Ini Respon Atikah Suhaime Tentang Gambarnya Tersebar Meluas

Ini Respon Atikah Suhaime Tentang Gambarnya Tersebar Meluas



Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime seali lagi terpalit kontroversi apabila gambarnya tanpa seurat benang bersama pelakon baru Idris Khan telah tersebar.

Beberapa keping gambar mula tersebar di laman Tumblr kemudian dimuatnaik oleh forum Cari dan juga portal hiburan Rotikaya.

Ini menyebabkan pelakon itu menjadi bualan umum masyarakat.

Di laman sosial Instagram, Atikah ada memberitahu dia kini berada di Singapura dan akan mengambil tindakan setelah pulang ke Malaysia kelak.

Atikah dilihat masih lagi bercuti di Singapura menyambut raya korban di sana.

Ini komen Atikah Suhaime:

“Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong,”

“Saya tengah belanja raya dengan mak saya,”


Bagaimanapun seorang lagi artis yang berada di dalam gambar iaitu Idris Khan dilihat tidak mahu memberi sebarang respon tentang hal ini.

0 comments:

Post a Comment