Gambar Dan Biodata Isteri Baru Sultan Selangor

Gambar Dan Biodata Isteri Baru Sultan Selangor


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah selamat diijabkabulkan dengan Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 31 Ogos.

Norashikin merupakan personaliti televisyen dan pembaca berita di siaran RTM.

Setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani telah membuat satu kenyataan akhbar tentang pernikahan baru Sultan Selangor ini.

Pasangan ini dinikahkan oleh  Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam satu majlis secara sederhana dan ringkas.

Ini kenyataan akhbar:

Saya dengan hormatnya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk memaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah selamat diijabkabulkan dengan Norashikin binti Abdul Rahman oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato' Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid. 

Majlis pernikahan telah selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, secara sederhana dan ringkas atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. 

Majlis pernikahan turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor, Dr. Haji Anhar bin Opir, Alfadil Imam Paduka Tuan, Haji Mohd Rasid bin Mahful, Mantan Timbalan Mufti Selangor, Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Majid bin Omar, Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Yang Berbahagia Dato' Salehuddin bin Saidin dan bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan. 

Dato' Haji Mohamad Munir bin Bani
D.P.M.S, J.S.D.
Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit Kepada D.Y.M.M Sultan Selangor.


Ini sedikit biodata isteri Sultan Selangor:

Nama: Norashikin Abdul Rahman
Umur: 45 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Adik-beradik: bongsu dari 3 beradik
Pekerjaan: personaliti TV, pembaca berita
Pekerjaan terdahulu: bekas pramugari Malaysia Airlines
Sejarah perkahwinan: pernah berkahwin dengan Mustapha Kamal Halim, seorang juruterbang
Anak: 2 orang iaitu Nur Amanda, 17 tahun dan Adam Salleh, 14 tahun.
Anugerah: Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005

Sultan Sharafuddin Idris Shah pernah berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 dan dikurniakan dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Sultan Selangor dan Raja Zairna berpisah pada tahun 1986.

Kemudiannya, Sultan Selangor berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat, Nur Lisa Idris Abdullah pada tahun 1988 namun berpisah pada tahun 1997. Hasil perkahwinan, Sultan Selangor mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah.



0 comments:

Post a Comment