VIDEO: Respon Ozlynn Apabila Tersebar Berita Dirinya Sedang Hamil
Sebelum ini telah menjadi viral, ada ura-ura yang mengatakan isteri kepada Johan Raja Lawak iaitu Ozlynn Wati kini sedang hamil.
Ini setelah satu video yang dimuatnaik oleh Ozlynn Wati di laman Instagram miliknya menunjukkan Johan seperti berahsia sesuatu.
Dalam video itu, Johan ada bertanya kepada Ozlynn bahawa para follower itu 'dah tahu ke belum'.
Malah video menunjukkan itu, Johan dan anak-anak sedang membantu Ozlynn dan memberitahu dia membantu sebab 'mengenang' sesuatu.
Para follower beranggapan Johan berkata 'mengenang itu' adalah mengenangkan bahawa Ozlynn kini sedang hamil sebab itu Johan membantunya kemas halaman rumah.
Selepas video itu menjadi viral, ramai yang nak tahu adakah benar Ozlynn kini sedang hamil.
Baru-baru ini, Ozlynn telah memberi respon balas tentang isu kehamilannya itu. Ozlynn memuatnaik video Johan sedang membantunya membasuh baju pula.
Dalam video itu, Ozlynn mengambil video Johan sedang memberus dan mengatakan Johan suami yang baik.
Ini perbualan antara Ozlynn dan Johan:
OZLYNN: "Kau (Johan) suami yang baik, sebab tu aku sayang kau.. Papa tahu tak sekarang semua kecoh cakap I pregnant pasal video viral yang U cakap "Dorang dah tau ke belum?"
JOHAN: "Okey sebenarnya macam ni, saya basuh baju, bukan biasa biasa tau..malam saya nak main bola..okey.. malam tak dapat siap"
Ini video nya:
Ini pula caption yang ditulis oleh Ozlynn:
"Masa untuk memberus lagi.. Terima kasih sayang.. Pada yang sibuk cakap aku mengandung terima kasih lah doakan.. Man tau untung masin mulut korang dapat baby girl lagi..
#setiapkalitlgisterimintakupah
"Laki aku kerja dia lepas tolong buat kerja rumah.. mesti nak pergi main bola malam nanti.. aku sebenarnya malas nak cakap pasal bola.. pasal kaum dia ramai stalk IG aku
Dalam video dan caption itu, pasangan ini menyatakan punca Johan membantunya adalah kerana ingin keluar rumah dan bermain bola di padang pada waktu malam.
Namun Ozlynn dan Johan tidak pula sama sekali menafikan bahawa Ozlynn kini sedang hamil ataupun mengiyakan perkara berkenaan.
0 comments:
Post a Comment