Hans Isaac Masuk Islam??

Hans Isaac Masuk Islam??



Ini satu laporan terbaru dari portal hiburan Astro Gempak yang mengatakan bahawa selebriti popular, Datuk Hans Isaac telahpun memeluk agama Islam.

Jom baca laporan AstroGempak:

Terkejut Miss K apabila menerima berita tentang penerbit dan pelakon lelaki tinggi lampai Datuk Hans Issac yang didakwa telah memeluk Agama Islam.

Menurut sumber, Hans memeluk agama Islam di sebuah negeri pantai timur pada awal tahun ini.

Miss K pun tidak berapa pasti siapa individu yang berkait rapat dalam urusan hal-hal berkaitan dalam penukaran agama Hans kerana ia masih samar.

Sekiranya ia benar, Miss K menadah tangan syukur kerana sebelum ini pun ada khabar angin mengatakan Hans sedang mendalami agama Islam.

Apa-apa pun hanya Hans ada jawapannya tersendiri sama ada khabar angin ini betul atau pun tidak.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 6 Februari lalu.





Kita tunggu kenyataan dari Hans Isaac nanti

0 comments:

Post a Comment