Jodoh Dengan Erra Fazira, Saya Mahu Mempercepatkan..- Shahir AF

Jodoh Dengan Erra Fazira, Saya Mahu Mempercepatkan..- Shahir AF



Penyanyi popular dari Akademi Fantasia, Shahir Zawawi pernah mengaku intim dengan pelakon Erra Fazira.

Percintaan mereka berdua ni sering menjadi perhatian para peminat industri hiburan tanah air namun Erra sering menafikan hubungan mereka serius dan hanya memberi Shahir untuk membuat kenyataan.

Namun baru-baru ini, Erra membuat kejutan apabila memuatnaik gambar Shahir di laman sosial instagram miliknya (LIHAT SINI)

Bekas juara program realiti AF musim ke-8 itu akhirnya tampil berkongsi perkembangan terbaru dengan Erra Fazira.

Ini komen Shahir: (BeritaHarian)

"Insya-Allah sebagai hambaNya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya.

"Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuanNya. Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya,"

"Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan... Insya-Allah,"


Hubungan Erra dan Shahir hangat diperkatakan peminat apabila mereka mula rapat sejak dua tahun lalu.


Erra dan Shahir bagaimanapun sering memberi komen yang agak defensive.

0 comments:

Post a Comment