Friday, March 24, 2017

Arwah Johan Nawawi Paling Terkilan, Sedih Dengan Apa Yang Berlaku Ke Atas Nora Di GegarVaganza

Arwah Johan Nawawi Paling Terkilan, Sedih Dengan Apa Yang Berlaku Kepada Nora Di Gegar Vaganza



Suami Nora, Johan Nawawi semalam disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Sememangnya satu berita yang amat mengejutkan industri hiburan tanah air.

Beberapa teman rapat dan rakan industri ada memberi pandangan dan kata-kata tentang arwah Johan Nawawi.

HABSAH HASSAN (Penulis Lirik)

Rakan seperjuangan, Habsah Hassan mengenali Johan lebih 20 tahun dan menyifatkan arwah seorang yang berakhlak baik walaupun berada dalam industri hiburan yang penuh denagn pancaroba.

Habsah memberitahu arwah Johan Nawawi pernah mengadu rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa isterinya Nora Ariffin dalam program Gegar Vaganza.

Habsah menyatakan, Johan berasa sungguh sedih dan kecewa dengan kontroversi yang terpalit pada isterinya sepanjang program itu berlangsung.

Ini komen Habsah Hassan:

"Sepanjang kami kenal dia paling terkesan dan sedih dengan kontroversi Nora dalam program Gegar Vaganza musim lalu.

"Dia mengadu, Nora tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian kerana mereka sudah berkerja keras untuk pertandingan itu. Tapi akhirnya dia dapat terima ia adalah permainan dalam industri hiburan,"


"Kami ada berkolaborasi beberapa buah lagu bersama dan banyak bertukar pendapat tentang industri hiburan tanah air. Kali terakhir saya jumpa dia tiga hari lalu ketika majlis makan malam,"

DATO DJ DAVE (Penyanyi)

Datuk DJ Dave memberitahu pemergian Johan Nawawi merupakan satu kehilangan yang besar buat industri hiburan tanah air.

Bagi DJ Dave, Allahyarham merupakan seorang yang bijak. Kali terakhir berjumpa, DJ Dave mengatakan Johan kelihatan sihat seperti biasa.

Ini komennya:

"Saya kenal dia sudah lama dan baru-baru ini kami ada berjumpa dalam sebuah majlis, saya nampak dia sihat seperti biasa.

"Saya terkejut dapat berita sedih kehilangannya pagi tadi. Dia seorang rakan seperjuangan yang baik dan sayangkan industri muzik tempatan,"


DATO M NASIR (Penyanyi, Komposer)

Datuk M Nasir merupakan antara rakan seperjuangan yang rapat dan sering bertemu serta bertukar-tukar pendapat dengan Johan Nawawi.

M Nasir turut menyifatkan Allahyarham seorang rakan pemurah, rajin dan kreatif.

Ini komen M.Nasir:

"Kami berkawan baik sudah lama dan selalu berjumpa bukan sahaja di majlis-majlis malah ketika di luar.

"Allahyarham seorang rakan yang baik, rajin dan kreatif. Dia banyak menghabiskan masa di belakang tabir. Saya sangat terasa akan kehilangannya kerana dia seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam,"


takziah buat keluarga Johan dan Nora. Al Fatihah

Kena Ganggu, Dibuli... Wartawan Wanita Buat Laporan Polis Terhadap Adi Putra

Wartawan Wanita Buat Laporan Polis Terhadap Adi Putra


Kisah rumah tangga Adi Putra menajdi bualan ramai sejak kebelakangan ini.

Kini Adi pUtra telahpun akui bercerai dengan kedua-dua isterinya iaitu Aida dan juga Shahida.

Sebelum mengumumkan penceraiannya, Adi Putra ada memuatnaik gambar perbualan WhatsApp dengan seorang wartawan hiburan.

Wartawan tersebut menghubungi Adi Putra kerana cuba mendapatkan kepastian tentang pergolakkan rumah tangganya.

Adi dilihat kurang senang dengan persoalan wartawan hiburan, telah memaparkan nombor telefon milik wartawan, Nurul Fadila di laman Instagram aktor tersebut.

