Akhirnya Ini Luahan Hati Ferhad Setelah Disingkirkan Dari Gegar Vaganza



Ahad minggu lepas telah berlangsung minggu kedua Gegar Vaganza musim keempat. 12 bintang beraksi pada malam itu dengan tema "Sekali Dengar Melekat".

Akhirnya, satu kejutan telah berlaku apabila bintang Gegar Vanganza 4 (GV4) berasal dari Singapura iaitu Ferhad dimumkan tersingkir pada malam itu.

Apabila berbicara tentang menjadi peserta pertama tersingkir, Ferhad berkata menjadi orang pertama yang kecundang bukanlah satu pengakhiran sebaliknya tanda permulaan untuk membuat kemunculan semula atau come back dalam dunia nyanyian.

Kenyataan itu diberi oleh Ferhad menerusi satu entri terbaru di laman media sosial akaun Instagram (IG) miliknya yang dimuat naik semalam.

Entri tersebut turut disertakan dengan imej bergambar yang memberikan kata-kata semangat bertulis:

'You only fail when you stop trying'
'Anda hanya akan gagal sekiranya anda berhenti mencuba'.

Ferhad juga turut mengucapkan rasa terima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

Ini caption Ferhad:

"Thanks for the all the support n kind messages... Insyallah every end is a new beginning.."

Ini fotonya:


Ekoran posting tersebut, para follower dan peminat Ferhad meminta penyanyi berkenaan terus kuat dan juga memohon supaya Ferhad tidak mengalah.

Para peminat juga berharap agar penyanyi itu membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Ini antara komen dari para peminat setia Ferhad:

"Tak mengapa Ferhad, kalau bukan di GV4 pasti rezekinya di tempat lain,” - @m0nal3a_ismail

"Ferhad tolong jangan mengalah! Saya peminat setia awak, Ferhad pls dont gv up. ! Im your loyal fan!" - @nabilahkashogy

"Saya tetap support awak! Mungkin taka da rezeki di GV4 tetapi awak tetap yang
terbaik,” -@missaisyah17.

"Always support Mr Ferhad..." @dapur_molek 

"You still the best bro! Suara unik" @nazrinzz

"Love ur voice you're much much better than some of them it's just unfair" @ __nurulnina

Pada malam itu, Ferhad menyampaikan lagu nyanyian asal Cakra Khan berjudul Harus Terpisah menjadi bintang pertama tersingkir selepas mendapat markah terendah iaitu 52.5 %.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan penuh konsert kedua GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, sebentar tadi (malam Ahad).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh 12 bintang mengikut susunan markah paling tinggi:

1. Liza Hanim - 83.3 %

2. Haida - 72.9 %

3. Hazami - 71.9 %

4. Syura - 67.3 %

5. Aishah - 67.3 %

6. Tia Jinbara - 66.8 %

7. Lan Kristal - 64.5 %

8. Aqasha - 63.4 %

9. Firman - 67.3%

10. Elyana - 62.8 %

11. Raja Azura - 61 %

12. Ferhad - 52.5 %


GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Gegar Vaganza merupakan rancangan realiti paling hangat sejak beberapa tahun ini. Antara yang menyerlah kembali selepas Gegar Vaganza ialah Siti Nordiana, Zarul Umbrella, Farahdhia, Azharina dan ramai lagi.

0 comments:

Post a Comment