Friday, April 14, 2017

Dihentam Teruk, Digelar Otak Kecil.. Akhirnya Iqram Dinzly Dedah Perkara Sebenar

Dihentam Teruk, Digelar Otak Kecil.. Akhirnya Iqram Dinzly Dedah Perkara Sebenar


Sebelum ini pelakon popular Iqram Dinzly telah dikecam hebat sehingga ada yang menggelarnya sebagai otak kecil.

Baca kisah kecaman Iqram Dinzly itu (DI SINI)

Kerana meletakkan kereta secara salah, Iqram Dinzly telah menerima nota yang ditinggalkan di cermin keretanya dengan tulisan "kereta besar otak kecik".

Iqram memuatnaik foto itu tetapi lebih teruk dikecam di laman sosial Instagram.

Setelah dikecam hebat, pelakon ini meluahkan rasa kesal dan memohon maaf kerana kesilapannya meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

Kejadian yang berlaku di Pulau Langkawi, Kedah minggu lalu.

Kata Iqram, dia masih belum mahir selok-belok jalan di sekitar Langkawi malah dia juga tidak tahu tempat dia meletakkan keretanya itu merupakan laluan utama kenderaan.

Ini komennya:

"Ketika kejadian ruang parkir di Pekan Kuah, Chenang penuh dan saya nampak ada kereta lain yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan.

"Jadi saya pun melakukan perkara sama memandangkan urusan saya di sebuah bank mengambil masa singkat sahaja.

"Demi Allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan kerana saya sangka ia jalan sehala,"

"Sejujurnya saya tidak marah cuma rasa agak keterlaluan apabila ia disebarkan di laman sosial oleh individu yang meletakkan nota itu pada kenderaan saya.

"Apabila saya memuat naik status mengenainya ramai pula menghentam saya. Jika baca betul-betul, tulisan saya itu hanyalah gurauan semata-mata.

"Saya memohon maaf atas kesilapan saya dan tak mahu perkara ini diperbesarkan lagi. Saya anggap ini sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati selepas ini,”

Iqram Dinzly kini seriong  berada di Langkawi kerana dia mempunyai sebauh kedai makan yang diberi nama DR. CHiQQy.

0 comments:

Post a Comment