(VIDEO) Dengan Sekali Lafaz Izara Aishah Kini Selamat Bergelar Isteri Kepada Adib Khalid


Akhirnya pasangan sensasi pelakon popular Izara Aishah dan juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid selamat diijabkabulkan sebentar tadi.

Dengan sekali lafaz, Adib Khalid sah bergelar suami kepada pelakon jelita, Izara Aishah.

Mas Kahwin yang diberikan adalah sebanyak RM300 tunai.

Izara Aisha dilihat cantik mengenakan busana putih dari Rizalman.

Untuk pengetahuan Izara Aishah kini berumur 25 tahun dan merupakan anak kelahiran Johor.

Izara Aishah popular menerusi drama Keranamu Laila, Vanila Coklat dan juga beberapa filem seperti Sejoli, Pilot Cafe dan J Revolusi.

Adib Khalid pula berumur 27 tahun dan merupakan anak kepada Datuk Khalid.

Adib merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios.

Ini video akad nikahnya:



Ini pula beberapa keping gambar Izara Aishah di majlis pernikahannya. Memang cantik Izara Aishah ni. Jom layan:






Sumber: Instagram

0 comments:

Post a Comment