8 Foto Cucu Allahyarham Haron Din Tak Dapat Menahan Kesedihan Ketika Solat Jenazah Ghaib

8 Foto Cucu Allahyarham Haron Din Tak Dapat Menahan Kesedihan Ketika Solat Jenazah Ghaib


Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din  meninggal dunia ketika berumur 76 tahun pada pukul 10.10 pagi (waktu Malaysia) semalam di Hospital Stanford University, San Francisco.

Punca kematian adalah akibat dari komplikasi penyakit jantung. Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Satu solat jenazah ghaib telah dijalankan ekoran amanat Tuan Guru haron Din yang mahu dikebumikan di Amerika Syarikat sekiranya Allahyarham meninggal di sana.

Cucu Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Hakim Hamdi telah mengimamkan solat jenazah ghaib Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Antara yang hadir ialah  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Solat bermula jam 9.25 pagi dengan diimamkan oleh cucu Mursyidul Am PAS itu, Hakeem Hamdi yang berumur 17 tahun.

Kemudiannya, suasana hiba menyelubungi dewan solat utama apabila Imam Besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya membacakan doa sehingga sebak di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..Takziah kepada keluarga. Al Fatihah







0 comments:

Post a Comment