Penjelasan Mia Ahmad Tak Hadir Majlis Perkahwinan Saharul Ridzwan
Pelakon, Mia Ahmad tidak ada di majlis perkahwinan rakan artis Saharul Ridzwan dan juga isteri Deena Emir.
Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan pernah berganding sebagai pelakon utama dalam drama Hati Perempuan sehingga dikaitkan mempunyai hubungan.
Mia akhirnya mendedahkan dia tiada di majlis perkahwinan Saharul Ridzwan disebabkan tidak mendapat jemputan, bukan kerana isu peribadi seperti disebarkan individu tertentu.
Pelakon ini terpaksa tampil menceritakan hal sebenar setelah orang ramai dan peminatnya mempersoalkan ketiadaannya di majlis itu.
Ini penjelasan Mia Ahmad:
"Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja.
Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir?
"Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan sinis netizen yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke majlis kahwinnya. Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada.
"Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak? Mulalah 'naik' pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat,"
Itulah penjelasan dari pihak Mia Ahamd tentang hal ini. Bukan tak nak datang, tapi sebenarnya tak dijemput.
0 comments:
Post a Comment