David Teo Tampil Komen Kontroversi Foto Atikah Suhaime
Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo kini tampil memberi komen ekoran tersebarnya foto pelakon dari MIG iaitu Atikah Suhaime yang penuh kontroversi.
David Teo kini mendakwa pihaknya kini berusaha sedang mengumpul bukti bagi mencari dalang disebalik penyebaran foto pelakon itu supaya dibawa ke muka pengadilan.
Untuk pengetahuan, Atikah Suhaime kini masih dibawah naungan syarikat David Teo. Sebelum ini, Atikah ada membuat kenyataan tentang hal ini (BACA SINI)
Ini komen David:
“Saya bersimpati dengan nasibnya kerana perlu berdepan kembali kontroversi lama. Saya akan memastikan individu yang berhati busuk itu dikenakan tindakan sewajarnya. Buat masa ini ,saya dan pihak pengurusan MIG sedang mengumpulkan bukti bagi mencari siapa yang menjadi dalang. Sama ada kontroversi ini benar atau tidak, dia perlu berhati-hati dalam berkawan.
“Isu sama sebelum ini pernah dikaitkan dengan Atikah, ia seakan dirancang dan disengajakan bagi memusnahkan kerjaya seninya yang sedang meningkat. Tidak kira di mana saja individu itu berada, sama ada dalam atau di luar negara, dia perlu bertanggungjawab di atas tindakan tidak bermoral yang dilakukannya,”
David Teo memberitahu bahawa pihaknya masih bertimbang rasa dengan kontroversi yang melanda Atikah dan tidak merancang untuk menamatkan kontrak beliau.
Baginya, dia yakin Atikah telah dianiaya kerana ia bukanlah kali pertama berlaku dan pihaknya masih sedang menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan.
0 comments:
Post a Comment