan majlis pernikahan secara tertutup dan insyaAllah majlis resepsi nanti kami ajak semua media dan peminat"

"Ini tanda kami hargai kepada media dan juga peminat kami"

Itulah komen panjang lebar dari Fattah Amin tentang isu ini. Mereka merancangan berkahwin tidak lama lagi dan tiada tarikh yang telah dipilih. Majlis resepsi dirancangan dibuat pada tahun hadapan.

Sumber: Press Conference Fattah Amin

0 comments:

Post a Comment