Zila Jangan Cabar Saya, Dahlah Tak Pernah Minta Maaf - Along Cham
Along Cham dilihat kurang senang dengan tindakan bekas isterinya Zila Saeeron yang cuba melawan sama nusyuz dari Along Cham.
Along Cham memberitahu dia terpaksa membuka aib Zila sekiranya bekas isterinya itu bertindak mencabarnya.
Tuntutan itu dibuat setelah Zila Seeron ditangkap khalwat dengan seorang lelaki yang dikatakan suami orang di Bukit Jalil.
Malah Along juga mendedahkan bekas isterinya itu langsung tidak meminta maaf di atas perbuatannya.
Ini komen Along:
“Saya tidak akan mengulas panjang lagi mengenai isu perceraian ini kerana bagi menjaga aibnya. Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila bekas isteri yang masih juga berkeras mahu melawan kes nusyuz yang saya failkan untuk mempertahankan dirinya. Bekas isteri seolah-olah cuba mencabar saya pula. Jangan dicabar kerana nanti lebih banyak aib yang terbongkar”
“Saya rasa diri dikhianati dan masih terluka dengan perbuatannya itu. Sebelum ini juga, dia tidak pernah memohon maaf atas kesilapannya. Selepas melafazkan talak, tiada langsung perkataan maaf yang keluar daripada mulutnya. Jadi bagaimana saya mahu memaafkannya,”
Sumber: BH
0 comments:
Post a Comment