Ini gambarnya:


Oleh kerana nombornya jelas kelihatan dan tidak di blurkan, Fadila telah menerima ratusan mesej dan panggilan berbaur kecaman daripada individu.

Untuk keselamatan dirinya, akhirnya Fadila tampil membuat laporan di Balai Polis Serdang.

Tindakan Adi yang tidak memadamkan nombor telefon peribadinya, seperti membulinya dan menyebabkan dia diganggu dengan teruk.

Jika dilihat di laman IG Adi Putra hari ini, Adi Putra akhirnya memadam nombor Fadila

Luahan Hati Nora Setelah Suami, Johan Nawawi Meninggal Dunia...Dedah Apa Yang Berlaku Malam Tadi

Luahan Hati Nora Setelah Suami Tercinta, Johan Nawawi Meninggal Dunia


Suami Nora, Johan Nawawi, komposer terkenal telah meninggal dunia pagi tadi.

Nora dan suaminya itu sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke 25 pada April nanti.

Namun ternyata rancangan itu tidak kesampaian apabila suaminya komposer Johan Nawawi meninggal dunia akibat serangan jantung.

Arwah Johan ada membuat rancangan untuk mengadakan majlis istimewa tersebut sempena ulang tahun berkenaan pada 9 April depan dengan mengayakan pakaian tuksedo.

Nora juga sempat bercerita apa yang berlaku malam tadi.

Ini komen Nora:

RANCANG ULANG TAHUN PERKAHWINAN

"Dia ada merancang untuk mengadakan persembahan pada majlis ulang tahun perkahwinan kami April depan.


"Dia kata nak pakai tuksedo pada hari itu dan saya pakai baju Azura. Ia seperti meraikan kembali perkahwinan kami. Namun perancangan Allah itu kita tidak tahu," 


"Majlis itu diadakan serentak dengan showcase saya sepatutnya. 

 "Tetapi itulah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Saya reda dia pergi di hari yang baik, pada waktu yang baik. 

APA YANG BERLAKU MALAM TADI?

"Saya bawa dia ke hospital pada malam tadi dan terus ditahan di wad kecemasan, saya minta bilik eksekutif tapi penuh.


"Malam tadi, sebelum pulang ke rumah kami sempat berbual seperti biasa dan saya minta izin daripada arwah untuk pulang kerana pihak hospital tidak membenarkan saya untuk menemani suami. 

"Dia benarkan saya pulang dan hati tidak sedap sepanjang malam sehinggalah saya menerima panggilan telefon daripada hospital,"

"Jadi saya terpaksa balik, selepas itu kira-kira pukul 5.30 pagi pihak hospital telefon beritahu arwah dalam keadaan tenat.


"Bila saya sampai, doktor beritahu arwah sudah meninggal dunia. Pada mulanya saya seakan-akan tidak percaya minta mereka buat pemeriksaan sekali lagi. Tapi saya reda dia pergi ke tempat yang lebih baik,"


Johan Nawawi dikatakan alami serangan jantung dan menjadi punca kematiannya.

Bagi Nora, suaminya itu seorang yang penyayang dan kuat berkerja.

ARWAH KUAT KERJA

"Orang selalu ingat kami orang senang tapi sebenarnya tidak, tapi Allahyarham kuat bekerja dan memastikan kehidupan kami cukup.


"Saya tidak ada kenangan pahit dengan dia. Semua kenangan bersamanya adalah kenangan manis," 


"Saya akan selalu merindui dia. Mati hidup balik pun saya tak akan jumpa lelaki seperti Johan," 

Johan Nawawi menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat.

Puncanya adalah kerana serangan jantung.

Nora dan Johan telah berkahwin selama 24 tahun. Mereka berdua mempunyi empat orang anak iaitu

-Mohd Syakir Iman, 24 tahun
-Mohd Syakir Alif, 18 tahun
-Putri Nur Dahlis, 13 tahun
-Putri Nur Fatehah, 5 tahun.

Salam takziah buat keluarga Johan Nawawi dan mari sedekah Al fatihah serta berdoa buat arwah.






Thursday, March 23, 2017

TAKZIAH! Dugaan Buat Nora, Suaminya Johan Nawawi Meninggal Dunia

TAKZIAH! Dugaan Buat Nora, Suaminya Johan Nawawi Meninggal Dunia



Nora, bekas peserta Gegar Vaganza telah menerima satu berita yang amat menduka citakan.

Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya di sini awal pagi Jumaat.

Berita itu disahkan sendiri oleh isterinya Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Johan Nawawi berumur 52 tahun telah dibawa ke pusat perubatan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan.

Pada kira-kira jam 6.30 pagi, Johan telah disahkan meninggal dunia

Sehingga kini masih belum ada maklumat tentang punca kematian beliau.

Johan Nawawi merupakan komposer yang amat dihormati ramai dan telah banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Semoga keluarga Johan Nawawi termasuk Nora tabah hadapi dugaan.

Mari doakan agar arwah ditempat dikalangan orang beriman. Al Fatihah
...........................

Composer Johan Nawawi, who is also the husband of Nora Ariffin died after being admitted to a medical center in Subang Jaya here early Friday.

The news was confirmed by his wife Nora in a brief voice messages.

Johan, 52, is said to be taken to the medical center because of his health condition and pronounced dead at about 6.30am.

But so far he has not been informed of the cause of death.

The body will be washed and shrouded in Masjid Kampung Tunku, here and buried in a Muslim cemetery same location after Friday prayers.

Nabila Huda Tak Setuju, Balas Kenyataan Syamsul Yusof

Nabila Huda Tak Setuju, Balas Kenyataan Syamsul Yusof



Nabila Huda telah tampil menjawab kenyataan dari pengarah popular Syamsul Yusof yang mengatakan pelakon tak penting utnuk kejayaan sesebuah filem tetapi yang paling penting ialah skripnya.

Filem Munafik arahan Syamsul berjaya memperoleh kutipan RM19 juta dan merangkul anugerah utama di Festival Filem Malaysia.

Syamsul kemudian memberitahu Nabila Huda dikekalkan dalam sekuel filem seram itu kerana wataknya telah mati. Pelakon utama ialah Maya Karin.

Ini komen Syamsul sebelum ini:

“Skrip dan pengarahan adalah penanda aras filem ini. Kekuatan sesebuah filem bukan terletak kepada seorang pelakon saja.."

Bagi Nabila, kejayaan sesebuah filem tidak bergantung sepenuhnya pada skrip tetapi pembawaan watak berkesan seorang pelakon.

Ini komen Nabila Huda:


PELAKON PENTING

“Skrip dan pengarahan itu penting tetapi pembawaan watak pelakon lagi penting. Kalau pembawaan salah, salahlah jadinya.

“Kalau pelakon tidak dapat menjiwai, penonton tidak boleh rasa,”

WATAKNYA DAH MATI

“Watak Maria sudah mati. Jadi saya terima sahaja. Saya tiada masalah dengan Syamsul.

“Saya dapat watak imbas semula. Berlakon pun dalam sehari sahaja. Saya sudah boleh bayangkan imbasan hanya untuk promo.

“Jadi Syamsul hendak seimbangkan cerita,”

YAKIN MUNAFIK 2 AKAN BERJAYA

“Saya rasa Syamsul sangat genius dan bagus. Dia adalah pengarah yang sangat bagus dan dia lebih tahu.

“Semua filem dia, saya bangga dan tidak mungkin kutipan filem akan merundum.

“Jadi, semoga berjayalah. Saya tidak sabar hendak tengok Munafik 2,”


Sumber: malaymailonline

"Maafkanku, Menyakitimu.." Ini Luahan Hati Adi Putra Setelah Berpisah Dengan Kedua-Dua Isterinya

"Maafkanku, Menyakitimu.." Ini Luahan Hati Adi Putra Setelah Berpisah Dengan Kedua-Dua Isterinya


Wednesday, March 22, 2017

"Saya Tak Ada Hubungan Lagi Dengan Aida & Shahida.." - Adi Putra Sahkan Cerai Kedua-Dua Isteri

"Saya Tak Ada Hubungan Lagi Dengan Aida & Shahida.." - Adi Putra Sahkan Cerai Kedua-Dua Isteri